Sunday, August 23, 2009

Moreh Dulu-dulu Vs Moreh Masa kini….


Petang semalam saya menghadiri moreh berbuka puasa di masjid kampung saya. Tidak berapa ramai sangat penduduk kampung yang hadir, maklumlah hari pertama berbuka puasa, ramai yang nak berbuka di rumah sahaja. Dikira dengan kanak-kanak, jumlah yang hadir adalah kira-kira 40 orang. Lihatlah gambo teman dengan penduduk kampung tengah menunggu bunyi kerantung …. Kalu bunyi karang, tung, tung, ngap!
Cuma bila sebut pasal moreh ini, saya teringat noltagia berbuka puasa di kampung saya pada masa saya kecil hinggalah ke tahun 90 han. Pada masa itu, moreh berpuasa di kampung ini sangat seronok… Setiap petang ada giliran moreh di kalangan penduduk kampung. Walaupun pun kampung ini kecil, tetapi setiap petang ada sahaja giliran penduduk kampung mengadakan moreh. Yang seronoknya, makanan yang disediakan ialah “kanji” atau kata orang tempat lain “bubur lambuk”. Kanji ini di masak pula di perkarangan surau dengan menggunakan kawah.

Saya masih ingat, pada masa itu surau kampung ini adalah bangunan kayu dua tingkat. Di sebelahnya ada bangsal untuk memasak kanji ini. Siapa punya giliran akan datang memasak kanji di surau. Kanji yang dimasak itu penuh sekawah. Si isteri dan anak-anak perempuan yang suaminya punya giliran moreh juga datang ke surau. Mereka menyediakan pecal atau "pencuk”nya. Jadi mulai jam 3.00 petang saja, sudah ramai yang berkumpul di surau. Sambil melihat-lihat orang memasak, keme berbual-bual hingga tak sedar dah nak berbuka...
Selepas asar, kira-kira jam 6.00 petang, satu fenomina lain pula... Anak-anak orang kampung akan datang ke surau berduyun-duyun dengan membawa bekas taperware untuk mengambil kanji. Ada yang bawa taperware besar dan ada yang bawa taperware kecil. Bawa yang besar, kot-kot dapat banyak kanji...
Tetapi sekarang suasana begitu sudah tidak wujud lagi... Orang kampung yang menghidupkan gaya hidup begini sudah arwah. Saya masih ingat, tok saya Hj Pandak leman, tok saudara Hj Saei, Tok Hj Ibrahim, Tok Hj Dollah dan nama-nama yang lain Pak Khairy, Pak Man, Abang Anas, Pak Rashid dan Nyah Latif antara orang-orang penting yang menghidupkan moreh pada masa itu.
Apabila surau itu diruntuhkan dan didiri surau baru, bangunan batu setingkat, ditambah pula dengan kewujudan sekolah Maahad AlMizan di sebelahnya, moreh sebegitu sudah tidak dibuat lagi... Tetapi sebab utama ialah kekurangan orang kampung... Kalau dibuat pun pada malam Jumaat sahaja. Itu pun di bawa dari rumah. Di samping itu wujudnya perubahan budaya iaitu adanya budaya pasar Ramadhan. Orang kampung lebih senang membeli di pasar Ramadhan daripada bersusah-susah menyediakan moreh berbuka puasa.
Saya sekarang berbuka puasa di masjid Jeliang pula... Walaupun ada moreh di sini, tetapi tidak lagi makan kanji. Makanan yang disediakan nasi minyak, nasi ayam, murtabak dan berbagai lagi... Lepas berbuka, tersadai kekenyangan..... Ya Allah.. ampunkan kami!!.

1 comment:

  1. Salam,
    When I was in Cameron Highlands I used to stay in Kg Sedia where there was a surau. Ladies come at 9.00 am to recite the Quran. Then later at 3.00pm everyone comes to prepare food for breaking of fast. It was an exciting time and that period of time had a good effect on the upbringing of my children. That's why I always believe that suraus or mosques should use this to function as a ground for the spreading of good religious and moral values. This is lacking in our society and thus we see youths nowadays are far from what is expected from them.

    ReplyDelete