Malam ini sedang saya duduk berehat-rehat, tiba-tiba tersentak dengan bunyi bising mat rempit sedang beraksi di jalan raya. Saya lihat ada tiga atau empat motosikal sedang berlumba memecah kesunyian malam. Malas saya nak memikir budak mana yang nak ‘ menempah maut’ itu, kerana silap-silap bukan orang lain, anak didik di sekolah kerana saiznya agak kecil sahaja.
Kalau kita lihat di media massa, cerita Mat Rempt ini tak pernah habis. Kadang-kadang saya perhatikan perangai Mat Rempit ni dah makin melampau dan bilangan yang terlibat juga dah makin ramai. Sedihnya, yang banyak terlibat adalah budak-budak di bawah umur dan masih bersekolah.
Mat Rempit ini merempit di waktu malam-malam begini. Yang menghairankan, ibu bapa mereka tak tau ke anak-anak mereka yang masih sekolah itu melepak ke mana malam-malam buta. Takkanlah anak-anak yang masih bersekolah ini, tidak diambil peduli oleh mak ayah mereka langsung samada mereka berada dirumah, melepak, atau merempit ? Macam dah teruk sangat kehidupan masyarakat kita sekarang ni.

Di dalam akhbar-akhbar pula, cerita budak-budak rempit sebegini dah bukan setakat merempit saja, tetapi mereka dah berani memukul, atau membelasah orang lain. Mereka menjadi samseng dan polis buat ’road block’ pun mereka akan langgar. Sekali fikir memang mereka ni jenis berani, tapi berani tak bertempat.
Mat Rempit yang meninggal di jalanraya pun ramai juga. Ada yang di bawah lori, bas atau kereta. Tetapi mereka ini memang jenis tak serik agaknya. Mereka terus juga merempit, langsung tak ada rasa insaf dan takut. Takkanlah bila nyawa dah terbang dari badan baru nak berenti merempit !!
Bagaimana menangani masalah ini? Pada saya, kita tak boleh serahkan bulat-bulat pada pihak berkuasa untuk benteras Mat Rempit ni. Tanggungjawab menyelesaikan masalah ni merupakan tanggungjawab semua pihak. Kita kena mulakan ’jaga tepi kain orang lain’, bukan nak ambil tahu masalah orang, tapi kita kena sama-sama jaga anak kita dan jaga anak-anak jiran kita. Saya yakin, kalau sikap itu ada pada kita semua, apa saja masalah sosial masa kini kita dapat tangani bersama...

apalah nak dihairankan sangat dgn mat rempit ni..banyak lagi masalah sosial yang tak dapat nak diselesaikan...semuanya kerana bangau oh bangau..dan kerana ulor ngaku makan katak..lagu habis...kalau tidak... sampai w2020pun lagu tu tak abis-abis...ulor makan katak nipun dah tak banyak dah...
ReplyDeleteAgaknya bolehke mat rempit di negara kita buat macam mat rempit yang motosikal tayar satu tuu?
ReplyDelete