Wednesday, August 19, 2009

Bila anak tidak solat...salah siapa?




Slot Permata Hati – Saya anak Soleh, yang diadakan di waktu kokurikulum hari ini banyak mendatang keinsafan di hati saya. Apabila saya berjumpa beberapa orang guru selepas slot tersebut, mereka juga melahirkan rasa terkejut dan kecewa dengan dapatan soal selidik yang dibuat. Rupa-rupanya ada di kalangan anak-anak didik kita ini, kehidupan mereka tersangat jauh dengan kehidupan beragama biarpun secara rasminya dikatakan beragama Islam.
Sebagai contoh, seorang murid tingkatan 5, dalam tempoh 2 minggu kebelakangan ini mengaku hanya mendirikan solat sebanyak 4 kali sahaja dan membaca Quran sebanyak 1 kali sahaja. Beliau mendiri solat itu pada hari Isnin iaitu solat zohor dan pada hari Jumaat iaitu solat Jumaat di masjid. Solat zohor pada hari Isnin itu adalah amali solat Pendidikan Islam pelajar tingkatan 5 di surau sekolah ini. Manakala membaca Quran satu kali itu rupanya ialah membaca Surah Yassin yang dibuat pada pagi hari Jumaat di sekolah kita. Pada hari-hari lain, mereka tidak langsung mendirikan solat.....Bayangkan jika mereka sudah tidak bersekolah...
Tak usahlah kita saling menyalahkan sesiapa dalam hal ini, dan janganlah kita menjadi seperti nyanyian bangau oh bangau yang tidak berkesudahan mencari salah orang lain. Marilah kita mainkan peranan kita sebagai seorang guru kepada mereka, samada kita guru pendidikan Islam atau guru matematik, nasihatkan mereka setakat kemampuan kita, selitkan rasa takut kepada dosa di dalam hati-hati mereka. sementara kita berkesempatan bersama-sama mereka di sekolah ini. Selamatkan anak-anak didik kita ini dan generasi anak-anaknya yang merupakan generasi bangsa kita juga, walaupun kita bukan ibubapanya....…

5 comments:

  1. sangat kecewa dan kesal apabila ditanya brp kali solat minggu lepas...seorg plaja perempuan menjawab sekali shj..waktu amali solat..ape lah ayt yang bole sayer bagi untuk memberi kesedaran paling berkesan kejiwa mereka.

    ReplyDelete
  2. Jangan kate sekolah manong tu aje rope itu,kat mana2 sekolahpun berlaku perkara ni. Tapi itu murid, lagi teruk che'egu pun ade yang idok semayang, ate macamana nak ngajo murid jadi baik.

    ReplyDelete
  3. Salam,
    Doesn't this show the neglect of the parents?
    What are teachers supposed to do? We only see them in school for certain hours only.

    ReplyDelete
  4. ini adalah tanda2 akhir zaman.. they prefer to enjoy their life rather than being a good muslims.. nnt dh meninggal br nyesal..

    masa sesi anak soleh hari tu ada yg mengaku mak & ayah dah meninggal tp mcm xde perasaan je bila kita bercerita mak & ayah kita mengharapkan doa anak soleh.. maybe they dont love their parents.. or they assumed we created the story to scare them.. wallahualam..

    ReplyDelete
  5. Deme saloh faham tu deme ingat anok Sir Salleh kot.

    ReplyDelete