Saturday, October 10, 2009

'Bunga Ros Hijau'

Hari ini diadakan dua program di sekolah saya. Pertama Program Khidmat Masyarakat mata pelajaran Pendidikan Sivik Kewarganegaraan untuk pelajar tingkatan 2, dan kedua, Program Jamuan Hari Raya RIMUP untuk tahun 2009.

Program Khidmat Masyarakat PSK Tingkatan 2 digabungkan juga dengan aktiviti Panitia Pendidikan Islam. Ia melibatkan semua guru PSK dan guru PAI selain lebih daripada 150 pelajar. Terdapat 3 lokasi program khidmat masyarakat ini, iaitu di Masjid Nurul Huda Manong, di Tanah Perkuburan Islam kampung Changkat Manong dan di Sekolah Agama Rakyat Manong.


Sebelum gotong royong, bacaan tahlil dibuat untuk arwah muslimin muslimat.

Kelihatan seriusnya pelajar dan guru membuat khidmat masyarakat'



Di sekolah Agama Rakyat, guru bukan Islam juga bergotong royong.

Manakala Program RIMUP diadakan di kawasan sekolah. Seramai 100 orang pelajar terlibat dalam program ini yang terdiri daripada 54 orang murid Melayu, 42 orang murid orang Asli dan 4 orang lagi murid India. Antara aktiviti yang diadakan ialah Pertandingan Memasak Rendang Ayam dan Pertandingan Menganyam Ketupat dan Anyaman Tradisional Kaum.



Kemuncak program ialah majlis penutup di mana diadakan persembahan kumpulan peserta. Saya lihat pelajar orang asli bagitu bersungguh menunjukkan anyaman daun kelapa yang memang menjadi sebahagian tradisi mereka.


Lihatlah anyaman daun kelapa menjadi bunga ros yang dikatakan untuk ’hadiah kepada pengantin perempuan’

Semoga semangat kerjasama yang ditunjukkan oleh semua pelajar pelbagai keturunan ini menjadi amalan seterusnya di dalam kehidupan mereka selepas sekolah nanti....

.

1 comment: