Sunday, December 5, 2010

Tazkirah ; Erti sebenar hijrah


(Sumber: Perubatan online)


UMAT Islam menyambut Maal Hijrah setiap tahun bagi mengingati dan menghayati perjuangan Rasulullah s.a.w dan para sahabat dalam peristiwa Hijrah dari Makkah ke Madinah. Hijrah adalah peristiwa penting dalam sejarah Islam. Dalam konteks sirah Rasulullah s.a.w, Hijrah membolehkan baginda mengatur strategi yang lebih berkesan bagi umat Islam menggembleng tenaga dan mengukuhkan kekuatan umat Islam.

Walaubagaimanapun, Konteks hijrah adalah sangat luas, bukan sekadar bermaksud kita berhijrah dari Makkah ke Madinah atau dari satu tempat ke tempat lain. Tetapi juga dari sudut bagaimana kita hendak menjiwai perjuangan dan kebijaksanaan Rasulullah s.a.w dalam menjana dan menobatkan Islam di persada dunia.

Namun marcapada ini, kita sedih melihat umat Islam sekadar membilang detik masa dan mengadakan pertunjukan hiburan dan bunga api, apatah lagi mabuk sehingga melupakan tatasusila sebagai seorang manusia. Adakah ini yang diajarkan oleh umat islam terdahulu? Sebilangan besar kita pula masih terkapai-kapai mencari erti sebenar kehidupan dengan mengejar kejayaan dan keseronokan dunia sehingga alpa bahawa hidup ini hanyalah sementara taktala diri ini semakin hampir menghadap Maha Pencipta.

Sudah terang lagi bersuluh, umat Islam nyata perlu berhijrah dari melakukan perbuatan yang buruk kepada sesuatu yang lebih baik dan kejayaan sebagaimana sabda Rasullulah,

“Orang yang berhijrah itu ialah mereka yang meninggalkan apa-apa yang dilarang Allah ke atasnya” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).

Justeru, kita perlulah sentiasa meningkatkan ketakwaan agar terus kekal sebagai Muslim yang mampu berdepan dengan apa jua cabaran yang mampu menggugat keimanan kita. Generasi muda Islam perlu melengkapkan diri dengan ilmu dunia dan akhirat untuk menjadi insan cemerlang. Ummah perlu menjadikan sejarah penghijrahan dan perjuangan Rasulullah sebagai pencetus kejayaan.


Konsep hubungan hijrah dan kejayaan mendapat rahmat Allah dan disebut dalam al-Quran Karim yang bermaksud:“Sesungguhnya orang yang beriman dan berhijrah dan berjihad di jalan Allah, mereka itulah yang boleh mengharap rahmat dari-Nya.” (al-Baqarah: 218).


Umat Islam memerlukan ilmu untuk mengukir kejayaan kerana ia merupakan aspek terpenting dalam usaha melakukan anjakan paradigma menuju kegemilangan. Sejarah membuktikan jatuh bangun sesebuah bangsa bergantung kepada ilmu. Tanpa ilmu, sesebuah bangsa dan negara itu akan diperalat dan ditindas. Namun, sejarah Islam telah memberikan contoh jalan yang terbaik seperti kegemilangan Islam yang banyak disumbangkan oleh golongan ilmuan Islam. Mereka bukan sahaja warak tetapi berilmu.

Nama-nama tokoh seperti Ibnu Sina, al-Biruni, al-Kindi, Ibnu Hayyan, Umar al-Khayyan dan al- Khawarizmi cukup mengerunkan dunia dengan ketinggian ilmu pengetahuan. Tetapi sayangnya, kegemilangan tamadun Islam gagal dipertahankan. Penjajahan kuasa Barat ke atas negara dunia ketiga khususnya negara-negara Islam, telah berjaya memusnahkan dominasi Islam terhadap tamadun ilmiah.


Negara Barat turut belajar rahsia kegemilangan Islam sehingga mereka mampu menjadi bangsa yang disegani masyarakat dunia. Kita dapat melihat pada dunia hari ini ketika mana beberapa negara seperti Jepun, China dan Korea Selatan mencapai kemajuan hebat dalam pelbagai bidang hingga mampu bersaing dengan kuasa besar seperti Amerika Syarikat, Jerman, Perancis. Jepun yang suatu ketika dahulu hampir musnah apabila bom atom digugurkan di Hiroshima dan Nagasaki,masih mampu untuk bangun dan berhijrah menjadi bangsa maju serta dihormati oleh dunia. Apakah rahsia di sebaliknya? Tentunya mereka memartabatkan ilmu itu sendiri.

Suatu ketika dahulu, umat Islam berjaya membuktikan kepada dunia bahawa mereka umat cemerlang. Mereka membawa rahmat besar dan mewujudkan kualiti modal insan yang mementingkan pembangunan rohani dan material. Mereka berjaya membebaskan kesesatan akidah manusia dengan mewujudkan negara Islam di Timur Tengah, Afrika Utara, Asia Tengah, sebahagian Eropah dan beberapa kawasan di Asia. Mereka juga berjaya menjadikan negara Islam sebagai pusat ilmu pengetahuan dan tempat rujukan dunia. Manusia berpengetahuan dan berilmu, menjadi tenaga penggerak tamadun manusia. tidak tidak dapat dinafikan lagi, kemuncak dunia Islam sebagai pusat utama ilmu pernah wujud pada zaman kerajaan Abassiah pada abad kelapan dan sembilan Masihi.


Seiring dengan sifat mahu menuntut ilmu, umat Islam wajar menanam sikap mampu memberi pendapat, idea dan inovatif, merekacipta sesuatu yang baru dan menjadi masyarakat pintar. Kita tidak boleh hidup dalam dunia yang jumud dan mengharap perubahan datang dengan sendiri tanpa usaha. Firman Allah Taala,


“Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri”.” (surah al-raa’d :11).

Justeru itu, dengan semangat Maal Hijrah umat Islam perlu membetulkan kesilapan dan kelemahan diri. Jika sebelum ini kita menanam azam sempena Tahun Baru Masihi, kita juga mempunyai perlu mempunyai azam yang sama sempena Tahun Baru Hijrah.


Kita perlu membuang sikap malas, lesu dan mundur selain meningkatkan ilmu pengetahuan, kemahiran, kepakaran dan kebijaksanaan bagi menjana kemajuan dan pembangunan negara. Kini, sudah tiba masanya umat Islam di seluruh dunia bangkit dari takuk lama dan menjadi umat yang cemerlang, gemilang dan terbilang di mata dunia dengan mengikuti jejak langkah umat terdahulu yang pernah meletakkan Islam sebagai pembina tamadun terunggul di dunia.

.

Saturday, December 4, 2010

Selamat Maal Hijrah 1432


Insya-Allah, dua hari lagi kita akan menyambut tahun hijrah 1432. Sebaiknya setiap kali kita menyambut tahun baru hijrah, kita mulakan dengan azam tahun baru dengan cara yang diajarkan oleh agama kita.

Sambutan Maal Hijrah bukan sebarang program, tetapi ia merupakan permulaan kepada keazaman kita pada tahun baru hijrah itu, iaitu keazaman untuk tidak mengulangi maksiat kepada Allah SWT. Sebaliknya menanam keazaman untuk bersama-sama membantu Agama Allah dengan cara melaksanakan tuntutan-tuntutannya seperti golongan Muhajirin dan golongan Ansar pada awal perkembangan Islam.

Mereka telah pun memenuhi tuntutan Allah agar beriman, seterusnya menyahut perintah Allah untuk berhijrah dan perintah Allah untuk Jihad Fi Sabilillah bagi membela agama Islam. Bagi mereka ialah ganjaran dari Allah berupa keampunan dariNya dan kurniaan rezeki yang luas dan mulia. Buktinya ialah firman Allah dalam Surah At-Taubah ayat 20 hingga 22 :


Maksudnya : Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad pada jalan Allah dengan harta benda dan jiwa mereka adalah lebih besar dan tinggi darjatnya di sisi Allah. Dan mereka itulah orang-orang yang berjaya. Mereka digembirakan oleh Tuhan mereka dengan pemberian rahmat daripadaNya dan keredaan serta Syurga. Mereka beroleh di dalam syurga itu nikmat kesenangan yang kekal. Mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Sesungguhnya Allah menyediakan di sisiNya pahala yang besar.

Hijrah adalah satu tuntutan Tuhan kepada para hambaNya. Keimanan kepada Allah telah menjadikan semua perintah Allah tetap dijunjung dan disempurnakan walaupun ianya sulit dan sukar. Rasulullah SAW telah membuktikan melalui hijrah agung baginda dengan meninggalkan Kota Mekah bumi kelahiran baginda menuju ke Kota Madinah semata - mata kerana memenuhi tuntutan menegakkan sebuah negara setelah baginda telah dibuang dan ditolak di negera sendiri kerana menegakkan cara hidup Islam.

Biar pun hijrah bersama baginda Rasulullah SAW telahpun berakhir, namun tuntutan hijrah dalam konteks meninggalkan segala maksiat dan menuju keredhoan Allah tetap berkekalan sehinggalah hari kiamat.

Sabda nabi SAW :Maksudnya ;“Hijrah tidak akan berakhir sehinggalah berakhirnya peluang bertaubat dan peluang bertaubat tidak berakhir sehinggalah matahari terbit dari sebelah barat” - Riwayat Abu Daud

Selamat Menyambut Tahun Baru Hijrah 1432. Marilah kita ”Sama-sama Berhijrah” (Maal Hijrah)


.

Thursday, December 2, 2010

Bas khas untuk wanita


RapidKL memulakan tempoh percubaan bagi perkhidmatan bas untuk golongan wanita sahaja, yang dikenali sebagai Rapid Bas Wanita, mulai semalam hingga 31 Disember.
Menurut kenyataan Bas RapidKL semalam, ia adalah tambahan kepada operasi biasa syarikat berkenaan dan menyediakan perkhidmatan berbaloi kepada orang awam.Tempoh percubaan itu dijalankan di tujuh laluan yang mempunyai jumlah penumpang ramai dengan dua sesi perkhidmatan, iaitu di sebelah pagi jam 6.45 dan 7.30 manakala di sebelah petang pada jam 6 dan 6.45.

Laluan yang terbabit pada sesi pagi ialah U1 (Hab Pinggiran Batu Caves), U8 (Hab Damansara Damai), U22 (Hab Sri Nilam), U40 (Hab Terminal Kajang), U60 (Hab Puchong Utama), U80 (Hab UiTM Shah Alam) dan U81(Hab Subang Suria).Bagi sesi petang, laluannya ialah U1 (Hab Medan Pasar), U8(Hab Medan Pasar), U22 (Hab Jalan Hang Lekiu), U40 (Hab Pasar Seni), U60 (Hab Pasar Seni), U80 (Hab Pasar Seni) dan U81 (Hab Pasar Seni).

