Saturday, August 22, 2009

Lakukan nilai tambah...


Khutbah hari Jumaat di masjid Jeliang hari ini berkisar mengenai kedatangan Ramadhan. Tok Khatib membacakan khutbah yang dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia JAKIM. Antara yang saya ingat ialah kelebihan bulan Ramadhan di banding bulan-bulan lain.


Sebagai manusia kita tidak dapat lari dari melakukan kesalahan dan dosa samada besar atau kecil. Allah SWT mengetahui cara dan kaedah yang sesuai untuk membaik pulih dan mempertingkatkan akhlak manusia. Selari dengan kelemahan mahklukNya itu, maka Allah menawarkan kepada kita bulan Ramadhan yang penuh dengan kelebihan-kelebihan. Bulan Ramadhan ini sebagai bulan khusus untuk membersih dosa dan menerapkan nilai-nilai terpuji dan mulia.


Tok Khatib juga menyeru kita melakukan nilai tambah bagi meningkatkan ketaqwaan di bulan Ramadhan ini. Ada enam perkara boleh dilakukan, tetapi saya tak dapat ingat semuanya...


Selepas solat Jumaat setelah ramai makmum balik, saya pergi ke mimbar dan meneliti teks khutbah tadi. Saya kemudiannya mencatatkan enam perkara nilai tambah yang dicadangkan oleh khutbah itu seperti berikut :


1. Renungkanlah rasa lapar, haus dan dahaga itu adalah gambaran kesusahan di hari akhirat.


2. Memperbanyakkan sedekah kepada fakir miskin dan kasihanilah anak-anak yatim.


3. Memberi makanan berbuka kepada oarang mukmin yang berpuasa.


4. Memperbanyakkan solat sunat Tarawikh dan witir, berzikir kepada Allah dan selawat ke atas Nabi SAW.


5. Mengambil makanan berkhasiat dan halal serta tidak membazir. dan,


6. Merasai di dalam hati perasaan takut dan mengharap rahmat Allah serta redha dengan ketentuanNya.


Semoga kita semua dapat melakukan nilai tambah-nilai tambah di atas di bulan puasa yang akan bermula esok...




1 comment: