Saturday, October 3, 2009

Teruskan Berdoa!



Minggu depan peperiksaan PMR akan bermula. Semua sekolah yang ramai murid Islam menjalankan program ’Mohon Restu’ dengan mengadakan majlis solat hajat dan bacaan Yassin. Usaha ini amatlah terpuji kerana sebagai umat Islam kita mestilah memohon pertolongan dari Allah SWT. Pergantungan kita kepada Allah hendaklah serentak dengan azam dan usaha yang dilakukan.

Kepada para pelajar diharap janganlah bagitu ’eksyen’ dengan usaha yang anda telah lakukan. Sandarkan usaha itu dengan bertawakkal kepada Allah SWT. Teruskan berdoa, samada sebelum menduduki peperiksaan, mahupun selepas menduduki peperiksaan sehinggalah keputusan peperiksaan itu diumumkan. Nabi SAW pernah bersabda yang bermaksud, ” Tiada yang boleh menolak takdir selain doa dan tiada yang boleh memanjangkan umur kecuali perbuatan yang baik." (Imam Termizi)

Setelah berusaha bertahun-tahun untuk menduduki peperiksaan ini, buatlah yang terbaik semasa menjawab soalan-soalan nanti. Ingatlah tiada ibubapa yang tidak mahu anaknya berjaya. Tiada guru yang mahu muridnya gagal. Tiada pentadbir sekolah yang mahu pencapaian sekolahnya menurun di banding tahun-tahun lepas.

Ibarat team bola sepak, latihan-latihan intensif telah dilakukan. Jurulatih-jurulatih yang terbaik telah mengajar berbagai taktik dan teknik. Pengurus pasukan telah melakukan apa sahaja yang terbaik untuk teamnya. Banyak wang ringgit telah dibelanjakan. Sekarang terserahlah kepada para pemain untuk berjuang di padang pertandingan.

Akhirnya, mohonlah restu dan keampunan dari ibubapa dan guru-guru sebelum menduduki peperiksaan. Mohon maaf daripada mereka, manalah tahu jika sebelum ini anda pernah mengguris hati mereka. Hadis Nabi juga ada menyebut, yang maksudnya "Redha Allah terletak kepada redha kedua ibubapanya"...

Saya dan semua guru-guru di sini mendoakan kejayaan anda.....Amin!!!

.

1 comment:

  1. sayer tak ingat dulu mase sayer ade ker majlis2 gini..bace yassin ade kot...tapi cikgu2 dan ibubapa tak henti2 mendoakan kami...itu sayer ingat...terima kasih berkat doa dan usaha bersama pasti membuah kejayaan..

    ReplyDelete