Ketua Pegawai Eksekutif Bas RapidKL Datuk Mohamed Hazlan Mohamed Hussain berkata perkhidmatan khas itu dilaksanakan untuk memberi lebih keselesaan dan keselamatan kepada penumpang wanita, selain melindungi mereka daripada gangguan seksual serta bersesakan dengan penumpang lelaki pada waktu puncak.

Beliau berkata Rapid Bas Wanita tidak akan menjejaskan perkhidmatan sedia ada syarikat itu kerana ia akan menggunakan bas tambahan.Walaupun dikhaskan untuk wanita sahaja, kanak-kanak di bawah usia dua belas tahun dibenarkan menggunakan perkhidmatan bas tersebut dengan ditemani rakan atau saudara perempuan.

Ikon bas 'untuk wanita sahaja' akan diletakkan pada cermin depan bas, tingkap, pintu dan skrin LED dalam kenderaan itu bagi membezakannya daripada bas biasa.- -Bernama
Nota:

Eloknya, bas ini pun dikhaskan untuk "budak lelaki sahaja" dan untuk "budak perempuan sahaja"....

Wednesday, December 1, 2010

Segelas Air Di Medan Perang

(Dipetik Dari Buku: Humpunan Kisah-kisah Menyayat Hati
Karangan : Muhammad Isa Selamat)


Di zaman permulaan bangkitnya Agama Islam, banyak peperangan telah berlaku antara pihak tentera Islam dengan pihak musyrikin. Banyak suku-suku Arab yang musyrik telah bangkit menentang Kerajaan Islam yang berpusat di kota Madinah. Salah satu peperangan besar yang dihadapi oleh umat Islam ketika itu ialah Perang Yarmuk.

Dalam masa peperangan ini suatu peristiwa yang sungguh mengharukan telah terjadi yang kiranya elok dijadikan satu teladan yang indah buat umat dikemudian hari. Satu contoh teladan yang tidak ada tolok bandingnya bagi menunjukkan keluhuran budi pejuang-pejuang Islam di medan pertempuran.

Salah seorang sahabat Rasulullah SAW bernama Abu Jahim Bin Huzaifah yang menyertai Perang Yarmuk itu meriwayatkan satu peristiwa tentang pengorbanan pejuang-pejuang Islam yang berhati mulia.

Abu Jahim bercerita. “Semasa Perang Yarmuk itu saya sedang mencari saudara sepupu saya yang berada di barisan hadapan sekali. Saya bawa bersama-sama sedikit air agar dapat memberi faedah buat dirinya. Tatkala saya menjumpainya dia sedang terbaring berlumuran darah. Dia mengerang kesakitan dan harapan untuknya hidup sangat tipis sekali.

Melihat keadaannya itu saya lantas berkejar kepadanya untuk memberikan air. Tetapi ketika hampir saya memberikannya air itu saya terdengar seorang lagi pejuang Islam sedang berteriak: “Berikanlah saya air! air!” Mendengar suaranya itu saudara sepupu saya lantas memberi isyarat agar saya pergi melayani orang itu lebih dahulu dan memberikannya air itu. Maka saya pun tanpa lengah lagi terus pergi mendapatkan orang itu. Pejuang itu amat saya kenali, tidak lain adalah Hasyim Bin Abilas.

Tetapi sebelum sempat saya memberikan air kepada Hasyim saya terdengar suara orang mengerang di sebelahnya pula, juga meminta air. Hasyim pula kali ini mengisyaratkan saya supaya memberikan air itu lebih dahulu kepada orang yang mengerang dekatnya.

Bagaimanapun sebelum sempat saya kepada pejuang yang ketiga itu ia pun telah mati syahid. Lalu saya pun bergegas semula kepada Hasyim tetapi sedihnya ia juga telah mati syahid. Tanpa lengah lagi saya terus pergi mendapatkan saudara sepupu saya itu. Sungguh tidak tahan rasa di hati saya kerana saya dapati dia juga telah mati syahid.

Demikianlah satu contoh keluhuran budi yang tidak ada bandingnya yang diperlihatkan oleh pejuang-pejuang Islam yang beriman.


.

Tuesday, November 30, 2010

Jadilah Seperti Lebah

(petikan dari laman web ISLAM 2U untuk renungan bersama)


Rasulullah saw. bersabda, “Perumpamaan orang beriman itu bagaikan lebah. Ia makan yang bersih, mengeluarkan sesuatu yang bersih, hinggap di tempat yang bersih dan tidak merusak atau mematahkan (yang dihinggapinya).” (Ahmad, Al-Hakim, dan Al-Bazzar)

Seorang mukmin adalah manusia yang memiliki sifat-sifat unggul. Sifat-sifat itu membuatnya memiliki keistimewaan dibandingkan dengan manusia lain. Sehingga di mana pun dia berada, kemana pun dia pergi, apa yang dia lakukan, peranan dan tugas apa pun yang dia pikul akan selalu membawa manfaat dan maslahat(kebaikan) bagi manusia lain. Maka jadilah dia orang yang seperti dijelaskan Rasulullah saw., “Manusia paling baik adalah yang paling banyak memberikan manfaat bagi manusia lain.”


Untuk menjadikan kehidupan ini agar menjadi indah, menyenangkan, dan sejahtera sangat memerlukann manusia-manusia seperti itu. Dalam keadaan apa sekalipun, dia akan membuat yang terbaik; apa pun peranan dan tugas yang diberikannya, dia akan menjadi manusia dan keadaan di sekelilingnya menjadi bahagia dan sejahtera.

Maka, sifat-sifat yang baik itu antara lain terdapat pada lebah. Rasulullah saw. dengan pernyataanya dalam hadits di atas mengisyaratkan agar kita meniru sifat-sifat positif yang dimiliki oleh lebah.

Tentu saja, sifat-sifat itu sendiri memang merupakan ilham dari Allah swt. seperti yang Dia firmankan, “Dan Rabbmu mewahyukan (mengilhamkan) kepada lebah: ‘Buatlah sarang-sarang di bukit-bukit, di pohon-pohon kayu, dan di tempat-tempat yang dibikin manusia. Kemudian makanlah dari tiap-tiap (macam) buah-buahan dan tempuhlah jalan Rabbmu yang telah dimudahkan (bagimu).’ Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat obat yang menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Rabb) bagi orang-orang yang memikirkan.” (An-Nahl: 68-69)

Sekarang, bandingkanlah apa yang dilakukan lebah dengan apa yang seharusnya dilakukan oleh seorang mukmin, contohnya seperti ini:Hinggap di tempat yang bersih dan menghirup apa hanya yang bersih sahaja.

Lebah hanya hinggap di tempat-tempat terpilih sahaja. Lebah sangat jauh berbeza dengan lalat. Lalat sangat mudah ditemui di tempat sampah, kotoran, dan tempat-tempat yang berbau busuk. Tapi lebah, ia hanya akan mendatangi bunga-bunga atau buah-buahan atau tempat-tempat bersih yang mengandungi bahan madu atau nektar.

Begitulah pula sifat seorang mukmin. Allah swt. berfirman:Hai manusia, makanlah yang halal lagi baik dari apa yang terdapat di bumi dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan; karena sesungguhnya syaitan adalah musuh yang nyata bagimu. (Al-Baqarah: 168)(Yaitu) orang-orang yang mengikut Rasul, Nabi yang ummi yang (namanya) mereka dapati tertulis di dalam Taurat dan Injil yang ada di sisi mereka, yang menyuruh mereka mengerjakan yang ma’ruf dan melarang mereka dari mengerjakan yang mungkar dan menghalalkan bagi mereka segala yang baik dan mengharamkan bagi mereka segala yang buruk dan membuang dari mereka beban-beban dan belenggu-belenggu yang ada pada mereka.

Maka orang-orang yang beriman kepadanya, memuliakannya, menolongnya dan mengikuti cahaya yang terang yang diturunkan kepadanya (Al-Qur’an), mereka itulah orang-orang yang beruntung. (Al-A’raf: 157)Mengeluarkan yang bersih.Siapa yang tidak tahu madu lebah. Semuanya tahu bahawa madu mempunyai khasiat yang banyak untuk kesihatan manusia. Tapi dari organ tubuh manakah keluarnya madu itu? Itulah salah satu keistimewaan lebah. Lebah sangat kaya dengan kebaikan,sedangkan dari organ tubuh pada binatang lain, mereka hanya mengeluarkan sesuatu yang menjijikan.

Begitu juga seorang mukmin, kita haruslah menjadi manusia yang produktif dengan kebaikan. “Hai orang-orang yang beriman, rukuklah kamu, sujudlah kamu, sembahlah Rabbmu dan perbuatlah kebajikan (khair), supaya kamu mendapat kemenangan.” (Al-Hajj: 77)Al-khair adalah kebaikan atau kebajikan. Akan tetapi al-khair dalam ayat di atas bukan merujuk pada kebaikan dalam bentuk ibadah ritual. Sebab, perintah ke arah ibadah ritual sudah terwakili dengan kalimat “rukuklah kamu, sujudlah kamu, sembahlah Rabbmu” (irka’u, wasjudu, wa’budu rabbakum). Al-khair di dalam ayat itu justru bermakna kebaikan atau kebajikan yang buahnya dirasakan oleh manusia dan makhluk lainnya.Segala yang keluar dari dirinya adalah kebaikan.

Hatinya jauh dari prasangka buruk, iri, dengki; lidahnya tidak mengeluarkan kata-kata kecuali yang baik; perilakunya tidak menyengsarakan orang lain melainkan justru membahagiakan; hartanya bermanfaat bagi banyak manusia; kalau dia berkuasa atau memegang amanah tertentu, dimanfaatkannya untuk sebesar-besar kemanfaat manusia.

Tidak pernah merosakkan.
Seperti yang disebutkan dalam hadits yang sedang kita bahas ini, lebah tidak pernah merosak atau mematahkan ranting yang dia hinggapi. Begitulah seorang mukmin. Dia tidak pernah melakukan kerosakan dalam apa-apa hal sekalipun: baik secara fizikal mahupun tidak.. Bahkan dia melakukan pembaikan akidah, akhlak, dan ibadah dengan cara berdakwah. Mengubah kezaliman apa pun bentuknya dengan cara berusaha menghentikan kezaliman itu.

Bekerja keras.
Lebah adalah pekerja yang bekerja keras. Ketika muncul pertama kali dari biliknya (saat “menetas”), lebah pekerja membersihkan bilik sarangnya untuk telur baru dan setelah berumur tiga hari ia memberi makan larva, dengan membawakan serbuk sari madu. Dan begitulah, hari-harinya penuh semangat berkarya dan beramal. Bukankah Allah pun memerintahkan umat mukmin untuk bekerja keras?

