Friday, August 28, 2009

Tersilap Ismail .....



Selepas solat terawih malam tadi saya balik ke rumah dan tak lama selepas itu mendapat satu sms yang berbunyi, “Alfatihah untk ustaz ismail kamus yg baru menemui Allah sbntar td… satu khlngan bsr buat agama dan ngara. Alfatihah…smg Allah m’cucuri rhmat kpdnya”. Tanpa berfikir apa-apa saya pun membacakan surah alFatihah untuknya. Saya mengatakan kepada isteri saya betapa beruntungnya ustaz Ismail Kamus kerana meninggal pada malam Jumaat dan di bulan puasa pula.
Saya memang meminati mendengar kaset-kaset kuliah beliau terutama di dalam kereta apabila memandu jauh, tak mengantuk kerana ada unsur ‘humur’nya.
Kira-kira 1 jam kemudian saya mendapat call dari seorang kawan mengatakan berita itu tidak benar. Ustaz Ismail Kamus sekarang berada di Makkah dan di dalam keadaan sihat walafiat. Siapalah yang punya angkara mula-mula menyebarkan berita tak sahih ini?
Mungkin salah faham agaknya…. yang menggemparkan negara petang samalam ialah kematian seorang lagi insan istimewa bernama Ismail juga. Beliau ialah Senator Dr Ismail Salleh, 61 tahun, yang meninggal dalam penerbangan dari China ke Singapore. Dr Ismail ini ialah pakar ekonomi yang banyak memberi sumbangan walaupun beliau merupakan OKU penglihatan. Bermula dengan kerjaya sebagai pensyarah di UKM, beliau kemudiannya memegang banyak jawatan-jawatan penting walaupun setelah bersara antaranya Naib canselor Universiti Kolej Antarabangsa Teknologi Twintech yang diasasnya.
Saya amat meminati dan kagum dengan pandangan Prof Dr Ismail Salleh ini apabila beliau muncul di kaca TV. Saya sering memikirkan bagaimana beliau mendapat maklumat begitu awal dan boleh memberi nasihat kepada kerajaan tentang ekonomi negara dalam keadaan beliau tidak dapat melihat.
Hari ini saya juga membaca 2 profil beliau, Pertama beliau merupakan senator OKU yang pertama dilantik di Malaysia dan kedua beliau semasa hayatnya pernah mendapat anugerah Guiness Book of Records sebagai orang cacat penglihatan pertama di dunia mendapat ijazah Doktor Falsafah.
Semoga Allah mencucuri Rahmat ke atas rohnya...

1 comment:

  1. Salam,
    There are great people in Malaysia. Innalillah hi wainna ilaihi rojiun.

    ReplyDelete