Sunday, August 30, 2009
Dirgahayu negaraku Malaysia !
Esok kita akan menyambut ulang tahun hari kemerdekaan negara yang kita kasihi ini. Sambutan Hari Kemerdekaan ini kita sambut di seluruh negara pada setiap 31 Ogos setiap tahun. Tahun ini genap 52 tahun negara kita bebas dari belenggu penjajahan. Pada tahun ini tema hari kemerdekaan kita ialah 1 Malaysia, Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan.
Hari kemerdekaan ini adalah menandakan negara kita bebas daripada belenggu penjajahan sejak 1511. Biasanya sambutan Hari kemerdekaan disambut secara besar-besaran dengan mengadakan perarakan warna warni, majlis ceramah, konsert, pertunjukan pentas, pertandingan dan pelbagai lagi pertunjukan yang diadakan di tempat-tempat yang ditetapkan setiap tahun.
Namun pada tahun ini, sambutan hari kemerdekaan di peringkat pusat dikatakan akan diadakan secara sederhana sahaja. Sambutannya akan diadakan di Dataran Parlimen Malaysia dan bukan di Dataran Merdeka atau Putrajaya seperti kebiasaanya. Ini berikutan untuk mengelakkan merebaknya wabak influenza H1N1. Bagitu juga sambutan kemerdekaan di tempat-tempat lain, diadakan secara sederhana sahaja. Namun apa yang penting, ialah semangat dan pengisian ‘dalaman’ setiap rakyat seperti kita untuk terus menjaga negara kita agar terus membangun, dikagumi di peringkat antara bangsa dan mendapat keredhaan dari Allah SWT.
Selamat Ulangtahun ke 52 negaraku Malaysia...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Salam,
ReplyDeleteMerdeka!Merdeka!Merdeka!
Merdeka didahulukan, Ramadhan diutamakan.. Malam ni ramai la anak muda dan anak mudi yang 'merdeka'..
ReplyDelete