“Maka apabila kamu telah selesai (dari sesuatu urusan), kerjakanlah dengan sungguh-sungguh (urusan) yang lain.” (Alam Nasyrah: 7)Kerja keras dan semangat pantang berundur itu lebih-lebih lagi dituntut lagi dalam menegakkan keadilan. Karena, meskipun memang ramai manusia yang cinta keadilan, namun kebanyakan manusia –kecuali yang mendapat rahmat Allah– tidak suka jika dirinya rugi dalam menegakkan keadilan.Bekerja secara jama’i dan tunduk pada satu pimpinanLebah selalu hidup dalam koloni besar, tidak pernah menyendiri. Mereka pun bekerja secara kolektif, dan masing-masing mempunyai tugas sendiri-sendiri. Ketika mereka mendapatkan sumber sari madu, mereka akan memanggil teman-temannya untuk menghisapnya.

Demikian pula ketika ada bahaya, seekor lebah akan mengeluarkan feromon (suatu zat kimia yang dikeluarkan oleh binatang tertentu untuk memberi isyarat tertentu) untuk mengudang teman-temannya agar membantu dirinya. Itulah seharusnya sikap orang-orang beriman.
“Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berperang di jalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.” (Ash-Shaff: 4)

Tidak pernah melukai kecuali kalau digangguLebah tidak pernah memulakan serangan. Ia akan menyerang hanya manakala apabila terasa diganggu atau terancam. Dan untuk mempertahankan “kehormatan” umat lebah itu, mereka rela mati dengan melepas sengatnya di tubuh pihak yang diserang. Sikap seorang mukmin: musuh tidak dicari. Tapi jika ada, tidak lari.

Itulah beberapa karakter lebah yang patut ditiru oleh orang-orang beriman. Bukanlah sia-sia Allah menyebut-nyebut dan mengabadikan binatang kecil itu dalam Al-Quran sebagai salah satu nama surah: An-Nahl.

Allahu a’lam .........


.

Facebook Kelab Bekas Pelajar SMKSTA


Setelah beberapa hari line streamyx tak ada di Manong ni, petang tadi ianya pulih semula. Tak tahu lah asyik terganggu sahaja. Bilakah nak ada ’jalur lebar’ nya di sini pun entahlah....

Malam ini saya ’belayar’ dari satu web ke satu web mana-mana terfikir. Dengan bantuan ’pak cik’ Geogle saya menjumpai laman facebook Kelab Bekas Pelajar SMK Sultan Tajul Ariffin Manong Perak. Teruja dengan tajuk itu, akhirnya saya mengambil masa yang agak lama juga membaca komen-komen dan sembang bekas-bekas pelajar sekolah ini. Maklumlah sekolah ini pun umurnya dah 45 tahun, maka dah ada 40 kumpulan yang graduat dari sekolah ini. Sejak dari zaman kamera hitam putih hinggalah ke zaman kamera tak pakai ’kodak’ sekarang ini. Maka macam-macam kumpulan umur lah yang bersembang tu...

Seronok juga melihat gambar-gambar lama yang menjadi kenangan di muatkan di laman ini. Ditambah pulak dengan sembang-sembang bekas-bekas pelajar tu. Paling gelihati mereka mengingatkan kisah-kisah silam dimarah guru-guru yang ’garang-garang’; masa tu...

Saya juga cuba mengingat nama rakan-rakan guru di sekolah ini mana-mana yang saya tahu. Sekali fikir, dua kali fikir, dah nak pencen dah rasanya melihatkan anak murid pun dah besar dewasa....

Alamat facebook Kelab Bekas Pelajar yang saya maksudkan, klik di sini....

http://www.facebook.com/group.php?gid=177037116058

.

Tuesday, November 23, 2010

Selamat Berjuang....

Selamat Menghadapi Peperiksaan kepada semua calon SPM yang akan menduduki peperiksaan yang bermula pada hari ini.

Saya dan semua warga SMKSTA serta seluruh ibubapa di kawasan Manong ini mendoakan kejayaan anda. Semoga dapat menjawab peperiksaan dengan tenang, mudah dan insya-Allah akan memperolehi kejayaan yang cemerlang kelak.


Ingat, mulakan dengan Bismillah dan Doa serta tawakal kepada Allah SWT sebelum dan selepas menjawab peperiksaan.

Sesiapa yang bersungguh-sungguh akan berjaya,
Sesiapa yang menanam akan memungut hasil.

.

Sunday, November 21, 2010

Musim Orang Kahwin....

Bila cuti sekolah yang panjang begini, ramailah yang mengambil peluang untuk melangsungkan perkahwinan atau mengadakan lain-lain kenduri. Bagi kami di SMK Sultan Tajul Ariffin seramai 3 orang guru akan melangsungkan perkahwinan, manakala dua orang guru pula akan mengkahwinkan anak masing-masing pada cuti ini. Yang akan berkahwin ialah cikgu Mohd Suhailee, cikgu Noor Fairuz dan cikgu Junaidah. Manakala yang akan mengkahwinkan anak pula ialah Tn Hj Kamil dan Tn Hj Rahimi.

Semasa saya meneliti kad-kad jemputan kahwin yang saya terima pada masa cuti ini, ramai yang mengadakan kenduri itu pada hari Sabtu dan Ahad sahaja. Hari lain tak ada. Dahlah begitu, banyak pula berlaku pertembungan hari yang sama yang mungkin menyebabkan kita tak dapat pergi ke rumah orang yang lain terutama yang jauh-jauh. Maklum saja lah, bila perut dah kenyang, maka malas pula nak pergi rumah kawan yang jauh itu. Namun tengoklah nanti, jika ada rezeki kita pergi juga meraikan…

Lihatlah banyaknya kad jemputan kahwin yang saya terima...

Satu lagi yang menariknya dari kad-kad yang saya terima ialah ada satu kad yang menuliskan

”Tema Majlis Warna Merah, Tetamu digalakkan Memakai Rona Merah”

Mak oi, kena cari baju merah pulak le..., Gamaknya adale yang tak mahu datang ke majlis itu kerana tak ada baju rona merah... Saya sendiri tak ada baju merah, baju orange ade le iaitu batik sekolah, Tapi insya Allah saya nak pergi juga ke rumah kawan saya tu, saya nak tengok majlis merah hari tu nanti, ade ke rupa penunjuk perasaan berbaju merah di Thailand dulu....

Kepada kawan saya tu, jangan marah, bergurau saje!!!

Jamuan Akhir Tahun Koperasi

Pada minggu lepas telah diadakan jamuan akhir tahun Koperasi SMK Sultan Tajul Ariffin Berhad. Jamuan tersebut diadakan di Bistro In Town Kuala Kangsar. Kesemua ahli lembaga pengarah dan petugas-petugas koperasi sekolah ini telah hadir ke jamuan yang bermula jam 3.30 petang itu.

Jamuan tersebut diadakan sebagai menghargai jasa petugas-petugas koperasi yang menjalankan tugas menjual di kedai koperasi pada setiap hari persekolahan sepanjang tahun 2010. Antara menu yang special pada petang itu ialah ‘steamboat’, maka bukan main seronoklah budak-budak sekolah Manong ini makan ‘steamboat’ macam naik ‘boat’ seronoknya!!

.

6 Sebab Hati Jadi Mati




Menurut Hasan al-Basri Rahmatullahu’alaih…Ada 6 punca hati jadi rosak atau mati :

1. Sengaja berbuat dosa karena ingat masih ada harapan untuk bertaubat.
2. Mengajarkan ilmu pengetahuan tetapi tidak mengamalkannya.

3. Buat amalan tapi tidak ikhlas.

4. Makan rezeki daripada Allah tetapi tidak mahu mensyukurinya.

5. Tidak pernah puas dengan pemberian Allah.

6. Mengebumikan jenazah tetapi tidak pernah mengambil pelajaran dari peristiwa itu.

Saturday, November 20, 2010

Tuah pembaling kasut

Baghdad – Masihkah anda ingat kepada Muntazar al-Zaidi? Sure tak ingatkan, tapi ingatkan wartawan Iraq yang membaling kasut kepada bekas PM US George W Bush pada satu sidang akhbar di Iraq..? Pada 14 Disember 2008, Zaidi menjerit “This is a farewell kiss from the Iraqi people, you dog” kemudian melemparkan kasut kepada Bush.

Setelah dipenjara selama 9 bulan, Zaidi telah bebas dengan hadiah menarik menantinya iaitu sebuah rumah dengan 4 bilik tidur yang merupakan hadiah dari pejabat Zaidi bekerja, Al Baghdadia TV.

Bukan hanya itu, sebuah kereta baru hadiah dari orang tak dikenali juga telah menanti Zaidi. Itu belum termasuk wang yang dikirim oleh para dermawan, beberapa tawaran bernikah, dan tawaran penjagaan kesihatan yang ditujukan kepadanya.

Para editor Al Baghdadia TV mengatakan mereka telah menerima banyak permintaan dari perempuan yang hendak menikahi Zaidi. Selain itu banyak pula datang tawaran harta benda seperti wang, kereta, hingga kuda berpelana emas dari Morocco. Seorang warga Arab bahkan bersedia membeli kasut Zaidi seharga USD 10 juta.

Seorang petani Palestin berusia 75 tahun yang tinggal di Tepi Barat, Ahmad Jouda, rela menjual sebagian kambingnya dan mengumpulkan puluhan ribu dolar dari saudaranya untuk menyokong Zaidi. Dia juga menawarkan Zaidi untuk menikah dengan salah seorang saudara perempuannya.

Berbagai tawaran itu dimulai tahun lalu ketika seorang dari Mesir bernama Saad Gumaa menelefon keluarga Zaidi dan menawarkan anak perempuannya yang berusia 20 tahun, Amal Saad Gumaa, untuk dinikahi Zaidi. “Saya ingin tinggal di Iraq. Apalagi kalau saya boleh bersama dengan pahlawan ini (Zaidi)…Itu adalah suatu kehormatan bagi saya,” kata Amal.

Mantan Presiden AS George W Bush memang tidak disukai di dunia Arab. Para analisis berpendapat, banyak warga Arab yang beranggapan dengan tindakannya itu Zaidi telah mewakili mereka mengekspresikan kemarahan, hal yang tidak berani dilakukan oleh para pemimpin politik tempatan.
( Sumber Isuhangat.net )

.

Cuti panjang bermula…


Cuti sekolah sudah pun bermula. Saya pasti ramai ibubapa yang bekerja dengan kerajaan yang sudah merancang untuk melakukan aktiviti membawa anak-anak bercuti ke destinasi tertentu. Ada ibubapa yang bekerja kerajaan ini mengumpul cuti tahunan mereka untuk tujuan melancung atau berehat di tempat-tempat peranginan.


Semasa anak-anak saya kecil dulu, saya juga sering membawa mereka ke tempat-tempat menarik di seluruh negara. Saya selalu membawa mereka ke KL untuk melawat dan melihat tempat-tempat terkenal seperti muzium, pusat sains, planetarium, KLCC, menara KL, putrajaya dan sebagainya. Pernah juga kami ke Langkawi, Port Dickson, Melaka, Johor dan negeri-negeri Pantai Timur. Namun sekarang ini bila anak-anak sudah besar, mereka sudah tidak hairan lagi dengan cuti-cuti panjang. Lagi pun cuti-cuti anak saya berbeza antara satu sama lain. Seorang cuti, yang lain tak cuti. Kalau dulu anak-anak saya sangat seronok menginap di hotel semasa lawatan itu, namun sekarang mereka dah tak hairan dengan hotel. Satu perkara yang saya lakukan apabila membawa anak-anak saya bercuti, ialah saya memastikan mereka membuat karangan atau esei mengenai lawatan tersebut. Dengan itu mereka setidak-tidaknya dapat meningkatkan penguasaai penulisan dalam BM dan BI.


Bagi ibu bapa yang bekerja kampung, rasanya tak banyak rancangan membawa anak-anak berjalan seperti ini. Namun ibubapa yang pandai akan menggunakan cuti panjang ini untuk mengajak anak-anak bekerja bersama-sama seperti menoreh getah atau ke kebun-kebun. Dengan ini anak-anak akan dibiasakan dengan kerja-kerja sendiri dan merasa betapa susahnya mencari rezeki. Saya sendiri semasa kecil dulu akan menoreh getah dan membuat pelbagai kerja apabila cuti sekolah yang panjang seperti cuti akhir tahun ini. Saya juga gembira kerana dapat menolong ayah saya bekerja di dalam masa cuti, sebab bila sudah balik ke asrama, saya tidak dapat menolong mereka lagi.


Walau apa pun, cuti selama 6 minggu ini mestilah dimenafaatkan dengan perkara-perkara yang berfaedah. Kalau tidak rugi lah anak-anak kita itu….
.

Thursday, November 18, 2010

Petikan Khutbah Jumaat berkitan ibadah korban



SIDANG JUMAAT YANG DIKASIHANI SEKELIAN,

Salah satu amal ibadah yang disunatkan pada hari raya ialah melakukan korban. Waktu menyembelihnya ialah sesudah mengerjakan salat sunat Aidil Adha sehingga hari tasyrik ( 13 Zulhijjah ). Ianya boleh dilaksanakan dengan menyembelih seekor kambing untuk seorang atau seekor lembu untuk tujuh orang. Firman s.w.t. :

Maksudnya : " Sesungguhnya kami telah mengurniakan kepadamu ( wahai muhammad ) kebaikan yang banyak ( di dunia dan di akhirat ) oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata dan sembelihlah korban sebagai bersyukur) sesungguhnya orang yang bencikan engkau, dialah yang terputus (dari mendapat sebarang perkara yang diingininya )".
( Surah al-Kausar : 1-3 )

Berdasarkan kepada Firman Allah tersebut, jamhur ulama berpendapat bahawa hukumnya adalah sunat muakad iaitu sunat yang sangat dituntut. Tarafnya lebih tinggi daripada sunat biasa, manakala nilai pahalanya pعla lebih besar. Dalam satu Hadis yang diriwayatkan dari Abi Hurairah katanya, Sabda Rasulullah s.a.w. :

"مَنْ وَجَدَ سَعَةً ِلأَنْ يُضَحِّيَ فَلَمْ يُضَحِّ فَلاَ يَقْرَبَنَّ مُصَلاَّنـَا"

Maksudnya : " barangsiapa yang mempunyai kelapangan ( mampu ) untuk berkorban tatapi tidak dilakukannya, maka janganlah dia datang mendekati tempat kami bersembahyang ini ".
( riwayat Ahmad dan Ibni Majah )

Dari Hadis ini dapat dibuat kesimpulan, bahawa ibadah korban itu sangat penting sehingga hukumnya seolah-olah hampir kepada wajib, terutama kepada orang yang berkemampuan yang telah dilimpahkan dengan rezeki kepada mereka.

SIDANG JUMAAT SEKELIAN,

Jelaslah kepada kita, bahawa ibadah korban itu disunatkan oleh Rasulullah s.a.w. sebagai satu latihan dan ujian bagi kaum muslimim untuk memupuk semangat berkorban. dengan cara mengeluarkan sebahagian kecil nikmat dan rezeki yang dilimpahkan oleh Allah untuk dirasai oleh golongan fakir miskin sekaligus memanifestasikan syiar Islam itu sendiri.

Sebagai kesimpulan, antara hikmat dan nilai-nilai yang terkandung dalam ibadah korban antaranya ialah :

1. Melatih dan membentuk mentaliti kaum Muslimim supaya sentiasa bersedia berkorban sebahagian rezeki dan nikmat kurniaan Tuhan demi kepentingan orang lain.

2. Sebagai salah satu cara mendekatkan diri kepada Allah ( تَقَرُّبْ إِلى اللهَ ) sebagaimana yang sering kita ikrarkan dalam sembahyang lima waktu ; sesungguhnya solatku ،hidupku, ibadahku dan matiku adalah untuk berbakti kepada Allahs.w.t.

3. Menghidupkan sirah nabi Ibrahim yang kemudian disunatkan oleh Rasulullah s.a.w. menjadi syiar ibadah yang utama bagi kaum muslimim.

4. Peristiwa pengorbanan nabi Ibrahim dan nabi Ismail mengisyaratkan kepada kita bahawa jalinan hubungan kejasama antara generasi terdahulu dengan golongan terkemudian, bakal melahirkan kejayaan dan kecemerlangan ummah.

5. Dengan penyembelihan binatang korban itu, boleh dinikmati oleh diri orang yang berkorban itu sendiri, kaum keluarga jiran tetangga dan sahabat handai seluruhnya.

Wednesday, November 17, 2010

Kiswa baru untuk Kaabah


10 Zulhijjah 1431H.


Kain penutup Kaabah yang dikenali sebagai 'Kiswa' diganti baru dalam satu majlis tahunan di Makkah yang disiarkan secara langsung oleh televisyen tempatan.


Menurut sebuah akhbar tempatan di Makkah, Saudi Gazette, majlis pemasangan Kiswa yang baru itu disempurnakan oleh para petugas dari Majlis Agung yang menjaga Hal Ehwal Dua Masjid Suci.


Kiswa baru berharga SR20 juta (100 Saudi Riyal bernilai kira-kira USD26.67) setinggi 14 meter yang diperbuat dari sutera serta bersulam benang emas itu dihasilkan di sebuah kilang khas.


Ia turut merangkumi satu langsir di bahagian pintu Kaabah yang diperbuat daripada sutera khas, enam setengah meter tinggi dan tiga meter lebar, yang dihiasi dengan ayat-ayat suci Al-Quran yang disulam indah dengan benang diperbuat daripada emas dan perak.

Sunday, November 14, 2010

Ibadat Korban: Perkara yang disunnatkan ketika menyembelih

1. Menurut Mazhab Hanafi, sunat bagi orang yang hendak berkorban mengikat binatang yang akan dikorbankannya beberapa hari sebelum hari korban, untuk menunjukkan bahawa ketika bersedia untuk melakukan ibadah yang boleh mendekatkan diri kita kepada Allah dan menzahirkan rasa bersungguh-sungguh untuk melaksanakannya. Di samping itu juga dimakruhkan sekiranya kita menggunakannya untuk menunggang, mengambil susunya, bulunya dan sebagainya.

2. Sunat disembelih sendiri oleh mereka yang berkorban, kerana boleh mendekatkan dirinya kepada Allah.

3. Sunat dihadapkan binatang yang akan disembelih ke arah kiblat, sepertimana yang dilakukan oleh Rasulullah SAW berdasarkan hadis Anas bin Malik yang diriwayatkan oleh semua imam.

4. Sunat kepada orang yang berkorban menyaksikan binatang korbannya, sepertimana Rasulullah SAW berkata kepada Fatimah:
Maksudnya;
Daripada Imran bin Husain, Rasulullah SAW bersabda;
“Bangunlah menuju tempat binatang korbanmu dan saksikanlah, kerana ia akan menyebabkan dosamu terampun bagi setiap titisan darah yang tumpah, bagi setiap satu dosa yang pernah engkau lakukan…”
(Hadis riwayat Al-Hakim, Al-Baihaqiy dan At-Tabraniy)

5. Membaca Basmalah (Bismillahirrahmani rrahim) sepertimana yang diriwayatkan oleh Jabir menyatakan bahawa kami telah menunaikan solat al-Adha bersama Rasulullah SAW, selepas selesai daripada solat tersebut, dibawa dihadapan baginda seeokor kibas, maka baginda menyembelihnya dan baginda membaca;
Maksudnya;
“ Dengan nama Allah dan Allah Maha besar, Ya Allah ini adalah (korban) dariku dan daripada mereka yang tidak mampu untuk berkorban dari kalangan umatku.”
(Hadis riwayat Ahmad, Abu Daud dan At-Tirmizi)

6. Membaca salawat ke atas Nabi Muhammad SAW.

7. Takbir (Menyebut Allahu Akbar)

8. Mendo’akan agar sembelihan tersebut diterima oleh Allah, seperti berkata “ YA Allah, ini adalah amalan yang Engkau perintahkan supaya aku kerjakan keranaMu, terimalah amalku ini)

9. Binatang yang disembelih itu hendaklah dihadapkan ke arah kiblat di atas rusuk kirinya, sekiranya binatang tersebut terdiri daripada lembu dan kambing. Sabda Nabi SAW;
Maksudnya;
Daripada Anas bahawa Rasulullah SAW telah melakukan korban dengan dua ekor kambing yang baik-baik, beliau menyembelihnya sendiri, beliau membaca bismillah dan beliau bertakbir.”
(Hadis riwayat Bukhari danMuslim)
Ketika melakukan korban Rasululah membaca;
Maksudnya;
“YA Allah terimalah kurban Muhammad, ahli kelurganya dan umatnya.”
(Hadis riwayat Ahmad dan Muslim)

10. Memastikan bahawa binatang yang akan dikorbankan itu terdiri daripada binatang yang terbaik dari semua sudut, kerana binatang tersebut merupakan korban untuk mendapat ganjaran di akhirat.

