Sunday, August 30, 2009

Dirgahayu negaraku Malaysia !




Esok kita akan menyambut ulang tahun hari kemerdekaan negara yang kita kasihi ini. Sambutan Hari Kemerdekaan ini kita sambut di seluruh negara pada setiap 31 Ogos setiap tahun. Tahun ini genap 52 tahun negara kita bebas dari belenggu penjajahan. Pada tahun ini tema hari kemerdekaan kita ialah 1 Malaysia, Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan.

Hari kemerdekaan ini adalah menandakan negara kita bebas daripada belenggu penjajahan sejak 1511. Biasanya sambutan Hari kemerdekaan disambut secara besar-besaran dengan mengadakan perarakan warna warni, majlis ceramah, konsert, pertunjukan pentas, pertandingan dan pelbagai lagi pertunjukan yang diadakan di tempat-tempat yang ditetapkan setiap tahun.

Namun pada tahun ini, sambutan hari kemerdekaan di peringkat pusat dikatakan akan diadakan secara sederhana sahaja. Sambutannya akan diadakan di Dataran Parlimen Malaysia dan bukan di Dataran Merdeka atau Putrajaya seperti kebiasaanya. Ini berikutan untuk mengelakkan merebaknya wabak influenza H1N1. Bagitu juga sambutan kemerdekaan di tempat-tempat lain, diadakan secara sederhana sahaja. Namun apa yang penting, ialah semangat dan pengisian ‘dalaman’ setiap rakyat seperti kita untuk terus menjaga negara kita agar terus membangun, dikagumi di peringkat antara bangsa dan mendapat keredhaan dari Allah SWT.

Selamat Ulangtahun ke 52 negaraku Malaysia...

Kerana sebiji kurma....



Di sini saya fowardkan cerita seorang wali Allah iaitu Ibrahim bin Adham. Saya ambil artikel ini dari Amier Selamat. Semoga kita mendapat pengajaran daripadanya….

Selesai menunaikan ibadah haji, Ibrahim bin Adham berniat untuk menziarah mesjidil Aqsa.
Untuk bekal di perjalanan, ia membeli 1 kg kurma daripada seorang pedagang tua berhampiran mesjidil Haram.
Setelah kurma ditimbang dan dibungkus, Ibrahim melihat sebutir kurma terletak dekat timbangan. Dia menyangka kurma itu sebahagian dari yang dia beli, Ibrahim memungut dan memakannya.
Setelah itu ia langsung berangkat menuju ke Al Aqsa. 4 Bulan kemudian, Ibrahim tiba di Al Aqsa. Seperti biasa, ia suka memilih sebuah tempat beribadah pada sebuah ruangan di bawah kubah Sakhra. Ia shalat dan berdoa khusuk sekali. Tiba tiba ia mendengar percakapan dua Malaikat tentang dirinya.
"Itu, Ibrahim bin Adham, ahli ibadah yang zuhud dan warak yang doanya selalu dikabulkan ALLAH SWT," kata malaikat yang satu.
"Tetapi sekarang tidak lagi. doanya ditolak karena 4 bulan yg lalu ia memakan sebutir kurma yang jatuh dari meja seorang pedagang tua di dekat mesjidil haram," jawab malaikat yang satu lagi.
Ibrahim bin adham terkejut sekali, ia tersentak, jadi selama 4 bulan ini ibadahnya, shalatnya, doanya dan mungkin amalan-amalan lainnya tidak diterima oleh ALLAH SWT
gara-gara memakan sebutir kurma yang bukan haknya.
"Astaghfirullahal adzhim" Ibrahim beristighfar.
Ia langsung berkemas untuk berangkat lagi ke Mekkah menemui pedagang tua penjual kurma. Untuk meminta dihalalkan sebutir kurma yang telah ditelannya.
Apabila sampai di Mekkah ia langsung menuju tempat penjual kurma itu, tetapi ia tidak menemukan pedagang tua itu melainkan seorang anak muda. "4 bulan yang lalu saya membeli kurma di sini dari seorang pedagang tua. Ke mana ia sekarang ?" tanya Ibrahim.
"Sudah meninggal sebulan yang lalu, saya sekarang meneruskan pekerjaannya berdagang kurma" jawab anak muda itu.
"Innalillahi wa innailaihi roji'un, kalau begitu kepada siapa saya meminta penghalalan ?". Lantas ibrahim menceritakan peristiwa yg dialaminya, anak muda itu mendengarkan penuh minat.
"Nah, begitulah" kata ibrahim setelah bercerita,
"Engkau sebagai ahli waris orang tua itu, maukah engkau menghalalkan sebutir kurma milik ayahmu yang terlanjur ku makan tanpa izinnya?".
"Bagi saya tidak masalah. Insya ALLAH saya halalkan. Tapi entah dengan saudara-saudara saya yang jumlahnya 11 orang.
Saya tidak berani mengatakan, karena mereka juga mempunyai hak waris sama dengan saya." "Di mana alamat saudara-saudaramu ? biar saya temui mereka satu persatu." Setelah menerima alamat, Ibrahim bin Adham pergi menemui mereka seorang demi seorang. Biar berjauhan, akhirnya selesai juga. Semua setuju menghalakan sebutir kurma milik ayah mereka yang termakan oleh Ibrahim.
4 bulan kemudian, Ibrahim bin Adham sudah berada dibawah kubah Sakhra.
Tiba tiba ia mendengar dua malaikat yang dulu terdengar lagi bercakap cakap. "Itulah Ibrahim bin Adham yang doanya tertolak gara gara makan sebutir kurma milik orang lain." "O, tidak.., sekarang doanya sudah makbul lagi, ia telah mendapat penghalalan dari ahli waris pemilik kurma itu. Diri dan jiwa Ibrahim kini telah bersih kembali dari kotoran sebutir kurma yang haram karena masih milik orang lain. Sekarang ia sudah bebas."

"Apabila anda mempunyai teman atau saudara yang anda sayangi forward-lah kisah ini.
Oleh sebab itu berhati-hatilah dengan makanan yg masuk ke tubuh kita, sudah halal-kah? lebih baik tinggalkan bila ragu-ragu... "

Saturday, August 29, 2009

Anak Beranak Yang Cakap Besar...


Seorang bapa suka bercakap besar dan merapu-rapu. Istilah merendah diri tidak ada dalam kamus hidupnya. Cakapnya selalu meninggi diri dan kerana itu dia selalu menipu bagi tujuan untuk membanggakan dirinya. Perangai ini diikut oleh anak remajanya. Bak kata pepatah ’bapa borek anak rintik.’
Suatu hari mereka menjala ikan di sungai perak. Si bapa menggunakan satu jala dan si anak juga menggunakan satu jala. Tiba-tiba jala si bapa sangkut dan tak dapat ditarik ke atas. Si bapa terjun untuk membetulkan jalanya. Rupanya tempat itu agak dalam. Dia terus menyelam. Tetapi dalam sungai itu banyak akar kayu. Si bapa tersangkut pada akar kayu itu. Lama tidak timbul-timbul. Si anak dah naik risau. Selepas 5 minit barulah si bapa dapat melepaskan diri dan timbul semula.

