Thursday, August 27, 2009

Darihal buah kurma…


Kita selalu didengarkan dengan hadis RasuluLlah SAW tentang buah kurma apabila nak berbuka puasa. Antaranya Hadis riwayat Abu Daud dan Tirmizi yang bermaksud : Daripada Sulaima bin Amir Adh-Dhabiyyi, sesungguhnya Nabi bersabda,"Apabila seseorang di antara kamu berbuka, hendaklah ia makan kurma. Jika tidak ada kurma, hendaklah ia berbuka dengan air kerana air itu adalah pembersih".

Hari ini saya nak berkongsi sedikit tentang buah kurma. Bahan ini saya baca daripada
blog seorang pensyarah di sebuah universiti. Saya ringkaskan lebih kurang bagini lah...

Kurma adalah sejenis buah dari tumbuhan palma yang kaya dengan zat, besi, kalsium, fosforus, sodium, potasium, vitamin A dan C serta niasin. Kurma dari segi saintifiknya dikenali sebagai phoenix dactylifera L berkesan mengubati gangguan usus kronik dan mengatasi sembelit.

Kurma juga penawar mujarab dalam perubatan tradisional untuk mengatasi masalah insomnia, mengurangkan batuk serta pelbagai khasiat lain yang diceritakan dalam 21 ayat al-Quran yang menyebut mengenai buah kurma.

Sabda Rasullulah S.A.W mengenai hal yang sama iaitu; "Beri makan buah tamar kepada isteri kami yang hamil dan barang siapa memakan buah tamar itu semasa hamilnya, maka anak yang lahir akan menjadi seoarng anak penyabar dan bersopan santun kerana makanan Siti Maryam ketika melahirkan Nabi Isa adalah buah tamar."

Unsur zat besi dan kalsium dalam buah kurma adalah unsur paling tinggi bagi membentuk susu ibu yang mempunyai masalah kekurangan susu, ia dapat diatasi dengan memakan buah kurma sekali gus menggalakkan pertambahan kandungan susu.

Buah kurma juga berperanan dalam pertumbuhan kanak-kanak, pembentukan darah dan sumsum tulang. Antara kajian lain dijalankan membuktikan kurma antara makanan paling pantas diproses sebagai bekalan tenaga. Kurma akan segera dibakar dan disalurkan ke bahagian anggota lain dan otak.

Sekian adanya...

1 comment:

  1. Salam,
    Dates are also good for diabetic people as the sugar level does not rise up compared to consuming other fruits.

    ReplyDelete