11. Memastikan alat yang digunakan untuk menyembelih terdiri daripada alat yang tajam yang diperbuat daripada besi.

12. Menunggu sebentar selepas menyembelih sehingga binatang tersebut dipastikan benar-benar telah mati.

13. Menurut pandangan Mazhab Syafi’e, Malikiy dan sebahagian daripada Mazhab Hambali, disunatkan kepada mereka yang ingin melakukan ibadah korban, apabila masuknya hari ke sepuluh daripada bulan Zulhijjah, supaya tidak mencukur rambut dan memotong kuku sehinggalah selesai ibadah korban. Pendapat ini berdasarkan sabda Rasulullah SAW;
Maksudnya;
“ Sekiranya kamu melihat anak bulan Zulhijjah dan salah seorang dari kamu mahu melakukan korban maka biarkan (jangan dipotong) rambut dan kuku-kukunya.”
(Hadis diriwayatkan oleh semua Imam kecuali Bukhari)

.

Ibadah Korban: Syarat Binatang Yang Dikorbankan

Binatang yang hendak dijadikan qurban itu, hendaklah dari binatang yang tidak cacat seperti pincang, sangat kurus, sakit, terpotong telinganya, terpotong ekornya.

Umur yang disarankan bagi binatang yang akan diqurbankan itu adalah seperti berikut;

i. Kambing atau domba yang telah berumur satu tahun lebih atau sudah berganti gigi

ii. Kambing biasa yang telah berumur dua tahun lebih.

iii. Unta yang telah berumur lima tahun lebih.

iv. Sapi, kerbau atau lembu yang telah berumur dua tahun lebih.

v. Sekiranya ternakan betina, pastikan ternakan tersebut tidak bunting ketika hendak dikorbankan. Bagaimanapun, korban tetap dianggap sah, jika selepas disembelih didapati haiwan ternakan itu sedang bunting.

Sabda Rasulullah SAW;
Maksudnya;
Daripada Barra’ bin ‘Azib, Rasulullah SAW bersabda;
“ Empat jenis binatang yang tidak sah dijadikan qurban, yang rosak matanya, yang sakit, yang pincang dan yang kurus dan tidak mempunyai isi.”
(Hadis riwayat Muslim)

Seekor kambing hanya untuk korban satu orang, diqiaskan dengan denda meninggalkan wajib haji. Akan tetapi seekor unta, lembu, kerbau boleh dibahagikan kepada tujuh bahagian menurut pandangan Syafi’iyyah.

Sabda Rasulullah SAW;
Daripada Jabir , beliau berkata :
“Kami telah menyembelih korban bersama dengan Rasulullah SAW, pada Tahun Hudhaibiyah, seekor unta untuk tujuh orang dan seekor lembu untuk tujuh orang.”
(Hadis Riwayat Muslim)


.

Keputusan UPSR 2010 Negeri Perak

Seramai 4,201 murid atau 9.99 peratus daripada 42,057 calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) di negeri ini tahun ini mencatat prestasi cemerlang gred A dalam semua mata pelajaran yang diambil.

Timbalan Pengarah Pelajaran negeri, Mohd. Idris Ramli berkata, bilangan murid yang mencatatkan keputusan penuh 5A atau 7A kali ini meningkat seramai 264 orang berbanding 3,937 murid pada tahun lepas, iaitu peningkatan sebanyak 1.21 peratus daripada 8.78 peratus. "Secara keseluruhannya, seramai 26,610 atau 63.27 peratus calon mencapai tahap penguasaan minimum. Ini menunjukkan peningkatan sebanyak 1.5 peratus berbanding 61.77 peratus pada 2009. "Gred Purata Negeri bagi tahun ini meningkat sebanyak 0.05 daripada 2.36 pada tahun lepas kepada 2.31 pada tahun ini," katanya ketika mengumumkan keputusan UPSR negeri ini di sini hari ini.

Menurut Mohd. Idris, dalam peperiksaan kali ini, sebanyak 701 daripada 842 sekolah kerajaan mencapai peratus menguasai melebihi 40 peratus.Katanya, antara sekolah dalam bandar yang menunjukkan pencapaian cemerlang ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Convent, SK Raja Perempuan, SK Marian Convent serta SK Cator Avenue di sini dan SK Convent Kota serta SK Perempuan Treacher Methodist di Taiping.

"Bagi kategori luar bandar pula, sekolah yang cemerlang adalah Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Ladang Getah di Taiping, SK Balun Bidai di Kampung Gajah, SK Haji Ramli di Tanjung Piandang, SK Sungai Batang di Selekoh, SK Matang Gelugur, Matang dan SK Chegar Galah di Sauk," katanya.

Tambah beliau, dari segi prestasi mengikut mata pelajaran pula, peratus murid di Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) yang cemerlang dalam mata pelajaran Bahasa Melayu Pemahaman turun sebanyak 3.66 peratus dan Bahasa Melayu Penulisan sebanyak 0.03 peratus berbanding tahun lepas.

"Di SK pula, peratus kecemerlangan dalam mata pelajaran Bahasa Melayu Pemahaman meningkat sebanyak 6.49 peratus tetapi Bahasa Melayu Penulisan menurun sebanyak 6.97 peratus."Bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris di SK pula, hanya 17.02 peratus murid SK meraih keputusan cemerlang dan sebanyak 20.86 peratus di SJK," katanya.

Dalam pada itu, Mohd. Idris memberitahu, kejayaan yang dicapai itu hasil usaha dan perancangan rapi oleh ibu bapa, murid, guru, pentadbir sekolah, masyarakat serta Kementerian Pelajaran.

Beliau berkata, pelbagai program khas dari Jabatan Pelajaran negeri dan Pejabat Pelajaran daerah telah dilaksanakan bagi meningkatkan kualiti guru serta memberikan motivasi kepada murid. Antaranya, pemantauan dan penyeliaan bersepadu untuk meningkatkan motivasi kepada guru dan murid, Program Guru Cemerlang dan mengkelaskan prestasi akademik sekolah mengikut warna, katanya.

.

Thursday, November 11, 2010

Ibadah Korban: Hikmah Di Sebalik Pensyariatannya

1. Mengenang dan mencontohi pengorbanan besar yang tidak ada tolok bandingnya, yang dilakukan oleh Nabi Ibrahim AS yang digelar sebagai ‘Abu al-Anbiyak’ (Bapa Para Nabi) yang sanggup mengorbankan anaknya Ismail sebagai kemuncak dalam melaksanakan ketaatannya di atas perintah Allah SWT, namun begitu Allah menggantikannya dengan seekor kibas. Selain daripada itu sebagai mengenang dan mencontohi pengorbanan Nabi Ismail yang sanggup mengorbankan dirinya bagi mematuhi dan mentaati perintah Allah Azza wa Jalla.

2. Sebagai satu ibadah yang boleh mendekatkan seoarang hamba dengan Tuhannya, melalui bukti pengorbanan yang dilakukan. Ianya juga dianggap sebagai simbolik kesedian hamba untuk mengorbankan apa sahaja demi kerana Allah, termasuklah sanggup mengorbankan dirinya demi menegakkan agama Allah yang tercinta. Di samping itu melatih diri kita supaya sentiasa ikhlas dalam beribadah.

3. Melatih diri agar sentiasa bersedia untuk berkorban bila-bila masa diperlukan demi menegakkan agama Allah.

4. Memulia serta mengagongkan satu syiar dari syiar-syiar agama Allah sebagai memenuhi tuntutan Allah;
Maksudnya;
“Demikianlah perintah Allah dan barangsiapa yang mengagongkan syiar-syiar agama Allah, maka (perbuatan) itu timbul dari ketaqwaan hati.”
(Surah al-Haj : ayat 32)

5. Untuk melahirkan rasa syukur di atas segala nikmat Allah yang terlalu banyak ke atas diri kita dan yang masih menghidupkan kita.

6. Sebagai penghapus kepada segala kesalahan dan dosa yang kita lakukan, sama ada melakukan kemungkaran dan maksiat atau mengabaikan suruhan Allah.

7. Untuk memberikan kegemberiaan kepada keluarga yang melakukan korban dan orang-orang lain yang mendapat bahagian daripada daging korban tersebut, di mana mereka dibenarkan untuk memakan, mensedekahkan atau menyimpan daging tersebut untuk dimakan dalam jangka masa yang lama.

8. Sentiasa mengingatkan kita, bahawa hidup ini amat memerlukan kepada pengorbanan, untuk mencapai kejayaan dan kecemerlangan yang hakiki dalam apa jua bidang yang kita ceburi. Tanpa pengorbanan, tiada nilainya sebarang usaha yang kita lakukan.


.

Wednesday, November 10, 2010

Ibadah Korban: Hukumnya

Sebahagian ulama berpendapat bahawa korban itu hukumnya WAJIB, manakala sebahagian yang lain menganggapnya sebagai SUNNAH.

Alasan yang mengatakan amalan korban itu adalah WAJIB berdasarkan firman Allah;
Maksudnya;
Sesungguhnya Kami (Allah) telah memberi engkau (ya Muhammad) akan kebajikan yang banyak. Oleh itu sembahyanglah engkau pada Hari Raya Haji dan sembelihlah (binatang) korbanmu.” (Surah al-Kauthar : ayat 1-2)

Sabda Rasulullah SAW;
Maksudnya;
Daripada Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW telah bersabda : “ Barangsiapa yang mempunyai kemampuan, tetapi tidak melakukan korban, maka janganlah dia menghampiri tempat solat kami.”
(Hadis riwayat Ahmad dan Ibnu Majah)

Manakala mereka yang berpandangan bahawa amalan korban adalah suatu amalan SUNNAH adalah berpandukan hadis Nabi SAW;
Maksudnya;
“Aku diperintah untuk melakukan korban dan korban itu adalah sunnah bagi kamu.”
(Hadis riwayat at-Tirmizi)
Dalam hadis yang lain Rasulullah SAW menyatakan;
Maksudnya;
“ Diwajibkan ke atasku supaya berkorban dan tidak diwajibkan ke atas kamu.”
(Hadis riwayat Dar al-Qutniy)

Berdasarkan hadis di atas, ibadah atau amalan korban adalah wajib ke atas diri Rasulullah SAW, akan tetapi hanya dianggap sunnah ke atas umatnya.

Terdapat sat Athar sahabat (hadis mengenai sahabat Nabi) bahawa Abu bakar dan Umar, pernah tidak melakukan ibadah korban, sehingga apabila ditanya oleh orang ramai mengenai tindakan mereka berdua itu, maka mereka berdua menyatakan bahawa mereka bertindak demikian kerana khuatir sekiranya mereka berkorban, orang ramai akan menganggapnya sebagai satu amalan wajib, sedangkan asalnya tidak diwajibkan ke atas mereka.
(Hadis riwayat Al-Baihaqiy dan lain-laiannya dengan sanad yang baik)

Menurut Prof. Dr. Yusuf al-Qaradhawi ibadah qurban ialah sunnah muakkad (sunnah yang amat dituntut) menurut kebanyakan mazhab fiqah. Dalam Mazhab Imam Abu Hanifah, amalan tersebut dianggap sebagai ibadah wajib. Wajib di sini ialah sesuatu yang lebih ringan daripada ‘fardhu’ dan lebih berta daripada sunnah. (Imam Abu Hanifah membezakan antara Fardhu dengan wajib, tidak sebagaimana imam-imam yang lain).
Hukum wajib di sini bermakna sesiapa yang meninggalkannya dianggap berdosa sekiranya mereka terdiri daripada golongan yang berkemampuan dan berkedudukan.

