Thursday, October 1, 2009
Tsunami lagi....
Berita pagi ini menyebut: "Sekurang-kurangnya 99 orang terbunuh dan banyak lagi dilaporkan hilang selepas ombak tsunami yang berpunca daripada gempa bumi kuat melanda Samoa dan Samoa Amerika awal pagi Selasa, dengan angka korban dijangka meningkat"
Pada hari yang sama, barat Indonesia turut digegarkan dengan gempa bumi kuat yang mencetuskan amaran tsunami di beberapa negara sepanjang Lautan Hindi yang menyebabkan penduduk menjadi panik dan meninggalkan rumah mereka. Amaran tersebut bagaimanapun kemudiannya dibatalkan.
Kenderaan dan manusia dihanyutkan ke laut selepas satu ombak deras melanda menyebabkan mereka melarikan diri ke kawasan tinggi dan berada di situ selama berjam-jam.
Menurut seorang jurucakap Taman Negara Amerika Samoa yang memetik daripada supritendan taman tersebut, Mike Reynolds, empat ombak tsunami setinggi empat hingga enam meter melanda sehingga mencapai 1.6 km ke kawasan darat.
Dengan kekangan bekalan elektrik dan perkhidmatan telekomunikasi, pegawai-pegawai bertugas bertungkus lumus untuk mendapatkan maklumat mengenai mangsa-mangsa dan kerosakan.
Gempa bumi itu dengan magnitud antara 8.0 dan 8.43 melanda sekitar waktu subuh kira-kira 20 batu (32 km) di bawah dasar laut, 120 batu (190 km) dari Samoa Amerika yang merupakan wilayah Amerika Syarikat yang didiami sehingga 65,000 penduduk dan terletak 125 batu (200 km) dari Samoa. AP
Nota: Ya Allah, selamatkanlah kami dari bencana seumpama itu!
.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment