Hari ini genap sebulan saya mengendalikan blog ini. Blog yang mula di ’create’ semasa kursus dalam perkhidmatan (Ladap) pada 25 Julai 2009 nampaknya terus subur dengan catatan dari insan yang kerdil ini..(eewah!). Dalam tempuh sebulan, ’blog archive’ nya mencapai sebanyak 60 ’article’ (tidak termasuk 2 ’article’yang telah di’delete’ atas sebab-sebab tertentu). Jumlah pengunjung (klik) pula sudah melebihi 600. Dan sesungguhnya saya bersyukur di atas pencapaian ini kerana ada kawan-kawan yang hanya ’create’ blog saja lepas tu ditinggalkan. Mungkin lupa password kot!
Hari ini saya ingin membicarakan apakah blog mengikut apa yang saya faham dari bacaan dan perbualan dengan rakan-rakan.
Blog mula ujud di negara kita kira-kira 10 tahun yang lalu. Pada masa itu para penulis blog kebanyakannya berunsurkan politik dan isu semasa sahaja. Contohnya pada masa Dato’ Seri Anwar Ibrahim dipecat dari kerajaan dulu, blog memainkan peranan penting sebagai media alternatif kepada masyarakat.
Tapi.. itu dulu, Sekarang blog digunakan secara meluas oleh setiap golongan. Penulisan blog tidak lagi tertumpu kepada unsur-unsur politik dan isu semasa sahaja. Sebaliknya, para penulis blog telah meluaskan penggunaan blog ini dengan cara dan teknik yang tersendiri. Samada orang politik, orang akademik, profesional, golongan artis, para mahasiswa semuanya mempunyai blog peribadi masing-masing.
Blog adalah ringkasan dari perkataan web log atau Jaringan Log. Penulisan blog pada dasarnya adalah merupakan satu bentuk diari berkonsepkan online. Sebab itu kebiasaannya para penulis blog ini lebih gemar menceritakan pengalaman yang telah mereka lalui dalam kehidupan seharian untuk dikongsikan bersama dengan pembaca.
Namun pada hari ini, blog telah diubahsuai. Ia bukan sekadar penulisan diari online sahaja sebaliknya penggunaan blog telah diperkembangkan secara meluas di dalam bidang-bidang lain. Sebab itu kita mendengar adanya blog foto (photoblog), blog video (vlog) dan blog muzik (mp3blog).
Untuk memiliki blog sendiri bukanlah sesuatu yang sukar kerana ianya boleh diperolehi dan diakses secara percuma. Sebab itu apabila cikgu Mohd Norazam balik dari kursus Pembestarian Sekolah, saya menyuruh beliau mengadakan kursus membina blog kepada guru-guru. AlhamduliLlah saya kini mempunyai blog sendiri. Mungkin blog saya tak seberapa indahnya, maklumlah saya bukan seperti orang-orang muda yang bagitu kreatif dalam membina blog mereka. Tetapi saya berjanji akan membuat ’new post’ sekerap yang mungkin untuk tatapan diri sendiri dan kawan-kawan....

Akhirnya sekalung penghargaan saya tujukan kepada 'sifu' En Norazam yang menunjuk ajar membuat blog, kepada rakan-rakan blogger yang kerap memberi comment kepada post saya, Pn Sakina, Cikgu Nazri, Ngonyen-ngoyen, Mrs Samsol dan lain-lain...terima kasih!!!
tahniah la tn. hj., bukan senang nk jd blogger yang aktif ni.. buktinya ramai yang ada blog tp banyak jugak blog yang terbengkalai.. harap usaha diteruskan. banyak perkara boleh dikongsi dalam blog ni.. kdg2 nk sembang di alam realiti ni tak sempat..
ReplyDeleteSalam... TAHNIAH! Kita tak berkesempatan nak hadiri kursus buat blog tempoh hari... tapi tidak kalah weh...pandai juga jadi blogger, siap ada lagu latar lagi. Apa pun terima kasih banyak pada Cikgu Noorazam kita tu...he..he.. he...
ReplyDeleteTahniah Tn Hj kerana jd blogger yg aktif (almost setiap hari update). Dalam menjadi blogger ni pun macam-macam perkara yg dipelajari baik secara langsung ataupun tidak langsung. Cabaran pun sentiasa ada. Adat le tu, rencah kehidupan. Tak lama lagi boleh jadi blogger yang semua orang tertunggu postingnye..
ReplyDeleteSalam,
ReplyDeleteCongratulations! Keep it up!!!
anugerah post terbanyak tetap dimenangi oleh cikgu zuhairi..ngeh3 (puji sbb nak mintak duit raya hehehhe)
ReplyDelete