Saturday, October 10, 2009
Berbaik sangka
Di dalam kehidupan ini, hubungan baik antara sesaorang dengan seorang yang lain khususnya sesama Islam haruslah dijaga dengan baik. Allah SWT sendiri menggariskan bahawa orang yang beriman itu adalah bersaudara. Oleh sebab itu segala bentuk usaha yang memperkukuh dan memantapkan persaudaraan hendaklah dipelihara, sebaliknya usaha yang merosakkan persaudaraan hendaklah dihapuskan.
Salah satu sifat positif untuk menjaga hubungan persaudaraan ini adalah
”Husnuzh zhan” atau berbaik sangka.
Ada banyak faedah yang diperolehi oleh seseorang itu, apabila dia memiliki sifat ”husnuzh zhan” kepada orang lain.
(i) Hubungan persahabatan dan persaudaraan akan menjadi lebih baik. Ini kerana berbaik sangka dalam hubungan sesama kita akan menghindari terjadinya keretakan hubungan. Malah keharmonian hubungan akan semakin terasa kerana tidak ada halangan psikologi yang menghantui hubungan itu.
(ii) Terhindar dari menuduh sesaorang melakukan perbuatan yang tidak dilakukannya tanpa bukti yang benar. Ini kerana perbuatan menuduh tersebut adalah antara dosa-dosa besar.
(iii) Dapat menumpang bahagia di atas segala kemajuan yang dicapai orang lain, meskipun kita sendiri belum dapat mencapainya. Ini akan menjadikan kita lebih tenang dan terhindar dari rasa iri hati.
Marilah kita bersama-sama mengamalkan sifat “husnuzh zhan” atau berbaik sangka ini…
.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
berbaik sangka dapat mengurangkan musuh.. kawan2 pun suka.
ReplyDeleteKalu mengesyaki sesuatu, kita kena siasat dulu untuk memastikan kesahihannya.