Wednesday, October 7, 2009

Paku di tembok batu…




Satu sifat terpuji seorang pemimpin ialah sifat penyabar dan tidak pemarah. Tak kiralah pemimpin itu pemimpin di sekolah, di pejabat, di peringkat daerah atau peringkat yang lebih tinggi. Kesan daripada sikap pemimpin yang pemarah amat besar kepada anak buah yang pernah dimarahinya. Saya sendiri sebagai pemimpin kecil pernah memarahi sesaorang anak buah saya, sehingga ke hari ini anak buah itu tidak dapat menerima saya seadanya, walaupun saya telah beberapa kali memohon maaf kepadanya setiap kali hari raya aidilfitri!

Ada satu kisah teladan berkaitan sikap pemarah ini.

Diriwayatkan ada seorang pemuda yang sangat pemarah. Dia tidak dapat mengawal kemarahannya walaupun ianya hanya satu masalah kecil sahaja. Pada suatu hari, bapanya telah menghadiahkannya dengan sekotak paku.

"Untuk apakah paku-paku ini ayah?" tanya pemuda tersebut.
"Setiap kali kamu marah, kamu pakulah tembok batu di hadapan rumah kita ini, bagi melepaskan kemarahan mu" jawab ayahnya.

Pada hari yang pertama sahaja, pemuda itu telah memaku sebanyak 20 batang paku pada tembok batu tersebut. Selepas beberapa minggu, dia telah dapat mengurangkan kemarahannya, jumlah paku yang digunakan juga berkurangan. Dia mendapati, adalah lebih mudah mengawal kemarahannya dari memukul paku menembusi tembok batu tersebut.

Akhirnya pada suatu hari, pemuda tersebut tidak lagi marah, walau pun sekali. Dia memberitahu ayahnya mengenai perkara tersebut dengan gembira. Bapanya mengucapkan tahniah dan menyuruh dia mencabut kembali paku itu satu persatu, pada setiap hari yang ia lalui tanpa kemarahan.

Hari berganti hari, dan akhirnya dia berjaya mencabut kesemua paku-paku tersebut. Dengan bangganya, pemuda tersebut lantas memberitahu perkara tersebut kepada bapanya.

Bapanya lantas memimpin tangannya ke tembok tersebut dan berkata "Kau telah melakukannya dengan baik, anakku, tetapi lihatlah kesan lubang-lubang di tembok batu tersebut, tembok itu tidak akan kelihatan sama lagi seperti sebelumnya. Bila kau menyatakan sesuatu atau melakukan sesuatu ketika marah, ianya akan meninggalkan kesan parut dan luka, sama seperti ini. Tetapi ingatlah, tak kesah berapa kali kau memohon maaf dan menyesal atas perbuatam mu, namun lukanya masih tetap ada. Luka di hati adalah lebih pedih dari luka fizikal”

Sama-sama kita renungkan kisah teladan di atas..., Sebesar manapun pangkat kita, cubalah elakkan memarahi sahabat-sahabat kita sendiri. Bawa banyak bersabar dalam mentadbir dan menguruskan organisasi kita. ....

.

3 comments:

  1. Mmmm, satu pengajaran yang menginsafkan...

    ReplyDelete
  2. dimane pun kita...ape pun pangkatnye...selagi bergelar hamba Allah...kita tetap same...

    ReplyDelete
  3. kalo banyak marah.. nnt kita yang sakit.. yang kena marah tu apah pun idak.

    ReplyDelete