Rasulullah pernah ditanya mengenai amalan qurban tersebut, lantas baginda menjawab;
“Itulah sunnah daripada bapa kamu, Ibrahim…”
(Hadis riwayat At-Tirmizi dan Al-Hakim)

Sehubungan denga itu, ibadah korban dikira sama ada Sunnah Muakkadah atau wajib. Mazhab lain, selain Imam Abu Hanifah menghukumkan ‘makruh’ jika seseorang yang mempunyai kemampuan tetapi tidak melakukan ibadah korban.

Menurut Mazhab Imam As-Syafi’ie, hukumnya adalah ‘Sunnah muakkadah’ iaitu sebagai ibadah tambahan yang dilakukan oleh Rasulullah SAW ketika baginda masih hidup. Baginda dilaporkan pernah berkorban dengan dua ekor biri-biri yang besar bagi dirinya, keluarganya dan seluruh umatnya yang tidak sempat atau tidak mampu untuk berkorban.

Namun begitu kebanyakan ulamak berpendapat ibadah korban adalah amalan yang sunnah sahaja. Seseorang itu tidak akan dianggap berdosa besar sekalipun tidak pernah melakukan ibadah korban seumur hidupnya. Jika dia tidak berkorban, lantaran tidak berkemampuan, anggaplah bahawa nabi telah berkorban bagi pihak umatnya.

Berpandukan kepada amalan korban yang dilakukan oleh Rasululah SAW yang menyembelih dua ekor biri-biri bagi pihak dirinya, keluarga dan umatnya, maka para ulamak berpendapat adalah memadai jika seseorang ketua dalam sesebuah keluarga seperti suami bagi isteri atau bapa bagi anak-anaknya.

Bagi yang mampu digalakkan memilih binatang ternakan yang terbaik, sihat dan gemuk. Imam Muslim meriwayatkan hadis daripada Anas bin Malik, menyatakan bahawa Rasulullah SAW menyembelih korban dengan dua ekor kibas yang terbaik dengan tangannya sendirinya dengan membaca ‘Bismillah’ dan ‘Bertakbir’ dan meletakkan kakinya di atas rusuk di sebelah tengkuk kedua-dua kibas tersebut.

.

Berita baik

Berita baik tentang cuti tambahan hari raya aidil adha 1431H

Sila klik di sini untuk mendapat maklumat apa berita yang baik itu….


http://ppdbatangpadang.edu.my/b-info.php?info=188


Sila muat turun di baris terakhir laman itu untuk melihat salinan surat JPN dan KPM berkaitan cuti tambahan di atas.



.

Tuesday, November 9, 2010

Ibadah korban : Pengertian dan Dalil

PENGERTIAN KORBAN

(1) Bahasa :
Nama yang diberikan terhadap apa yang dikorbankan atau apa yang disembelih pada Hari-Hari Raya Adha.

(2) Syarak:
Menyembelih haiwan yang tertentu dengan niat untuk mendekatkan diri kepada Allah dalam waktu yang khusus (hari-hari Nahar). Ibadah ini telah disyariatkan pada Tahun Kedua Hijriyah sepertimana juga disyariatkan ibadah zakat dan Solat Dua Hari Raya (Aidil Fitri dan Aidil Adha) dan telah dipastikan syariat mengenai berdasarkan al-Quran, Sunnah dan ijma’ ulamak.

DALIL-DALIL MENGENAI KORBAN

(1) Dalil Al-Quran
Maksudnya;
Sesungguhnya Kami (Allah) telah memberi engkau (ya Muhammad) akan kebajikan yang banyak. Oleh itu dirikanlah solat kerana Tuhanmu ( pada Hari Raya Haji) dan sembelihlah (binatang) korbanmu (sebagai ibadah dan mensyukuri nikmat Tuhanmu).” (Surah al-Kauthar : ayat 1-2)

Maksudnya ;
“Dan telah Kami (Allah) jadikan untuk kamu unta-unta itu sebagai syiar agama Allah. Kamu banyak memperoleh kebaikan daripadanya, maka sebutlah nama Allah ketika kamu menyembelihnya.” ( Al-Haj ; 36)

(2) Dalil Hadis Mengenai Kelebihan Korban
Banyak hadis yang membicarakan mengenai ibadah korban, antaranya hadis daripada A’isyah, Rasulullah bersabda;
Maksudnya;
“Tidak ada satu amalan anak Adam di hari-hari Nahar (Hari-hari Aidil Adha) yang paling Allah sukai selain daripada menumpahkan darah (sembelih), kerana ia (binatang korban) itu akan datang di hari kiamat nanti dengan tanduk dan kukunya dan bulu-bulunya (sebagai saksi ke atas ibadah korban tuannya), dan sesungguhnya darah (binatang korban itu) akan tumpah di sisi Allah di suatu tempat sebelum tumpah ke bumi, oleh itu pilihlah olehmu binatang terbaik (paling menarik) untuk dikorbankan. ” (Hadis riwayat Hakim, Ibnu Majah dan Tirmizi dan dianggap sebagai Hadis Hasan Gharib)

Para sahabat pernah bertanya Rasulullah SAW : “Ya Rasulullah apakah yang dimaksudkan dengan Udhiyyah?”
Rasulullah Saw menjawab: “ Itulah sunnah bapamu Ibrahim.”
Para sahabat bertanya lagi : “Apakah yang kita akan perolehi daripada ibadah Udhiyyah?”
Baginda menjawab : “ Tiap helai bulu (dari binatang yang dikorbankan) kamu akan mendapat satu kebaikan.”
(Hadis riwayat Ahmad dan Ibnu Majah)

“Barangsiapa yang diberikan kemudahan, sehingga memampukan dia untuk berkorban, akan tetapi dia tidak mahu berkorban, maka janganlah dia mendekati tempat solat kami (masjid) ini.”
(Hadis riwayat Ahmad dan Ibnu Majah)


(3) Dalil Ijma’ Ulamak
Para ulamak Islam telah bersepakat mengenai pensyariatan korban berdasarkan ayat dan hadis Rasulullah yang menyatakan bahawa amalan korban merupakan amalan yang paling Allah sukai di Hari-Hari ‘Aidil Adha, di mana binatang yang dikorbankan akan didatangkan di Hari kiamat sepertimana keadaan dan sifatnya ketika disembelih dan diletakkan darahnya yang telah diterima di sisi Allah, sebelum darah tersebut tumpah ke bumi. Korban juga merupakan sunnah yang telah ditunjukkan oleh Nabi Ibrahim AS berdasarkan firman Allah;
Maksudnya;
“ Dan Kami tebus anak itu (Ismail) dengan seekor sembelihan (kibas) yang besar.”
(Surah As-Soffaat : ayat 107)


.

Sunday, November 7, 2010

Tip Mendidik Anak Cara Rasulullah

Bila berbicara tentang peranan kita sebagai ibu bapa... ramai mempunyai pandangan dan pendapat sendiri. Ada yang berpendapat kita perlu sangat tegas kepada anak sehingga dengan menjegilkan mata pun sudah cukup membuat anak menikus. Ada pula yang merasakan pendekatan secara lembut dan reasoning lebih berkesan.

Apa pun pendapat yang diberikan ada panduan yang lebih baik iaitu berpandukan langkah yang digariskan oleh Rasulullah s.a.w yang menyatakan ada empat tahap mendidik anak iaitu:

TAHAP 1 - Anak yang baru lahir sehingga mumayyiz (~6 tahun). Hendaklah kita membelai mereka dengan penuh kasih sayang dan banyak bergurau dengan mereka.

TAHAP 2 - Anak berumur 7 tahun sehingga baligh (~14 tahun). Hendaklah kita mendidik mereka dengan arahan, displin dan beri tanggungjawab.

TAHAP 3 - Anak berusia 15 tahun hingga dewasa (~21 tahun). Hendaklah dididik dengan cara berkawan, bertukar pendapat dan hormati pendapat mereka selagi tidak bertentangan dengan syariat.

TAHAP 4 - Anak berusia lebih daripada 21 tahun. Hendaklah para ibu bapa memberi mereka kebebasan bertindak selagi tidak bertentangan dengan syariat. Ibu bapa hanya perlu bertindak sebagai penasihat agar segala tindakan mereka terkawal.

Begitulah pendekatan yang digunakan oleh junjungan besar kita. Malah kita semua sedia maklum bahawa Rasulullah s.a.w merupakan seorang insan yang sangat-sangat kasihkan kanak-kanak.

Kesimpulannya... lengkapkan diri kita dengan ilmu untuk menjadi ibu bapa yang terbaik untuk "amanah Allah" yang telah dikurniakan kepada kita. Ia boleh ditimba melalui buku-buku, kursus keibu bapaan, belajar dari pengalaman orang terdahulu dan pelbagai sumber lain. Peningkatan ilmu ini perlu sebagai pelaburan anda untuk melindungi dan menyuburkan aset paling berharga... iaitu anak anda.

Yakin dan percayalah... anak yang cemerlang lahir dari ibu bapa yang cemerlang juga, insyaAllah.

Aidiladha Disambut Pada Rabu, 17 November


KUALA LUMPUR: Umat Islam di Malaysia akan menyambut Hari Raya Korban atau Aidiladha pada hari Rabu, 17 November ini bersamaan 10 Zulhijjah 1431 Hijrah.

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah mengumumkan tarikh itu hari ini bagi menyempurnakan titah perintah Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin, setelah diperkenankan oleh Raja-Raja Melayu.

"Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenankan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, dengan ini diisytiharkan bahawa 1 Zulhijah 1431 Hijrah ialah pada 8 Nov 2010 Masehi.

"Oleh yang demikian, Hari Raya Korban (10 Zulhijjah) bagi negeri-negeri di seluruh Malaysia ditetapkan pada hari Rabu, 17 Nov 2010 Masihi," katanya.
Pengumuman itu dibuat menerusi siaran radio dan televisyen. - BERNAMA
.

Wednesday, November 3, 2010

Hujan 2 jam di Makkah


Kekerapan hujan dan banjir di Malaysia menjadi perkara biasa tetapi di Makkah hujan merupakan perkara luar biasa dan dianggap rahmat Allah kerana bumi ambia ini jarang sekali menerima hujan.