Si anak bertanya, kenapa lama sangat baru timbul? Si bapa terasa macam anaknya memperlecehkan dia. Pantang sangatlah dia ...lalu berkata, “Di dalam sungai itu ada kedai kopi, Aku minum teh tarik dulu...” Si anak diam sahaja. Tak guna di layan bapanya...

Tidak lama kemudian mereka meneruskan menjala ikan. Satu ketika jala si anak pula sangkut. Tempatnya agak dalam juga. Si anak terus terjun ke dalam sungai. Seperti bapanya tadi, si anak juga tersangkut dalam akar-akar kayu. Lama dia meronta-ronta dan tak timbul-timbul. Si bapa agak cemas kerana selepas lima minit si anak tak timbul-timbul lagi. Akhirnya si bapa terjun dan membantu mencari dan menarik si anak. Si anak termuntah-muntah, maklumlah hampir lemas dan telah minum banyak air. Kepalanya juga berdarah mungkin tersangkut di akar kayu di dalam sungai.

Si bapa macam menyindir. ”Haa, kenapa kepala kamu berdarah? ”
Si anak menjawab, ”Itulah, bapa punya pasallah semua ini... Bapa tak bayar teh tarik tadi... Taukeh kedai marah dan pukul kepala saya sampai berdarah.................

Morale of the story: Jangan bercakap besar dan merapu-merapu. Tingkahlaku kita akan menjadi ikutan kepada anak-anak. Apa salahnya kita merendah diri kerana sifat merendah diri adalah sifat yang terpuji...
Nota: Cerita di atas saya ubahsuai dari cerita yang saya dengar dari satu ceramah agama di sekolah kita beberapa tahun lepas...
Gambar di atas bukan di sungai Perak. Ia tak ada kena mengena dengan cerita ini.

Friday, August 28, 2009

Tersilap Ismail .....



Selepas solat terawih malam tadi saya balik ke rumah dan tak lama selepas itu mendapat satu sms yang berbunyi, “Alfatihah untk ustaz ismail kamus yg baru menemui Allah sbntar td… satu khlngan bsr buat agama dan ngara. Alfatihah…smg Allah m’cucuri rhmat kpdnya”. Tanpa berfikir apa-apa saya pun membacakan surah alFatihah untuknya. Saya mengatakan kepada isteri saya betapa beruntungnya ustaz Ismail Kamus kerana meninggal pada malam Jumaat dan di bulan puasa pula.
Saya memang meminati mendengar kaset-kaset kuliah beliau terutama di dalam kereta apabila memandu jauh, tak mengantuk kerana ada unsur ‘humur’nya.
Kira-kira 1 jam kemudian saya mendapat call dari seorang kawan mengatakan berita itu tidak benar. Ustaz Ismail Kamus sekarang berada di Makkah dan di dalam keadaan sihat walafiat. Siapalah yang punya angkara mula-mula menyebarkan berita tak sahih ini?
Mungkin salah faham agaknya…. yang menggemparkan negara petang samalam ialah kematian seorang lagi insan istimewa bernama Ismail juga. Beliau ialah Senator Dr Ismail Salleh, 61 tahun, yang meninggal dalam penerbangan dari China ke Singapore. Dr Ismail ini ialah pakar ekonomi yang banyak memberi sumbangan walaupun beliau merupakan OKU penglihatan. Bermula dengan kerjaya sebagai pensyarah di UKM, beliau kemudiannya memegang banyak jawatan-jawatan penting walaupun setelah bersara antaranya Naib canselor Universiti Kolej Antarabangsa Teknologi Twintech yang diasasnya.
Saya amat meminati dan kagum dengan pandangan Prof Dr Ismail Salleh ini apabila beliau muncul di kaca TV. Saya sering memikirkan bagaimana beliau mendapat maklumat begitu awal dan boleh memberi nasihat kepada kerajaan tentang ekonomi negara dalam keadaan beliau tidak dapat melihat.
Hari ini saya juga membaca 2 profil beliau, Pertama beliau merupakan senator OKU yang pertama dilantik di Malaysia dan kedua beliau semasa hayatnya pernah mendapat anugerah Guiness Book of Records sebagai orang cacat penglihatan pertama di dunia mendapat ijazah Doktor Falsafah.
Semoga Allah mencucuri Rahmat ke atas rohnya...

Thursday, August 27, 2009

Cerita lawak si ’A’, si ’B’ dan si ’C’

Di sebuah kampong ada 3 orang remaja yang suka lepak. Untuk tidak mengaibkan mereka saya namakan seorang bernama ’A’, seorang bernama ’B’ dan seorang lagi bernama ’C’. Aktiviti seharian mereka ini menyebabkan tok imam kampung tersebut tidak senang duduk.

Pada suatu hari tok imam itu datang dengan niat nak mentarbiyah mereka....Maka berlakulah beberapa insiden cabar-mencabar. Tok imam tu lantas mencabar si mangkuk 3 ekor tu datang ke surau waktu Maghrib nanti.

Si ‘A’ pun berkata, "Tok imam ingat kami ni jahil sangat ke? Takpa, nanti kami buktikan yang kami bukan la jahil sangat seperti yang disangkakan".

Maka apabila hampir masuk waktu Maghrib pergilah malaun 3 ekor tu ke surau. Tok imam pun menyuruh si ‘A’ azan maghrib. Tanpa berlengah terus aje si ‘A’ azan,

"Allah Ta'ala... Allah Ta'ala..."
Dengan segera tok imam merampas mikrofon daripada si’A’. Terselahlah kejahilan si ‘A’. Tok imam pun menyuruh tok bilal sebenar azan semula..

Selepas iqamat, masa nak sembahyang tok imam pun mengangkat takbiratul ihram. Tok imam pun satu hal, angkat sekali tak khusyuk, angkat 2 kali pun tak khusyuk jugak lagi...Masuk je kali ketiga, si ‘B’ pun panggil tok imam. "Tok,tok! tok duduk kat belakang, biar saya jadi imam". Tok imam pun undur le ke belakang.

Si ’B’ pun angkat le takbiratul ihram. "Allahu akbar!" Maka para makmum pun ikut mengangkat takbiratul ihram dan memulakan solat. Tiba-tiba je si ‘B’ ni pusing ke belakang dan berkata, "Aa, tengok! Sekali jee tokkkk!!". Lalu batallah solat si’B’ . Hadirin yang lain pun ikut berenti sambil ketawa terbahak-bahak.

Tok imam pun mintak pulak si ‘C’ jadi imam. Si ‘C’ pun terus ke depan jadi imam solat tersebut bermula dari takbir sampai le habis sembahyang. Siap dengan wirid-wiridnya sekali. Maklumlah si’C’ ni mengaji sekolah arab sampai darjah enam dulu. Punyalah respek tok imam kat si ‘C’ niii...

Lepas solat, tok imam pun memuji-memuji leee si ‘C’ ni... Tapi dengan bongkaknye si ‘C’ berkata, "He hee, itu belum ambil wuduk lagi tu. Kalau tak, lagi dassat aku semayang. He heee..."

Tok imam pun !@#$%^&*.. (terkedu dan tak dapat berkata apa-apa).

Darihal buah kurma…


Kita selalu didengarkan dengan hadis RasuluLlah SAW tentang buah kurma apabila nak berbuka puasa. Antaranya Hadis riwayat Abu Daud dan Tirmizi yang bermaksud : Daripada Sulaima bin Amir Adh-Dhabiyyi, sesungguhnya Nabi bersabda,"Apabila seseorang di antara kamu berbuka, hendaklah ia makan kurma. Jika tidak ada kurma, hendaklah ia berbuka dengan air kerana air itu adalah pembersih".

Hari ini saya nak berkongsi sedikit tentang buah kurma. Bahan ini saya baca daripada
blog seorang pensyarah di sebuah universiti. Saya ringkaskan lebih kurang bagini lah...

Kurma adalah sejenis buah dari tumbuhan palma yang kaya dengan zat, besi, kalsium, fosforus, sodium, potasium, vitamin A dan C serta niasin. Kurma dari segi saintifiknya dikenali sebagai phoenix dactylifera L berkesan mengubati gangguan usus kronik dan mengatasi sembelit.

Kurma juga penawar mujarab dalam perubatan tradisional untuk mengatasi masalah insomnia, mengurangkan batuk serta pelbagai khasiat lain yang diceritakan dalam 21 ayat al-Quran yang menyebut mengenai buah kurma.

Sabda Rasullulah S.A.W mengenai hal yang sama iaitu; "Beri makan buah tamar kepada isteri kami yang hamil dan barang siapa memakan buah tamar itu semasa hamilnya, maka anak yang lahir akan menjadi seoarng anak penyabar dan bersopan santun kerana makanan Siti Maryam ketika melahirkan Nabi Isa adalah buah tamar."

Unsur zat besi dan kalsium dalam buah kurma adalah unsur paling tinggi bagi membentuk susu ibu yang mempunyai masalah kekurangan susu, ia dapat diatasi dengan memakan buah kurma sekali gus menggalakkan pertambahan kandungan susu.

Buah kurma juga berperanan dalam pertumbuhan kanak-kanak, pembentukan darah dan sumsum tulang. Antara kajian lain dijalankan membuktikan kurma antara makanan paling pantas diproses sebagai bekalan tenaga. Kurma akan segera dibakar dan disalurkan ke bahagian anggota lain dan otak.

Sekian adanya...

Wednesday, August 26, 2009

Yang putih dan yang hitam....


Seorang gembala kambing sedang menggembala biri-birinya yang berbulu hitam dan berbulu putih. Dia kemudian didatangi seorang saudagar lalu bertanya:
Saudagar : Baguskah ternakan biri-biri engkau. Boleh tak
saya tanya beberapa soalan?
Gembala : Oh, boleh saja
Saudagar : Berapa jauh biri-biri ni berjalan setiap hari?
Gembala : Yang mana, yang putih atau yang hitam?
Saudagar : Yang putih
Gembala : Ah, yang putih berjalan lebih kurang lima kilometer setiap hari
Saudagar : Dan yang hitam?
Gembala : Yang hitam pun sama.
Saudagar : Dan berapa banyak rumput mereka makan setiap hari?
Gembala : Yang mana, yang putih atau yang hitam?
Saudagar : Yang putih.
Gembala : Ah, yang putih makan lebih kurang empat kilogram rumput setiap hari.
Saudagar : Dan yang hitam?
Gembala : Yang hitam pun sama.
Saudagar : Dan berapa banyak bulu yang mereka hasilkan setiap tahun?
Gembala : Yang mana, yang putih atau yang hitam?
Saudagar : Yang putih.
Gembala : Aaa...menurut perkiraan saya, yang putih menghasilkan sekitar enam kilogram bulu setiap tahun kalau dicukur.
Saudagar : Dan yang hitam?
Gembala : Yang hitam pun sama.
Saudagar : Kenapa engkau membezakan biri-biri engkau yang putih dengan yang hitam setiap kali nak jawab soalan saya, padahal jawapan semuanya sama saja
Gembala :Mestilah saya beza-bezakan sebab biri-biri yang putih itu adalah milik saya.
Saudagar : Ooo, begitu, yang hitam tu pulak siapa punya?
Gembala : Yang hitam pun sama, saya punya juga...!
Saudagar : @!#$%^&*???

Tuesday, August 25, 2009

Dah genap sebulan....


Hari ini genap sebulan saya mengendalikan blog ini. Blog yang mula di ’create’ semasa kursus dalam perkhidmatan (Ladap) pada 25 Julai 2009 nampaknya terus subur dengan catatan dari insan yang kerdil ini..(eewah!). Dalam tempuh sebulan, ’blog archive’ nya mencapai sebanyak 60 ’article’ (tidak termasuk 2 ’article’yang telah di’delete’ atas sebab-sebab tertentu). Jumlah pengunjung (klik) pula sudah melebihi 600. Dan sesungguhnya saya bersyukur di atas pencapaian ini kerana ada kawan-kawan yang hanya ’create’ blog saja lepas tu ditinggalkan. Mungkin lupa password kot!

Hari ini saya ingin membicarakan apakah blog mengikut apa yang saya faham dari bacaan dan perbualan dengan rakan-rakan.
Blog mula ujud di negara kita kira-kira 10 tahun yang lalu. Pada masa itu para penulis blog kebanyakannya berunsurkan politik dan isu semasa sahaja. Contohnya pada masa Dato’ Seri Anwar Ibrahim dipecat dari kerajaan dulu, blog memainkan peranan penting sebagai media alternatif kepada masyarakat.
Tapi.. itu dulu, Sekarang blog digunakan secara meluas oleh setiap golongan. Penulisan blog tidak lagi tertumpu kepada unsur-unsur politik dan isu semasa sahaja. Sebaliknya, para penulis blog telah meluaskan penggunaan blog ini dengan cara dan teknik yang tersendiri. Samada orang politik, orang akademik, profesional, golongan artis, para mahasiswa semuanya mempunyai blog peribadi masing-masing.
Blog adalah ringkasan dari perkataan web log atau Jaringan Log. Penulisan blog pada dasarnya adalah merupakan satu bentuk diari berkonsepkan online. Sebab itu kebiasaannya para penulis blog ini lebih gemar menceritakan pengalaman yang telah mereka lalui dalam kehidupan seharian untuk dikongsikan bersama dengan pembaca.
Namun pada hari ini, blog telah diubahsuai. Ia bukan sekadar penulisan diari online sahaja sebaliknya penggunaan blog telah diperkembangkan secara meluas di dalam bidang-bidang lain. Sebab itu kita mendengar adanya blog foto (photoblog), blog video (vlog) dan blog muzik (mp3blog).
Untuk memiliki blog sendiri bukanlah sesuatu yang sukar kerana ianya boleh diperolehi dan diakses secara percuma. Sebab itu apabila cikgu Mohd Norazam balik dari kursus Pembestarian Sekolah, saya menyuruh beliau mengadakan kursus membina blog kepada guru-guru. AlhamduliLlah saya kini mempunyai blog sendiri. Mungkin blog saya tak seberapa indahnya, maklumlah saya bukan seperti orang-orang muda yang bagitu kreatif dalam membina blog mereka. Tetapi saya berjanji akan membuat ’new post’ sekerap yang mungkin untuk tatapan diri sendiri dan kawan-kawan....
Akhirnya sekalung penghargaan saya tujukan kepada 'sifu' En Norazam yang menunjuk ajar membuat blog, kepada rakan-rakan blogger yang kerap memberi comment kepada post saya, Pn Sakina, Cikgu Nazri, Ngonyen-ngoyen, Mrs Samsol dan lain-lain...terima kasih!!!

Monday, August 24, 2009

Nafsu di Pasar Ramadhan


Hari ini merupakan hari ketiga kita melaksanakan ibadah puasa. Semoga amalan puasa yang kita lakukan benar-benar diterima Allah SWT.
Di bulan yang mulia ini, banyak cabaran yang perlu kita tempuhi terutamanya melawan hawa nafsu. Jika kita mampu memerangi dan melawan kehendak hawa nafsu, bererti ibadah puasa yang kita kerjakan telah berjaya mendidik dan membimbing diri kita menuju ke jalan yang benar dan mendapat keredhaan Allah SWT.
Sebagai contoh, mari kita semak diri kita apabila pergi ke pasar Ramadhan. Apakah kita membeli makanan ala kadar untuk berbuka atau sebanyak-banyaknya mengikut arahan hawa nafsu? Haa... jika membeli makanan dengan banyak, ke mana akhirnya makanan tersebut? Ke Tong sampah?
Setelah 2 kali menziarahi pasar Ramadhan, kelmarin di Arena Square dan di semalam di arena Manong, saya melihat bermacam-macam perangai manusia. Saya terfikir, apakah bulan Ramadhan ini bulan untuk ’festa makanan’? Makanan yang dijual sangat banyak dan beraneka jenis. Orang yang membeli sangat ramai dan bersesak-sesak...
Semua yang dah membeli, penuh tergantung di jari bungkusan-bungkusan plastik. Ada yang kedua-dua belah tangan kiri dan kanan.
Saya yang tak pernah ke luar negara ni terfikir juga, apakah di negara lain keadaan begini juga sama. Seorang kawan yang beberapa tahun mengajar di Sabah menceritakan betapa susahnya dia sekeluarga di bulan Ramadhan yang terpaksa memasak makanan setiap petang untuk berbuka puasa. Di sana tidak ada pasar Ramadhan seperti di sini. Bila dah bertukar ke Semenanjung dan balik ke Kuale ni, membeli bagai nak rak le di pasar Ramadhan...
Saya bangkitkan soal pasar Ramadhan ini buka apa, hanya mengingatkan kita semua agar tidak membazir. Membelilah sekadar mencukupi keperluan kita sahaja. Jangan berlebih-lebihan. Ingat balik falsafah puasa bulan Ramadhan... untuk merasai keperitan dan kepayahan orang fakir dan miskin. Semoga kita mendapat petunjuk dari Allah jua...

Sunday, August 23, 2009

Moreh Dulu-dulu Vs Moreh Masa kini….


Petang semalam saya menghadiri moreh berbuka puasa di masjid kampung saya. Tidak berapa ramai sangat penduduk kampung yang hadir, maklumlah hari pertama berbuka puasa, ramai yang nak berbuka di rumah sahaja. Dikira dengan kanak-kanak, jumlah yang hadir adalah kira-kira 40 orang. Lihatlah gambo teman dengan penduduk kampung tengah menunggu bunyi kerantung …. Kalu bunyi karang, tung, tung, ngap!
Cuma bila sebut pasal moreh ini, saya teringat noltagia berbuka puasa di kampung saya pada masa saya kecil hinggalah ke tahun 90 han. Pada masa itu, moreh berpuasa di kampung ini sangat seronok… Setiap petang ada giliran moreh di kalangan penduduk kampung. Walaupun pun kampung ini kecil, tetapi setiap petang ada sahaja giliran penduduk kampung mengadakan moreh. Yang seronoknya, makanan yang disediakan ialah “kanji” atau kata orang tempat lain “bubur lambuk”. Kanji ini di masak pula di perkarangan surau dengan menggunakan kawah.

Saya masih ingat, pada masa itu surau kampung ini adalah bangunan kayu dua tingkat. Di sebelahnya ada bangsal untuk memasak kanji ini. Siapa punya giliran akan datang memasak kanji di surau. Kanji yang dimasak itu penuh sekawah. Si isteri dan anak-anak perempuan yang suaminya punya giliran moreh juga datang ke surau. Mereka menyediakan pecal atau "pencuk”nya. Jadi mulai jam 3.00 petang saja, sudah ramai yang berkumpul di surau. Sambil melihat-lihat orang memasak, keme berbual-bual hingga tak sedar dah nak berbuka...
Selepas asar, kira-kira jam 6.00 petang, satu fenomina lain pula... Anak-anak orang kampung akan datang ke surau berduyun-duyun dengan membawa bekas taperware untuk mengambil kanji. Ada yang bawa taperware besar dan ada yang bawa taperware kecil. Bawa yang besar, kot-kot dapat banyak kanji...
Tetapi sekarang suasana begitu sudah tidak wujud lagi... Orang kampung yang menghidupkan gaya hidup begini sudah arwah. Saya masih ingat, tok saya Hj Pandak leman, tok saudara Hj Saei, Tok Hj Ibrahim, Tok Hj Dollah dan nama-nama yang lain Pak Khairy, Pak Man, Abang Anas, Pak Rashid dan Nyah Latif antara orang-orang penting yang menghidupkan moreh pada masa itu.
Apabila surau itu diruntuhkan dan didiri surau baru, bangunan batu setingkat, ditambah pula dengan kewujudan sekolah Maahad AlMizan di sebelahnya, moreh sebegitu sudah tidak dibuat lagi... Tetapi sebab utama ialah kekurangan orang kampung... Kalau dibuat pun pada malam Jumaat sahaja. Itu pun di bawa dari rumah. Di samping itu wujudnya perubahan budaya iaitu adanya budaya pasar Ramadhan. Orang kampung lebih senang membeli di pasar Ramadhan daripada bersusah-susah menyediakan moreh berbuka puasa.
Saya sekarang berbuka puasa di masjid Jeliang pula... Walaupun ada moreh di sini, tetapi tidak lagi makan kanji. Makanan yang disediakan nasi minyak, nasi ayam, murtabak dan berbagai lagi... Lepas berbuka, tersadai kekenyangan..... Ya Allah.. ampunkan kami!!.

Saturday, August 22, 2009

Lakukan nilai tambah...


Khutbah hari Jumaat di masjid Jeliang hari ini berkisar mengenai kedatangan Ramadhan. Tok Khatib membacakan khutbah yang dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia JAKIM. Antara yang saya ingat ialah kelebihan bulan Ramadhan di banding bulan-bulan lain.


Sebagai manusia kita tidak dapat lari dari melakukan kesalahan dan dosa samada besar atau kecil. Allah SWT mengetahui cara dan kaedah yang sesuai untuk membaik pulih dan mempertingkatkan akhlak manusia. Selari dengan kelemahan mahklukNya itu, maka Allah menawarkan kepada kita bulan Ramadhan yang penuh dengan kelebihan-kelebihan. Bulan Ramadhan ini sebagai bulan khusus untuk membersih dosa dan menerapkan nilai-nilai terpuji dan mulia.


Tok Khatib juga menyeru kita melakukan nilai tambah bagi meningkatkan ketaqwaan di bulan Ramadhan ini. Ada enam perkara boleh dilakukan, tetapi saya tak dapat ingat semuanya...


Selepas solat Jumaat setelah ramai makmum balik, saya pergi ke mimbar dan meneliti teks khutbah tadi. Saya kemudiannya mencatatkan enam perkara nilai tambah yang dicadangkan oleh khutbah itu seperti berikut :


1. Renungkanlah rasa lapar, haus dan dahaga itu adalah gambaran kesusahan di hari akhirat.


2. Memperbanyakkan sedekah kepada fakir miskin dan kasihanilah anak-anak yatim.


3. Memberi makanan berbuka kepada oarang mukmin yang berpuasa.


4. Memperbanyakkan solat sunat Tarawikh dan witir, berzikir kepada Allah dan selawat ke atas Nabi SAW.


5. Mengambil makanan berkhasiat dan halal serta tidak membazir. dan,


6. Merasai di dalam hati perasaan takut dan mengharap rahmat Allah serta redha dengan ketentuanNya.


Semoga kita semua dapat melakukan nilai tambah-nilai tambah di atas di bulan puasa yang akan bermula esok...




“Pendaratan lembut”.....


Dulu kata 2012 sepenuhnya dalam BM …..???

Wednesday, August 19, 2009

Bila anak tidak solat...salah siapa?




Slot Permata Hati – Saya anak Soleh, yang diadakan di waktu kokurikulum hari ini banyak mendatang keinsafan di hati saya. Apabila saya berjumpa beberapa orang guru selepas slot tersebut, mereka juga melahirkan rasa terkejut dan kecewa dengan dapatan soal selidik yang dibuat. Rupa-rupanya ada di kalangan anak-anak didik kita ini, kehidupan mereka tersangat jauh dengan kehidupan beragama biarpun secara rasminya dikatakan beragama Islam.
Sebagai contoh, seorang murid tingkatan 5, dalam tempoh 2 minggu kebelakangan ini mengaku hanya mendirikan solat sebanyak 4 kali sahaja dan membaca Quran sebanyak 1 kali sahaja. Beliau mendiri solat itu pada hari Isnin iaitu solat zohor dan pada hari Jumaat iaitu solat Jumaat di masjid. Solat zohor pada hari Isnin itu adalah amali solat Pendidikan Islam pelajar tingkatan 5 di surau sekolah ini. Manakala membaca Quran satu kali itu rupanya ialah membaca Surah Yassin yang dibuat pada pagi hari Jumaat di sekolah kita. Pada hari-hari lain, mereka tidak langsung mendirikan solat.....Bayangkan jika mereka sudah tidak bersekolah...
Tak usahlah kita saling menyalahkan sesiapa dalam hal ini, dan janganlah kita menjadi seperti nyanyian bangau oh bangau yang tidak berkesudahan mencari salah orang lain. Marilah kita mainkan peranan kita sebagai seorang guru kepada mereka, samada kita guru pendidikan Islam atau guru matematik, nasihatkan mereka setakat kemampuan kita, selitkan rasa takut kepada dosa di dalam hati-hati mereka. sementara kita berkesempatan bersama-sama mereka di sekolah ini. Selamatkan anak-anak didik kita ini dan generasi anak-anaknya yang merupakan generasi bangsa kita juga, walaupun kita bukan ibubapanya....…

Tuesday, August 18, 2009

Dari Allah kita datang, kepada Allah kita kembali...


Hari ini salah seorang sepupu dan jiran terdekat saya, En Abdul Latif b. Saaya, 57 tahun, telah kembali ke RahmatuLlah pada jam 9.50 pagi di Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh. Allahyarham mengalami ”stroke” kira-kira sebulan lepas meninggalkan seorang balu, Pn Aishah bt Hj Abdul Aziz dan 9 orang anak. Jenazah Allahyarham sampai ke rumah dari hospital Ipoh pada jam 1.20 petang dan selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Kampung Jeliang selepas Solat Asar. Semoga Allah mencucuri Rahmat ke atas roh beliau...Al-Fatihah...!!

Program Easy Maths & Speed Science

Pagi-pagi lagi saya memaklumkan kepada semua pelajar dan guru-guru di dataran perhimpunan , bahawa satu program promosi Easy Maths & Speed Science akan diadakan di sekolah kita pada hari ini. Program yang diatur oleh puan pengetua ini adalah anjuran Smart Success Training Consultants dari Bandar Baru Bangi Selangor.
Terdapat dua sesi penerangan iaitu pada jam 9.00 pagi untuk pelajar tingkatan 1, 2 dan 3 manakala pada jam 11.30 pagi untuk pelajar ting. 4 dan 5.
Penerangan dan promosi program ini disampaikan sendiri oleh Pengarah Urusan SSTC iaitu Dr. Abd Malek b Seman. Semasa perbualan saya dengan Dr. Malek ini, beliau menyatakan bahawa beliau adalah bekas guru di MRSM yang bersara awal untuk menumpukan masa kepada consultant motivasi ini. Consultant ini sekarang telah terkenal dan pernah diwar-warkan di rancangan MHI TV3. InsyaAllah pihak sekolah akan memanggil beliau lagi untuk mengadakan program Easy Maths & Speed Science yang sebenar apabila tiba masa yang sesuai……

Pemantauan Pegawai PPD

Hari ini sekolah kita dikunjungi oleh Penolong PPD (Hal Ehwal Murid) Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Kangsar, En. Ejazi b Hj Yahya. Beliau melakukan pemantauan pengurusan akademik serta program 2T2T. Setelah menyemak fail dan dokumen-dokumen berkaitan, beliau juga melakukan pencerapan ke atas seorang guru Pendidikan Islam, Pn Siti Marlina bt Abd Wahab.
Setelah makan tengahari di kantin sekolah, beliau sempat melawat asrama desa sekolah ini. Sebelum balik beliau mengucapkan syabas dan tahniah kerana suasana sekolah ini yang kondusif untuk P&P dan di atas pengurusan akademik yang amat memuaskan hatinya...

Kalau Fasal Makan ….











Sebagaimana yang dijanjikan, hari ini semua guru dan staf sokongan mengadakan kenduri kesyukuran bagi menyambut kedatangan bulan Ramadhan. Kenduri yang dianjurkan secara berkongsi jamuan itu diadakan di bilik guru blok G. Pagi-pagi lagi pelbagai menu masakan dan makanan yang enak-enak dikumpul untuk disajikan secara buffet.
Majlis doa selamat secara ringkas diadakan sebelum jamuan dimulakan pada jam 9.00 pagi lagi. Selepas itu guru-guru dan staf datang bergilir-gilir ke bilik guru blok G untuk menikmati jamuan tersebut. Oleh kerana makanan yang dihidangkan agak banyak dan tersangat enak, ramai guru dan staf yang datang 2 kali menikmati jamuan tersebut… Ehem, kalau fasal makan laa…!
Namun bagi saya, pemuafakatan dan bersatu hatinya warga pendidik dan staf sokongan dalam menjayakan aktiviti ini amat membanggakan…….Dah ada yang cadangkan jamuan hari raya nanti dibuat dengan cara yang serupa!

Tahniah para blogger…

Petang ini saya melayari blog kawan-kawan, dari satu blog ke satu blog. Bukan apa, nak tenguk keberkesanan LaDaP Membina Blog pada 25 Julai tempoh hari!! Saya dapat mengesan hampir 30 blog telah dibina….
Daripada jumlah itu, ada beberapa blog sangat aktif, beberapa lagi aktif dan yang lain setakat post pertama hari itu sahaja.
Saya mengucapkan tahniah kepada blogger-blogger berikut kerana aktif dan sentiasa ada post-post baru..
Azam Kuala Kangsar (http://azamanakfelda.blogspot.com)
Ingat mengingati amalan hidup kita(http://malaikatmaut.blogspot.com)
Ngongen ngongen (http://sharouk1.blogspot.com)
Durrah (http://durrahmelaka.blogspot.com)
Cikgu Nazri (http://cikgunazrimanong.blogspot.com)
Me Myself & I (http://ejamanje86.blogspot.com)
LYNAX (http://lynax.blogspot.com)
Bibi (http://sakinabibishariff.blogspot.com)
D.I.K.S.I.(http://muhaini83.blogspot.com)
Mrs.Samsol (http://sygsemuanya.blogspot.com)
Nurul Iman (http://nezuraothman.blogspot.com)
Mohon maaf jika ada lagi blog yang canggih yang saya tak jumpa. Kepada semua kawan, teruskan usaha ini....Dunia dah berubah!!

Saturday, August 15, 2009

Seminggu Lagi Kita Akan Berpuasa.




Hari ini hari Sabtu 15 Ogos 2009 bersamaan 24 Syaaban 1430H. InsyaAllah pada hari Sabtu hadapan iaitu 22 Ogos 2009 bersamaan 1 Ramadhan 1430H, semua umat Islam akan berpuasa Ramadhan, iaitu satu daripada Rukun-rukun Islam. Kehadiran bulan Ramadhan merupakan satu rahmat daripada ALLAH. Ia merupakan bulan di mana ALLAH melimpahkan pelbagai ganjaran pahala kepada hamba-hamba-NYA.
Oleh itu, tidak hairanlah, orang-orang yang benar-benar beriman dan bertakwa sentiasa menantikan kehadiran bulan Ramadhan ini. Mereka menyambut kedatangannya dengan penuh kegembiraan dan menanggung perasaan yang amat sedih apabila berakhirnya bulan yang penuh berkat ini. Bulan Ramadhan telah dimuliakan oleh ALLAH dengan pelbagai keistimewaan berbanding bulan-bulan Allah yang lain.
Antara keistimewaan yang terdapat pada bulan Ramadhan ialah:
1. Disyariatkan Ibadah Puasa
2. Bulan Diturunkan Al-Quran
3. Pintu Syurga Terbuka Luas
4. Pintu Rahmat (Belas Kasihan Terhadap Hamba-NYA) Terbuka Luas
5. Pintu Langit Terbuka Luas
6. Pintu-Pintu Neraka Tertutup Rapat
7. Syaitan dan Jin Dirantai
8. Pada Bulan Ini Terdapat Lailatul Qadar

Renungan hujung minggu...


Semasa menghadiri suatu kursus di sebuah hotel tidak berapa lama dulu, saya tinggal sebilik dengan seorang penolong kanan SM dari daerah Hilir Perak. Kami berbincang banyak hal. Antara yang menarik kami berbincang tentang kebitaraan (niche) sekolah. Beliau menyatakan kebitaraan sekolah umpama sebuah restoren. Restoren yang terkenal ia mempunyai SATU daya tarikan. Contohnya di Ipoh, ada Restoren Ramli Mee Rebus, di Kuala Kangsar ada Yus Mee Kari dan berhampiran Stadium Perak tu ada Restoren Tasik Raban yang terkenal dengan ikan bakarnya. Pelanggan mengenali dan mengunjungi restoren itu kerana ’special’nya mee rebus, mee kari atau ikan bakar di restoren-restoren itu.
Bagitu juga setiap sekolah mesti mempunyai SATU daya tarikan yang ’special’ yang menunjukkan kegemilangan sekolah tersebut. Katanya lagi, walaupun sekolah kluster , kebitaraannya tak banyak, Mungkin satu atau dua kebitaraan sahaja, yang boleh melonjakkan nama sekolah itu ke peringkat negeri atau negara, misalnya dalam bidang satu-satu mata pelajaran, kepimpinan atau bidang permainan.
Saya terdiam memikirkan ”ceramah” kawan saya itu. Teringatlah saya bidang tugas kita di sekolah..Kalau nak pilih SATU keistimewaan sekolah kita, apakah bidang yang boleh diketengahkan. Apakah ’special’nya sekolah ini? Atau mungkinkah ”restoren” ini menjual makanan dengan menu biasa sahaja? Tak ada satu yang special... Patutlah pelanggannya tak berapa mahu nak datang!! Asyik ponteng sekolah sahaja... Sama-sama kita fikirkan secara positif!!

Friday, August 14, 2009

Jauhkan kami dari bala’ yang Allah!


Pagi hari Jumaat, semua pelajar dan guru-guru Islam sekolah ini mengadakan solat hajat di dataran blok G. Solat hajat yang bermula kira-kira 7.40 pagi itu diimamkan oleh Ustaz Azhari dan bacaan doa oleh Ustaz Meor Nazri.
Permohonan kami agar Allah SWT menghindarkan kami semua warga sekolah, ahli keluarga masing-masing dan seluruh warganegara kita dari wabak H1N1 dan bala’-bala’ yang lain ..............

