Friday, October 2, 2009

Ciri Pemimpin ...


Kini sekolah kita bertukar pemimpin. Pemimpin yang lama bertukar ke sekolah yang lebih besar yang lebih memerlukannya. Pemimpin yang baru seorang yang dinaikkan pangkat kerana kebolehan.

Di waktu peralihan pemimpin begini, teringat saya kepada satu peristiwa dalam sejarah Islam iaitu perlantikan Saidina Abu Bakar Assidiq sebagai khalifah pertama selepas kewafatan Nabi Muhammad SAW. Dalam ucapan pertamanya kepada orang ramai, saidina Abu Bakar berkata, “

"…..Saudara-saudara sekalian, saya sudah terpilih untuk memimpin kamu semua, dan saya bukanlah orang yang terbaik di antara kamu sekalian. Kalau saya berlaku baik bantulah saya, kalau kamu melihat saya salah, maka luruskanlah. Kebenaran adalah suatu amanah, dan dusta adalah pengkhianatan.
Ikutlah saya selama saya taat kepada perintah Allah dan RasulNya. Tetapi apabila saya melanggar perintah Allah dan RasulNya maka tidak wajib kamu sekalian mentaati saya. Marilah kita solat, semoga Allah memberi Rahmat kepada kita semua."

Selain daripada itu, apakah ciri-ciri pemimpin yang kita mahu. Saya catatkan di sini antara ciri-ciri pemimpin yang berjaya memimpin sesabuah organisasi. Ciri-ciri ini saya tuliskan mengikut pandangan saya sahaja. Minta maaflah jika ianya tidak tepat.....
(1) Ikhlas - Pemimpin yang ikhlas dekat di hati orang yang dipimpinnya. Orang yang
ikhlas tidak mengharapkan pujian, tidak berdendam dan tidak mengesahkan
kejian-kejian kepadanya.
(2) Jujur – Pemimpin yang jujur disukai kawan dan lawan. Sebaliknya pemimpin yang
tidak jujur akan pecah juga temelangnya dan tidak akan dipercayai lagi
orang-orsng di bawah pimpinannya.
(3) Amanah & Bertanggungjawab – Pemimpin bagini akan menjaga hak dan
keperluan ‘pelanggan’nya.
(4) Cintakan Ilmu - Ilmu pengetahuan merupakan tonggak kepimpinan khususnya dalam
bidang yang dipimpin. Namun yang lebih penting ialah hasil daripada
ilmu yang dipelajari dalam bentuk amalan dan pengalaman.
(5) Mahir berkomunikasi - Kemahiran berkomunikasi memainkan peranan yang sangat
penting dalam hubungan antara pemimpin dan yang dipimpinnya
(6) Menepati Janji – pemimpin yang sering mungkir janji tidak akan dihormati oleh
anak buahnya.
(7) Tetap pendirian -
(8) Berwawasan jauh -
(9) Berhati-hati -
(10)Mengutamakan hak orang yang dipimpinnya lebih dari kepentingan diri
(11)Sabar
(12)Merendah diri - Merendah diri atau tawaduk dicintai Allah dan disukai manusia.

Sekian,

No comments:

Post a Comment