Cuaca panas di tanah suci Makkah yang mencecah melebihi 41 darjah Celsius sejak dua minggu lalu dikejutkan dengan hujan lebat hampir dua jam petang semalam.

Hujan bermula kira-kira 5.30 petang waktu tempatan (10.30 malam waktu Malaysia) menyebabkan air melimpahi jalan-jalan di sekitar ibu kota Makkah, Aziziah, Syisya dan beberapa kawasan persekitarannya.

Pasukan media Lembaga Tabung Haji (TH) yang dalam perjalanan ke Syisya kira-kira empat kilometer dari pusat bandar Makkah menempoh perjalanan dalam hujan lebat disertai petir petang semalam.

Aliran trafik Kota Makkah yang sentiasa sibuk dengan kehadiran jutaan jemaah haji dari seluruh dunia bagaimanapun tidak terjejas kecuali jemaah-jemaah yang hendak menunaikan solat di Masjidil Haram kelihatan terkandas.

Kota Makkah berdebu berikutan pembangunan pesat sekarang hilang sementara, disebabkan hujan tersebut dan cuaca kembali panas seperti biasa hari ini. - Bernama

.

Tuesday, November 2, 2010

Banyaknya akronim...

Dalam suatu mesyuarat di PPD pada bulan lepas, saya mendengar taklimat semasa berkaitan pengurusan sekolah dan saya juga menerima kertas edaran berkaitan taklimat yang disampaikan itu. Bila saya melihat nota yang saya catat dan juga kertas edaran tersebut, saya terfikir betapa banyaknya akronim yang di pakai di JPN, PPD dan sekolah sekarang ini.

Tahukah apakah akronim itu. Dalam Kamus Dewan Edisi 4, akronim bererti kependekan yg terbentuk drpd ga­bung­an huruf-huruf pertama atau suku kata beberapa perkataan yg boleh diujarkan sbg satu perkataan (misalnya RISDA, MARA); mengakronimkan maknanya menjadikan bentuk ak­ronim; pengakroniman ialah perihal atau proses mem­ben­tuk akronim.

Kemudian saya terfikir juga, jikalau kertas edaran seperti yang saya terima itu disampaikan kepada bekas-bekas guru yang telah bersara 5 – 6 tahun dulu, rasanya mereka tak dapat memahami banyak akronim yang dicatatkan di situ….. begitulah dinamiknya sistem pendidikan kita sekarang ini..

Saya catatkan di sini akronim-akronim yang saya dapat dari kertas edaran itu dan dari nota saya.

KOT = Kejohanan Olahraga Tahunan
NILAM = Nilai Ilmu Amalan Membaca
JU = Jurulatih Utama
GC = Guru Cemerlang
WAJA = Wajib Jawab
JUSA = Jawab Untuk Skor ’A’
LADAP = Latihan dalam Perkhidmatan
SCAND = Strategic Change And New Deal
PASAK= Peenggerak Amalan Strategi Asas Kualiti
2T2T= 2 Tahun 2 Tahap
MTQ= Majlis Tadarus Al Quran
SPPICTS= Sistem Pengurusan Pemantauan ICT Sekolah
SSQS= Smart School Qualitification Standard
KPI= Key Performance Indicator
MINDA= Merealisasikan Intipati New Deal Akademik
SISPA= Sistem Pengurusan Akademik
KIT= Kepimpinan Instruksional dan Transformasional
LINUS= Program Literasi dan Numerasi
SIP= School Improvement Programme
EXAMO= Exam oriented
CO= Cooperative Organization
CINTA= Program “Cemerlang, Iman, Takwa”
EWS = Early Warning System
SBT= Sekolah Berprestasi Tinggi


Mungkin ada banyak lagi…. Tambahlah sendiri….

Sunday, October 31, 2010

Kijang Vs Rusa.

Akhirnya Skuad Kijang dapat membalas dendam di atas kekalahan mereka kepada Skuad Rusa pada tahun lepas. Kali ini si Kijang menang dengan mengalahkan si Rusa dengan jaringan 2-1.

Tahniah diucapkan kepada seluruh pemain dan penyokong Kijang di atas kemenangan pasukan yang terkenal dengan jolokan The Red Warriors yang telah ‘menghiburkan’ peminat-peminat bolasepak di negara ini pada malam semalam.

Teman tumpang sekaki aje. Yop Seladang tak menjadi-jadi lagi nampaknya....

Cerita dari Majalah di Mesir

(diringkaskan untuk pengajaran buat kita semua)

Menurut majalah tersebut, pada suatu hari, seorang gadis yang terpengaruh dengan cara hidup masyarakat Barat menaiki sebuah bas mini untuk menuju ke destinasi di wilayah Iskandariah. Malangnya walau pun tinggal dibumi yang terkenal dengan tradisi keislaman, pakaian gadis tersebut sangat menjolok mata. Bajunya agak nipis dan seksi hampir terlihat segala yang patut disembunyikan bagi seorang perempuan dari pandangan lelaki ajnabi atau mahramnya.

Gadis itu dalam lingkungan 20 tahun. Di dalam bas itu ada seorang tua yang dipenuhi uban menegurnya."Wahai pemudi! Alangkah baiknya jika kamu berpakaian yang baik, yang sesuai dengan ketimuran dan adat serta agama Islam kamu, itu lebih baik daripada kamu berpakaian begini yang pastinya menjadi mangsa pandangan liar kaum lelaki...." nasihat orang tua itu.

Namun, nasihat yang sangat bertetapan dengan tuntutan agama itu dijawab oleh gadis itu dengan jawapan mengejek. "Siapalah kamu hai orang tua? Apakah di tangan kamu ada anak kunci syurga? Atau adakah kamu memiliki sejenis kuasa yang menentukan aku bakal berada di syurga atau neraka?"

Setelah menghamburkan kata-kata yang sangat menghiris perasaan orang tua itu gadis itu tertawa mengejek panjang. Tidak cukup setakat itu, si gadis lantas cuba memberikan telefon bimbitnya kepada orang tua tadi sambil melafazkan kata kata yang lebih dahsyat."Ambil hanphone ku ini dan hubungilah Allah serta tolong tempahkan sebuah bilik di neraka jahannam untukku," katanya lagi lantas ketawa berdekah-dekah tanpa mengetahui bahawasanya dia sedang mempertikaikan hukum Allah dengan begitu biadab.

Orang tua tersebut sangat terkejut mendengar jawapan dari si gadis manis. Sayang wajahnya yang ayu tidak sama dengan perilakunya yang buruk. Penumpang-penumpang yang lain turut terdiam ada yang menggelengkan kepala kebingungan. Semua yang di dalam bas tidak menghiraukan gadis yang masih muda itu yang tidak menghormati hukum hakam itu dan mereka tidak mahu menasihatinya kerana khuatir dia akan akan menghina agama dengan lebih teruk lagi.

Sepuluh minit kemudian bas pun tiba perhentian. Gadis seksi bermulut celupar tersebut di dapati tertidur. Puas pemandu bas termasuk para penumpang yang lain mengejutkannya tapi gadis tersebut tidak sedarkan diri. Tiba tiba orang tua tadi memeriksa nadi si gadis. Sedetik kemudian dia menggelengkan kepalanya. Gadis itu telah kembali menemui Tuhannya dalam keadaan yang tidak disangka.

Para penumpang menjadi cemas dengan berita yang menggemparkan itu.Dalam suasana kelam kabut itu, mayat gadis itu dibawa turun lalu diletakkan di pinggir jalan. Orang ramai berkejar untuk menyelamatkan jenazah tersebut. Tapi sekali lagi mereka terkejut. Sesuatu yang aneh menimpa jenazah yang terbujur kaku di jalan raya.

Mayatnya menjadi hitam seolah olah dibakar api. Dua tiga orang yang cuba mengangkat mayat tersebut juga kehairanan kerana tangan mereka terasa panas dan hampir melecur sebaik saja menyentuh tubuh si mayat.

Akhirnya mereka memanggil pihak keselamatan menguruskan mayat itu. Begitulah kisah ngeri lagi menyayat hati yang menimpa gadis malang tersebut. Apakah hasratnya menempah sebuah bilik di neraka dimakbulkan Allah? Nauzubillah, sesungguhnya Allah itu Maha Berkuasa di atas segala sesuatu. Sangat baik kita jadikan ikhtibar dan pelajaran dengan kisah benar ini sebagai muslim sejati.

Jangan sekali sekali kita mempertikaikan hukum Allah dan mahupun sunnah RasulNya saw dengan mempersendakan atau ejekan.Kata kata seperti ajaran Islam tidak sesuai lagi dengan arus kemodenan dunia hari ini atau sembahyang tidak akan buat kita jadi kaya dan seumpamanya adalah kata kata yang sangat biadab dan menghina Allah, pencipta seluruh alam.

.

Friday, October 29, 2010

Inna lilLah...

Pada hari Khamis yang lepas telah diadakan Kursus Pengurusan Jenazah di sekolah kami. Kursus ini merupakan sebahagian daripada program selepas PMR pelajar-pelajar tingkatan 3.

Seramai dua orang tenaga pengajar dari Kolej Komuniti telah dijemput memberikan kursus tersebut kepada para pelajar dan guru-guru sekolah ini. Kursus bermula dengan sesi penerangan menggunakan slide power point dan tayangan video bagi pengurusan jenazah.

Selepas itu diadakan sesi amali memandi dan mengkafankan jenazah. Dalam sesi ini pelajar-pelajar lelaki dan pelajar-pelajar perempuan di asingkan di tempat yang berlainan.

Gambar-gambar di atas menunjukkan latihan amali memandikan jenazah yang telah dijalankan. Tahniah dan terimakasih kepada pelajar yang telah sanggup menjadi sampel ”jenazah” dan dimandikan dengan air sintuk, air cendana dan air kapur barus.....

Monday, October 25, 2010

Penerangan Penderitaan Rakyat Ghaza


Malam minggu lepas, di Masjid Sultan Yusuf Kampung Jeliang diadakan Program Penerangan Penderitaan Rakyat Gaza Palestin dan Program Qiamullail. Program ini dianjurkan oleh sebuah NGO di Kuala Kangsar dengan kerjasama Jawatankuasa Masjid kampung ini.

Saya sungguh terharu mendengar slot yang disampaikan sendiri oleh Saudara Mustaffa Mansor pada malam itu. Beliau telah menerangkan kisah penderitaan rakyat Gaza sekarang ini ketika berdepan dengan tentera Yahudi laknatuLlah. Beliau telah menunjukkan slaid dan klip video yang beliau rakam sendiri semasa beliau dan rombongannya melawat Gaza beberapa bulan yang lalu.