Wednesday, August 12, 2009

Peperiksaan Di SMKSTA dan Di SM Afghanistan ...




Gambar di sebelah kiri ini ialah suasana peperiksaan percubaan PMR 2009 di sekolah kita... manakala gambar di sebelah kanan ialah suasana peperiksaan di negara Afghanistan ...

Tiada Kes Positif ....







Dalam mengekang penularan wabak H1N1, pihak sekolah pada hari ini menjalankan pemeriksaan suhu badan ke atas semua pelajar.. Pengukuran suhu badan dilakukan oleh guru-guru ke atas semua pelajar selepas perhimpunan dengan menggunakan Thermometer Strip. Hasil pengukuran suhu tersebut, terdapat 172 orang pelajar yang suhu badan mereka 38oC atau lebih. Pihak sekolah kemudiannya menghubungi Klinik Kesihatan Besar Manong dan memohon kerjasama untuk memeriksa pelajar-pelajar tersebut.
Pihak Klinik dan Jabatan Kesihatan Kuala Kangsar telah menghantar ramai kakitangan termasuk doktor perubatan ke sekolah ini. Mereka menjalankan pemeriksaan ke atas pelajar-pelajar di Pusat Sumber di blok C.
Apabila pemeriksaan selesai kira-kira jam 3.30 petang, pihak kesihatan memaklumkan seramai 34 pelajar telah diberi ubat dan cuti rehat, seramai 124 pelajar diberi ubat sahaja, manakala selebihnya 14 pelajar didapati tidak ada kesan demam. Alhamdulillah, mujurlah tak ada kes positif H1N1 ...
Walau pun bagitu, pihak sekolah disarankan agar memantau para pelajar dengan mengambil suhu badan mereka setiap hari.... Terimakasih juga kepada PIBG yang membekalkan mask kepada warga sekolah.....

Tuesday, August 11, 2009

Selawat Syifa' ...


Dalam menghadapi ‘bala’ H1N1 ini, sebagai seorang Islam marilah kita mengamalkan selawat syifa’ seperti di sebelah…
Maknanya:
Ya Allah, berilah rahmat ke atas Penghulu kami, Nabi Muhammad S.A.W. yang dengan berkat Baginda, Engkau menyembuhkan hati-hati, menjadi penawar dan menyihatkan tubuh badan, juga memberi kesembuhan penyakit serta mengurniakan cahaya penglihatan. Kurniakanlah juga rahmat keberkatan dan kesejahteraan ke atas keluarga dan sahabat-sahabat Baginda.

Kongsi Jamuan....


Pada hari ini, Cikgu Abd Rajak selaku Pengerusi Kelab Staf memaklumkan kepada saya bahawa satu majlis jamuan akan diadakan pada hari Isnin depan bersamaan 17 Ogos 2009. Jamuan yang bakal diadakan itu sempena menyambut bulan Ramadhan yang tak berapa lama sahaja lagi. Lagi pun pada tahun lepas jamuan serupa juga diadakan di Makmal Bahasa. Tetapi kali ini nak diadakan di bilik guru Blok G. Jamuan ini dinamakan “kongsi jamuan” kerana menyediakannya secara bergotong royong iaitu setiap orang bawa masing-masing dari rumah. Kemudian dikumpulkan oleh jawatankuasanya dan makan secara “buffet” dalam masa yang ditentukan ikut kesesuaian waktu free guru.
Belum pun sempat cikgu Rajak cerita habis, saya yang pasal makan tak banyak kerenah ni terus SETUJU… cuma nak tanya kenapa hari Isnin tidak hari Jumaat, iaitu hari terakhir persekolahan sebelum cuti dan sehari sebelum puasa Ramadhan?
Jawab cikgu Rajak, “ Cikgu-cikgu pompuan minta hari Isnin sebab mereka nak masaknya pada hari Ahad…
Saya pun kata SETUJU lagi.
Tapi dalam hati berkata, tidakkah nanti mereka bawak yang dah ba ba basi...!!

(Nota : Saya juga setuju ianya diadakan dibilik guru blok G kerana bilik guru tu sekarang ni sudah di”imarakkan” semenjak duamenjak ada wireless ni. Dah ramai guru menginap dan berkunjung di situ apabila free..., terutama para blogger sekelian. )

Cuma jangan lupa ajak semua orang, pengetua, semua guru dan semua staf sokongan ......

Monday, August 10, 2009

Gula oh gula....


Seminggu dua ini hebuh dikatakan bekalan gula telah berkurangan di negara kita. Di kedai runcit di pekan Manong pun penjual hanya menjual 1 kg gula sahaja kepada seseorang pembeli.

Mengapa 2,3 minggu ni bekalan gula sudah tidak ada? Adakah kilang gula sudah ditutup? Ataupun ladang-ladang tebu di Malaysia ni telah habis?

Jika kita masih ingat, peristiwa bekalan gula tiada di pasaran ini berlaku setiap tahun. Ia berlaku dalam waktu yang sama iaitu bila hampir dengan Ramadhan atau dengan musim-musim perayaan di negara ini. Ini kerana permintaan gula adalah tinggi pada waktu-waktu tersebut.

Entahle, teman rasa jika kerajaan naikkan harga gula, semua gula yang menyorok tu keluar belaka...

Pensil Kontot!



Hari ini bermulalah peperiksaan percubaan PMR untuk pelajar-pelajar T3. Pagi-pagi lagi semua pelajar T3 telah berkumpul di dataran blok G. Setiausaha peperiksaan PMR, Cik Suriani bt Sharif memastikan semua pelajar berbaris mengikut kelas masing-masing. Apabila ditanya siapa yang tidak membawa kad pengenalan, maka ramailah yang tidak membawanya. Cikgu itu menegaskan siapa yang tiada KP tidak dibenarkan memasuki peperiksaan, maka kelam kabut lah budak-budak tu.. Mulalah mereka mencari ganti KP seperti kad persekolahan 001 dan sebagainya. Ada yang menalifon ke rumah minta ibubapa hantarkan KP. Biar dirasakan.... sudah diberitahu supaya membawa KP supaya di dalam PMR sebenar nanti tidak lagi terlupa.

Apabila peperiksaan bermula, saya pergi memantau perjalanan peperiksaan. Saya dapati semuanya berjalan dengan lancar. Cuma, cuba perhatikan gambar sebelah kiri dan kanan ini. Sila teka mana pelajar perempuan, mana pelajar lelaki? Haa, betul! Yang banyak pencil dan pen itu pelajar perempuan, dan pensil kontot tu pelajar lelaki.........!!

Sunday, August 9, 2009

Tiada "civic minded" langsung!


