Sunday, April 22, 2012

Al Mizan Johan Bola Tampar Lelaki



Pada hari Sabtu dan Ahad semalam, SMA Maahad Al-Mizan menjadi tuan rumah Pertandingan Bola Tampar (L) Kejohanan Sukan Sekolah-sekolah Agama Negeri Perak (KESUMA). Sebanyak 13 buah pasukan mengambil bahagian. SMA Maahad Al Mizan  muncul juara setelah memenangi kesemua perlawanan yang dilaluinya.

Di pusingan awal Al Mizan, telah mengalahkan pasukan SMA Al-Islah dan pasukan SM Raja Nazrin Shah (Sarjana), manakala di peringkat suku akhir, Al Mizan mengalahkan pasukan SMA Al Abasiah. Di peringkat separuh akhir pula Al Mizan telah mengalahkan pasukan SM Izuddin Shah Ipoh. Kesemua empat pertandingan di atas dimenangi dengan kiraan "straight set".

Di dalam perlawanan akhir yang penuh debaran, AlMizan telah mengalahkan pasukan SMA Tarbiah Islamiah Changkat Jering dengan kiraan 25-17, 16-25 dan 15-13.

Tahniah diucapkan kepada para pemain dan guru-guru pembimbing yang telah berjaya mencipta kejayaan ini.  Kejayaan anda kebanggaan warga sekolah keseluruhannya.  Dan pemain-pemain yang akan terpilih mewakili negeri Perak ke kejohanan KESUMA peringkat kebangsaan nanti akan mengharumkan lagi nama sekolah ini....


.
     

 



.

Sunday, April 8, 2012

Al Fatihah buat Allahyarham Cikgu Mohd Azam

.

Kami amat sedih dan berdukacita di atas kembali ke rahmatullah Encik Mohd Azam bin Mahmud, jam 10.00 malam bersamaan 7 April 2012. Semoga Allah merahmatinya dan meletakkannya bersama-sama para Anbiya, Siddiqqin, Syuhada’ dan Solihin dan alangkah baiknya golongan-golongan tersebut.

Sesungguhnya kami amat terasa akan kehilangan Allahyarham Mohd Azam (6.11.1954 – 7.4.2012) dan walaupun linangan air mata dan betapa hibanya hati mengiringi pemergian beliau, namun tidak ada apa yang dapat kami ucapkan kecuali apa yang diajar oleh Allah,

(Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa musibah, mereka berkata: “Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah Kami akan kembali.” [TQM al-Baqarah (2):156]

Semoga Puan Nor Morsidah binti Mohd Labib dan keluarga terus bersabar dan semoga Allah mencucuri rahmat

((((( Petikan Portal PPD Kuala Kangsar )))))

.


Saturday, April 7, 2012

Relaks sekejap... ABM di sebuah kelas...

.

Gambar-gambar yang diambil di internet ini menunjukkan guru-guru menggunakan ABM semasa proses P&P. Dikatakan berlaku di sekolah-sekolah di negara China. 'Kome' boleh komen apa saja... tapi pada teman, ini kira OK jugalah ... nak buat macam mana pembaris meter tak ada...........