Saturday, August 1, 2009

Perkhemahan Unit Beruniform....



Selama dua malam berturut-turut, saya ke Chalet Hutan Lipur Ulu Kenas. Di situ diadakan Perkhemahan Unit Beruniform (PEGUB) SMKSTA bermula 31 Julai hingga 2 Ogos 2009. Seramai 96 orang pelajar dari lapan unit beruniform hadir di perkhemahan tahunan anjuran Unit Kokurikulum sekolah ini. Malam ini yang paling best, kerana diadakan masakan “barbecue”. Guru-guru dan pelajar bergotong royong memasak secara “barbecue” seekor kambing dan beberapa ekor ayam. Sebahagian guru-guru yang datang pula membawa ahli keluarga masing-masing. Sambil makan sambil bercerita. Memang seronok! Yang paling “suspense” bila seorang pelajar yang ditugaskan ustaz untuk azan maghrib, telah menghilangkan diri dalam tandas…. Tapi lepas itu jumpa semula. Masa itu telah selesai sembahyang. Tak payah azan lagi…

No comments:

Post a Comment