Saturday, August 29, 2009
Anak Beranak Yang Cakap Besar...
Seorang bapa suka bercakap besar dan merapu-rapu. Istilah merendah diri tidak ada dalam kamus hidupnya. Cakapnya selalu meninggi diri dan kerana itu dia selalu menipu bagi tujuan untuk membanggakan dirinya. Perangai ini diikut oleh anak remajanya. Bak kata pepatah ’bapa borek anak rintik.’
Suatu hari mereka menjala ikan di sungai perak. Si bapa menggunakan satu jala dan si anak juga menggunakan satu jala. Tiba-tiba jala si bapa sangkut dan tak dapat ditarik ke atas. Si bapa terjun untuk membetulkan jalanya. Rupanya tempat itu agak dalam. Dia terus menyelam. Tetapi dalam sungai itu banyak akar kayu. Si bapa tersangkut pada akar kayu itu. Lama tidak timbul-timbul. Si anak dah naik risau. Selepas 5 minit barulah si bapa dapat melepaskan diri dan timbul semula.
Si anak bertanya, kenapa lama sangat baru timbul? Si bapa terasa macam anaknya memperlecehkan dia. Pantang sangatlah dia ...lalu berkata, “Di dalam sungai itu ada kedai kopi, Aku minum teh tarik dulu...” Si anak diam sahaja. Tak guna di layan bapanya...
Tidak lama kemudian mereka meneruskan menjala ikan. Satu ketika jala si anak pula sangkut. Tempatnya agak dalam juga. Si anak terus terjun ke dalam sungai. Seperti bapanya tadi, si anak juga tersangkut dalam akar-akar kayu. Lama dia meronta-ronta dan tak timbul-timbul. Si bapa agak cemas kerana selepas lima minit si anak tak timbul-timbul lagi. Akhirnya si bapa terjun dan membantu mencari dan menarik si anak. Si anak termuntah-muntah, maklumlah hampir lemas dan telah minum banyak air. Kepalanya juga berdarah mungkin tersangkut di akar kayu di dalam sungai.
Si bapa macam menyindir. ”Haa, kenapa kepala kamu berdarah? ”
Si anak menjawab, ”Itulah, bapa punya pasallah semua ini... Bapa tak bayar teh tarik tadi... Taukeh kedai marah dan pukul kepala saya sampai berdarah.................
Morale of the story: Jangan bercakap besar dan merapu-merapu. Tingkahlaku kita akan menjadi ikutan kepada anak-anak. Apa salahnya kita merendah diri kerana sifat merendah diri adalah sifat yang terpuji...
Nota: Cerita di atas saya ubahsuai dari cerita yang saya dengar dari satu ceramah agama di sekolah kita beberapa tahun lepas...
Gambar di atas bukan di sungai Perak. Ia tak ada kena mengena dengan cerita ini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteAgaknye kalau dua-dua sekali tersangkut barulah nak mengaku ye tak..
ReplyDeleteSalam,
ReplyDeleteLike father like son...