Wednesday, August 12, 2009

Tiada Kes Positif ....







Dalam mengekang penularan wabak H1N1, pihak sekolah pada hari ini menjalankan pemeriksaan suhu badan ke atas semua pelajar.. Pengukuran suhu badan dilakukan oleh guru-guru ke atas semua pelajar selepas perhimpunan dengan menggunakan Thermometer Strip. Hasil pengukuran suhu tersebut, terdapat 172 orang pelajar yang suhu badan mereka 38oC atau lebih. Pihak sekolah kemudiannya menghubungi Klinik Kesihatan Besar Manong dan memohon kerjasama untuk memeriksa pelajar-pelajar tersebut.
Pihak Klinik dan Jabatan Kesihatan Kuala Kangsar telah menghantar ramai kakitangan termasuk doktor perubatan ke sekolah ini. Mereka menjalankan pemeriksaan ke atas pelajar-pelajar di Pusat Sumber di blok C.
Apabila pemeriksaan selesai kira-kira jam 3.30 petang, pihak kesihatan memaklumkan seramai 34 pelajar telah diberi ubat dan cuti rehat, seramai 124 pelajar diberi ubat sahaja, manakala selebihnya 14 pelajar didapati tidak ada kesan demam. Alhamdulillah, mujurlah tak ada kes positif H1N1 ...
Walau pun bagitu, pihak sekolah disarankan agar memantau para pelajar dengan mengambil suhu badan mereka setiap hari.... Terimakasih juga kepada PIBG yang membekalkan mask kepada warga sekolah.....

1 comment:

  1. Salam,
    Ask 4SRT, they're sure they're positive all the time ...

    ReplyDelete