Banyak yang saya dapat dari penerangan beliau. Antaranya, ’kekuatan dalaman’ rakyat Ghaza yang mempertahankan hak tanah air mereka. Kekuatan ini bukan alang-alang orang mampu melakukannya. Contohnya mereka berjaga malam mempertahan rumah-rumah dan tanah mereka dari diceroboh oleh rejim zionis. Para ustaz dan guru-guru pula melatih dan mendidik anak-anak kecil dan para remaja mereka yang bakal mewarisi negara mereka dengan kekuatan ilmu agama dan menghafaz al Quran. Sebab itu, mereka tidak takut, malah berani untuk terus tinggal di rumah mereka walaupun telah ditembak dan dibom oleh tentera Israel. Pada mereka jika mereka mati dalam mempertahankan rumah dan tanah air mereka, mereka akan mendapat shahid...

Memang sayu melihat gambar-gambar anak-anak yang tak berdosa di tembak dan dibom oleh tentera Israel... namun semangat juang orang-orang Gaza terus bertahan. Semoga Allah memberi kemenangan kepada mereka. Marilah kita sama-sama mendoakan saudara se Islam
dengan kita ini agar Allah menyelamatkan mereka dan tanah air mereka....

Lihatlah kemusnahan di semenanjung Gaza...

Walaupun bangunan ini telah dibom, rakyat Gaza masih tinggal di bangunan tersebut kerana mempertahannya dari dirampas oleh rejim zionis

Semoga saudara-saudara kita ini dapat mempertahankan tanah air mereka, kedaulatan negara mereka dan agama Islam yang maha suci......

Road Show Pengarah dan Perancangan Strategik 2010 2011


Hari Khamis yang lepas saya menghadiri Program Pengarah Pelajaran Perak Bersama Pengetua, Guru Besar dan Penolong Kanan Sekolah-sekolah Daerah Kuala Kangsar. Program berlangsung di Auditorium Kolej Islam Darul Ridzuan di Bukit Chandan seawal 8.00 pagi lagi. Seramai lebih 200 orang hadir bagi mendengar amanat dan visi serta misi Tn Pengarah Pelajaran Perak yang baru, En. Mohd Rauhi bin Mohd Isa.

Di majlis itu, kami dibentangkan dengan Perancangan Strategik 2010-2011 Jabatan Pelajaran Perak.

Berikut saya perturunkan beberapa perkara penting di dalam perancangan strategik tersebut untuk makluman dan tindakan kita bersama-sama:

VISI

Melonjakkan kecemerlangan dalam pencapaian akademik, kokurikulum dan imej perkhidmatan.

MISI

Kami warga pendidik negeri Perak akan memastikan misi berikut dilaksanakan:

1. Memperkasakan kepimpinan instruksional dan membina kepimpinan transformasional.
2. Membangun dan meningkatkan kualiti warga pendidikan.
3. Membudayakan headcount di JPN, PPD dan sekolah.
4. Melaksanakan pemantauan dan penyeliaan secara bersepadu di semua peringkat.
5. Memantapkan pelaksanaan program kecemerlangan dan program khas.

SLOGAN

PERAK SENTIASA DI PUNCAK KECEMERLANGAN


SASARAN

Sasaran UPSR 2010 – tempat ke-7 peringkat Kebangsaan
Sasaran UPSR 2011 – tempat ke-5 peringkat Kebangsaan

Sasaran PMR 2010 – tempat ke-7 peringkat Kebangsaan
Sasaran PMR 2011 – tempat ke-5 peringkat Kebangsaan

Sasaran SPM 2010 – tempat ke-7 peringkat Kebangsaan
Sasaran SPM 2011 – tempat ke-5 peringkat Kebangsaan

Sasaran STPM 2010 – tempat ke-5 peringkat Kebangsaan
Sasaran STPM 2011 – tempat ke-3 peringkat Kebangsaan


Ada banyak lagi maklumat berkaitan Perancangan Strategik JPN ini. Untuk mengetahui lebih jelas layari portal JPN di sini:

http://pelajaranperak.gov.my/v2/modules/mastop_publish/files/files_4cc4f6c630868.pdf

.



Sunday, October 24, 2010

Darihal jambangan bunga dan bilangan guru lelaki.....



Minggu lepas saya menghadiri Istiadat Konvokesyen ke-12 Sidang Kedua Universiti Pendidikan Sultan Idris di Tanjung Malim. Difahamkan seramai 4000 orang graduan menerima Ijazah masing-masing selepas menamatkan pengajian selama 4 tahun. Majlis dibahagikan kepada 10 sesi atau selama 5 hari di mana terdapat 2 sesi pada setiap hari.

Memanglah majlis itu amat menarik dan penuh istiadat. Lebih-lebih lagi kepada saya sebagai ‘orang kampung’ yang hanya pernah menghadiri majlis seumpama itu semasa saya menerima ‘skrol’ 23 tahun yang lalu. Lepas daripada itu saya tak pernah lagi menghadiri majlis-majlis sedemikian samada mengiringi adik-adik atau pun orang lain.

Ada 2 perkara yang menarik perhatian saya semasa saya hadir pada hari tersebut.

Pertama, ialah tumbuhnya gerai menjual jambangan bunga yang begitu banyak di luar pintu masuk universiti dan di dalam kawasan universiti dan ini merupakan satu jenis ‘perniagaan bermusim’ yang 'baru' bagi saya. Rupanya sekarang ini dah menjadi ‘budaya’ pula setiap grduan itu dihadiahkan jambangan ‘bunga hidup’ sebagai tanda ucapan tahniah.

Bayangkan gerai-gerai ini kena menyediakan 4000 buah jambangan bunga yang akan dibeli oleh para waris sebagai tanda ucapan tahniah kepada para graduan. Itu sekiranya satu graduan satu jambangan. Bayangkan jika ada graduan yang menerima lebih dari satu jambangan bunga, tentu lebih banyak bunga diperlukan… Satu jambangan bunga yang telah digubah berharga antara RM40 hingga RM80, bukan murah…. Dua puluh tiga tahun dulu rasanya saya tidak melihat gerai-gerai bunga seumpama ini di majlis konvokesyen….

Meraikan kejayaan masing-masing…, setiap orang sejambangan bunga…

Yang ni, seorang dua jambangan bunga... Jika ramai yang begini, maka bekalan bunga yang lebih banyak diperlukan. Untung besarlah pengusaha tanam bunga!

Perkara kedua yang menarik perhatian saya ialah semasa saya mendengar ucapan daripada Dato Naib Canselornya. Beliau menerangkan pencapaian universiti, matlamat melahirkan bakal pendidik untuk negara dan sebagainya. Yang memeranjatkan saya apabila beliau menyebut nisbah pelajar perempuan kepada pelajar lelaki di universiti itu sekarang ialah 73 : 27.

Memang umum mengetahui pelajar perempuan telah mendominasi IPTA, tetapi angka 73 peratus itu adalah mengejutkan saya. Ini menyebabkan saya berfikir, bilangan cikgu-cikgu lelaki akan semakin berkurangan berbanding cikgu-cikgu perempuan pada masa hadapan.

Memanglah dari satu segi, perkembangan itu menunjukkan kecemerlangan pelajar perempuan dalam pendidikan amat membanggakan. Ini juga adalah satu bukti kejayaan hasil usaha memperkasa kaum wanita di Malaysia yang boleh dibanggakan supaya dapat terus bersaing dengan lelaki dalam membangun dan memajukan negara ini.

Namun persoalan yang boleh difikirkan apakah masalah disiplin yang ketara di sekolah-sekolah sekarang adalah disebabkan kurangnya bilangan guru-guru lelaki. Lebih-lebih lagi di sekolah-sekolah bandar besar di mana bilangan guru perempuan terlalu ramai berbanding guru lelaki.

Bayangkan pada masa hadapan jika guru lelaki semakin berkurangan, maka guru wanita terpaksa menghadapi semua masalah disiplin yang berlaku di sekolah-sekolah. Mampukah mereka berdepan dengan generasi yang suka main ’game’ komputer ini. Silap-silap budak-budak itu ’delete’ cikgu tersebut...

Saya tidak memandang rendah terhadap kebolehan guru wanita dalam menghadapi situasi yang melibatkan masalah disiplin pelajar, tetapi dengan kehadiran ramai guru lelaki sekurang-kurangnya pelajar yang bermasalah dapat dikawal apabila pelajar berkenaan berasa ’cuak’ kepada guru yang lebih besar dan bertenaga daripada mereka.

Mujur kat SMKSTA bilangan guru lelaki masih ramai dan gagah-gagah belaka!
Tapi..... masalah disiplin di kalangan pelajar banyak juga ye???
.

Wednesday, October 20, 2010

Monorel Arafah-Mina Diuji Hari Ini.


MAKKAH: Sistem monorel yang baru siap dibina akan digunakan buat pertama kali pada musim haji tahun ini bagi mengangkut jemaah untuk perjalanan antara Arafah dan Mina.

Wartawan Malaysia yang dipimpin pengurus pasukan media Tabung Haji (TH) Malaysia, Ahmad Fadzil Ghazali, berpeluang melihat sistem itu dilaksanakan secara percubaan hari ini.

Bagaimanapun, difahamkan pada peringkat permulaan sistem pengangkutan itu akan hanya dibuka kepada jemaah haji tempatan.Sistem itu penting bagi mengatasi kesesakan lalulintas setiap musim haji terutama ketika jemaah bergerak menuju ke Padang Arafah untuk melakukan wukuf di sana - satu daripada rukun haji yang mesti dipenuhi oleh setiap jemaah.

Wukuf kali ini ialah pada 15 November, bersamaan 9 Zulhijjah. Jemaah haji dari Makkah akan bertolak ke Arafah dengan berpakaian ihram pada 8 Zulhijjah dan bermalam di sana.

Di Arafah, jemaah ditempatkan mengikut benua dan kemudian negara. Khemah disediakan oleh Muassasah, badan kerajaan Arab Saudi yang mengurus haji.

Seramai 26,000 jemaah haji Malaysia musim ini akan dibawa dengan bas ke Arafah untuk bersama jutaan umat Islam lain. Pasukan wartawan Malaysia turut melihat persiapan untuk kemudahaan jemaah di Arafah, Mudzalifah dan tempat melontar di Mina.

Kerja penyelenggaraan dan mencantikkan Arafah yang terletak kira-kira 21.9 kilometer dari Makkah giat dilaksanakan. - BERNAMA


.

Tuesday, October 19, 2010

Pasukan Robotik Di Pameran Pendidikan

Berikut ialah gambar kenangan gerai pameran Kelab Robotik SMKSTA Manong di hari Program MB Bersama Komuniti Pendidikan pada 16 Oktober 2010 yang lalu....