Monday, August 24, 2009

Nafsu di Pasar Ramadhan


Hari ini merupakan hari ketiga kita melaksanakan ibadah puasa. Semoga amalan puasa yang kita lakukan benar-benar diterima Allah SWT.
Di bulan yang mulia ini, banyak cabaran yang perlu kita tempuhi terutamanya melawan hawa nafsu. Jika kita mampu memerangi dan melawan kehendak hawa nafsu, bererti ibadah puasa yang kita kerjakan telah berjaya mendidik dan membimbing diri kita menuju ke jalan yang benar dan mendapat keredhaan Allah SWT.
Sebagai contoh, mari kita semak diri kita apabila pergi ke pasar Ramadhan. Apakah kita membeli makanan ala kadar untuk berbuka atau sebanyak-banyaknya mengikut arahan hawa nafsu? Haa... jika membeli makanan dengan banyak, ke mana akhirnya makanan tersebut? Ke Tong sampah?
Setelah 2 kali menziarahi pasar Ramadhan, kelmarin di Arena Square dan di semalam di arena Manong, saya melihat bermacam-macam perangai manusia. Saya terfikir, apakah bulan Ramadhan ini bulan untuk ’festa makanan’? Makanan yang dijual sangat banyak dan beraneka jenis. Orang yang membeli sangat ramai dan bersesak-sesak...
Semua yang dah membeli, penuh tergantung di jari bungkusan-bungkusan plastik. Ada yang kedua-dua belah tangan kiri dan kanan.
Saya yang tak pernah ke luar negara ni terfikir juga, apakah di negara lain keadaan begini juga sama. Seorang kawan yang beberapa tahun mengajar di Sabah menceritakan betapa susahnya dia sekeluarga di bulan Ramadhan yang terpaksa memasak makanan setiap petang untuk berbuka puasa. Di sana tidak ada pasar Ramadhan seperti di sini. Bila dah bertukar ke Semenanjung dan balik ke Kuale ni, membeli bagai nak rak le di pasar Ramadhan...
Saya bangkitkan soal pasar Ramadhan ini buka apa, hanya mengingatkan kita semua agar tidak membazir. Membelilah sekadar mencukupi keperluan kita sahaja. Jangan berlebih-lebihan. Ingat balik falsafah puasa bulan Ramadhan... untuk merasai keperitan dan kepayahan orang fakir dan miskin. Semoga kita mendapat petunjuk dari Allah jua...

4 comments:

  1. Salam,
    I agree. Pasar Ramadan as in Kuala Lumpur are more busier and packed. I find that the meaning of fasting in Ramadhan becomes misleading.

    ReplyDelete
  2. I agree with Bibi

    ReplyDelete
  3. Tu laaa, macam2 depa jual, sedap lak tu. So kena le beli, ahak2. Tapi sekadar cukup2 je la

    ReplyDelete
  4. tahan2 la nafsu 2 yee cekgu....

    ReplyDelete