Saturday, August 15, 2009

Seminggu Lagi Kita Akan Berpuasa.




Hari ini hari Sabtu 15 Ogos 2009 bersamaan 24 Syaaban 1430H. InsyaAllah pada hari Sabtu hadapan iaitu 22 Ogos 2009 bersamaan 1 Ramadhan 1430H, semua umat Islam akan berpuasa Ramadhan, iaitu satu daripada Rukun-rukun Islam. Kehadiran bulan Ramadhan merupakan satu rahmat daripada ALLAH. Ia merupakan bulan di mana ALLAH melimpahkan pelbagai ganjaran pahala kepada hamba-hamba-NYA.
Oleh itu, tidak hairanlah, orang-orang yang benar-benar beriman dan bertakwa sentiasa menantikan kehadiran bulan Ramadhan ini. Mereka menyambut kedatangannya dengan penuh kegembiraan dan menanggung perasaan yang amat sedih apabila berakhirnya bulan yang penuh berkat ini. Bulan Ramadhan telah dimuliakan oleh ALLAH dengan pelbagai keistimewaan berbanding bulan-bulan Allah yang lain.
Antara keistimewaan yang terdapat pada bulan Ramadhan ialah:
1. Disyariatkan Ibadah Puasa
2. Bulan Diturunkan Al-Quran
3. Pintu Syurga Terbuka Luas
4. Pintu Rahmat (Belas Kasihan Terhadap Hamba-NYA) Terbuka Luas
5. Pintu Langit Terbuka Luas
6. Pintu-Pintu Neraka Tertutup Rapat
7. Syaitan dan Jin Dirantai
8. Pada Bulan Ini Terdapat Lailatul Qadar

3 comments:

  1. bulan puasa ni kita kurang bercakap sbb lapor, jadi kurang le kesalahan, maka kurang la dosa.. semoga puasa kita diterima oleh Allah.

    ReplyDelete
  2. Salam,
    Ramadhan is a much awaited month after Rejab and Shaaban. Hopefully, we will go through Ramadhan smoothly doing the obligations required, Insya Allah!.

    ReplyDelete
  3. tahun ini terlalu lain rasenye ingin menyambut ramadhan....sebulan solid berada di kampung berpuase..dah 6tahun ramadhan di tempat blaja...makan pun susah.....tapi dah ade di kampung nie terase lain menyambut ramadhan...

    semoga ramadhan kali ni memberi rahmat dan keampunan buat semua...

    ReplyDelete