Tuesday, August 4, 2009

Kelas Tambahan Bahasa Inggeris Untuk T3


Mulai hari ini, semua pelajar tingkatan 3, dikehendaki hadir ke kelas tambahan Bahasa Inggeris yang akan diadakan dari jam 2.30 hingga 4.00 petang. Semua guru BI dan dibantu oleh beberapa guru lain telah sukarela mengadakan kelas tambahan tersebut bagi membantu para pelajar bersedia untuk Peperiksaan Percubaan PMR pada minggu hadapan.
Oleh kerana BI dikatakan “killer subject” dalam PMR, maka semua pelajar mesti menyahut cabaran ini dan janganlah ada yang “bodoh sombong” yang tak mahu diajar.
Tambahan lagi pihak PIBG telah bermurah hati menyediakan peruntukan RM1000.00 untuk belanja makan tengah hari semua pelajar tersebut selama 4 hari dalam minggu ini.
Tak tahulah, apa yang harus dibuat lagi untuk membantu pelajar T3 ini, semuanya dah dilakukan… tapi ada juga yang menyorok!

1 comment:

  1. teman cadangkan sekolah luar bandar macam SMKSTA ni..gunakan 2T1T..Ting 1-2thn,Ting2-2Thn,Ting3-2thn dan seterusnya...sebab bdk2 kpg ni lmbt matang..kalau Ting5 umur dema dah 22thn..tentu dah matang pikir pasal masa depan..dan sekolah akan cemerlang...cikgu tak pening kepala..nanti teman nak usul pd PM kita...ewaaah..

    ReplyDelete