Pagi hari Ahad, saya ke stesen bas Medan Gopeng Ipoh kerana menghantar anak menaiki bas balik ke Tanjung Malim. Saya duduk di tempat menunggu. Tiba-tiba datang saudara ini duduk di depan saya. Tengok apa dia buat? Saya jadi tak tahan dan segera bangun. Asap! Asap! Nak di marah nanti lain jadinya…. Saya pergi ke depannya dan ambil gambar ini… Lihatlah … macam tak bersalah langsung. Sedangkan menghisap rokok di tempat awam adalah satu kesalahan yang membahayakan kesihatan orang lain…dan boleh di denda RM500.00. Siapale punya saudare... tiada ”civic minded” langsung!! Atau cikgu sekolahnya tak ajar dia dulu…..

Saturday, August 8, 2009

Bagaimanakah Influenza A (H1N1) merebak?


Virus influenza A (H1N1) berjangkit daripada manusia ke manusia yang lain melalui titisan cecair pernafasan (iaitu ketika bercakap, bersin atau batuk)
Sesiapa sahaja yang berhubung rapat (kira- kira 1 meter) dengan mereka yang mempunyai gejala selesema seperti demam, bersin, batuk, selesema, menggigil, sakit sendi dan lain- lain adalah berisiko untuk terdedah kepada titisan cecair pernafasan yang berjangkit.

Kelas Bahasa Inggeris..



Pagi Sabtu saya ke sekolah. Ada extra-classes Bahasa Inggeris untuk pelajar T3. Alhamdullillah program pemulihan dan pengayaan BI itu berjalan lancar. Saya jalan keliling. Saya dapati kesemua lima kelas sedang tekun belajar. Malangnya bilangan pelajar juga yang KURANG. Banyak kerusi yang lompong. Guru BI yang mengajar ialah Cik Azlina, Cik Haminatushima, Pn. Sakina Bibi, En Saleh dan En. Mohd. Helmi. Terima kasih cikgu-cikgu!!
Apabila kelas tamat, saya minta cikgu Nurul Uyun jumlahkan bilangan pelajar yang hadir. Didapati hanya 70 orang sahaja. Saya congak-congak, jika kesemua mereka sahaja yang lulus BI maka peratus PMR kita tahun ini 70/133 = 52.6% sahaja. Walaupun peratus itu meningkat, tapi tak capai target 70% . Tak capai peratus yang diharapkan oleh JPN iaitu 65%. Tak tahulah teman, cikgu-cikgu sahaja yang risau, sedangkan pelajar T3 nya buat ”noheen” aje..
Nampaknya tahun depan sekolah kita masih ”di bawah paras kemiskinan” lagi. le...!

Friday, August 7, 2009

Pak Haji Di Restoren Ayam Gereng.....



Selepas tamat taklimat sesi petang, saya dan kawan se bilik keluar meronda-ronda di bandar Sungai Petani. Kami singgah di restoren ayam goreng yang terkenal di sini. Bukan restoren KFC tetapi Radix Fried Chicken (RFC) iaitu sebuah restoren ayam goreng milik bumiputera Islam yang pertama di Malaysia. Bila kami masuk, memang terdapat ramai pelanggan terdiri daripada orang-orang Melayu dan juga bangsa-bangsa lain. Restorennya amat menarik macam restoren KFC juga. Semua produk jualannya dari syarikat Radix termasuk cili sosnya, minuman colanya dan lain-lain lagi. Yang saya rasa terkejut sedikit, ramai pelangannya masa itu pak-pak haji. yang berlebai dan berjubah....

Thursday, August 6, 2009

Dari Cinta Sayang Resort...


Assalamualiakum… Dah 2 hari teman tak dapat update blog teman… Rindu bukan main. Di bilik Cinta Sayang Country Golf Resort ini tak dapat asses internet kecuali dekat lobbynya sahaja. Bila dapat peluang petang ni teman terus buka laptop. Tengok-tengok dah bertambah lebih 20 pengunjung. Bukan main lega... Terima kasihle kome... Ini gambor dari tempat duduk teman sedang dengar taklimat...

Wednesday, August 5, 2009

Nisfu Syaaban...

Hari ini hari Rabu bersamaan 14 Syaaban 1430 H. Esok 15 Syaaban adalah Nisfu Syaaban.
Nisfu dlm bahasa arab beerti setengah. Nisfu Syaaban beerti setengah bulan Syaaban. Malam Nisfu Syaaban adalah malam lima-belas Syaaban iaitu siangnya empat-belas haribulan Syaaban.
Menurut para ulamak. Hari nisfu sya'aban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib, (15 Sya'aban bermula pada 14 hb sya'aban sebaik sahaja masuk maghrib)
Walau bagaimana pun ada pendapat menyatakan ianya tidak benar.
Antara amal ibadah di hari Nisfu Sya'aban:
1. Membaca Yasin 3x selepas solat Maghribnya
i) Yasin pertama : mohon dipanjangkan umur untuk beribadat kepada Allah
ii) Yasin kedua : mohon rezeki yang halal untuk beribadat kepada Allah
iii) Yasin ketiga : mohon ditetapkan iman dan Islam & mati di dalam iman
2. Berrpuasa pada siangnya (mulai pagi esoknya-15 Syaaban)
Semoga kita tidak ketinggalan mengamalkan ibadah yang dinyatakan diatas.....

Tuesday, August 4, 2009

Peperiksaan Datang Lagi…….


Minggu depan adalah minggu Peperiksaan Percubaan PMR untuk pelajar T3, dan bagi pelajar tingkatan 1, 2 dan 4. akan menghadapi Ujian Selaras 2. Manakala bagi pelajar T5 pula mereka meneruskan peperiksaan Pra Percubaan yang telah bermula pada minggu ini. Bila menjelangnya musim peperiksaan, berbagai gelagat pelajar sekolah ini akan dilihat… mungkin kerana tak bersedia menghadapi ujian agaknya. Ada yang membaca sampai ke saat akhir, atau tak mahu ke kantin kerana nak membaca lagi. Kalau macam itu okeyle kan? … Tapi yang teman tak gemo nenguknya macam dalam gambor ni… tidoo tengah periksa!!!

Kelas Tambahan Bahasa Inggeris Untuk T3


Mulai hari ini, semua pelajar tingkatan 3, dikehendaki hadir ke kelas tambahan Bahasa Inggeris yang akan diadakan dari jam 2.30 hingga 4.00 petang. Semua guru BI dan dibantu oleh beberapa guru lain telah sukarela mengadakan kelas tambahan tersebut bagi membantu para pelajar bersedia untuk Peperiksaan Percubaan PMR pada minggu hadapan.
Oleh kerana BI dikatakan “killer subject” dalam PMR, maka semua pelajar mesti menyahut cabaran ini dan janganlah ada yang “bodoh sombong” yang tak mahu diajar.
Tambahan lagi pihak PIBG telah bermurah hati menyediakan peruntukan RM1000.00 untuk belanja makan tengah hari semua pelajar tersebut selama 4 hari dalam minggu ini.
Tak tahulah, apa yang harus dibuat lagi untuk membantu pelajar T3 ini, semuanya dah dilakukan… tapi ada juga yang menyorok!

Bulan Jabatan Kemanusiaan Dilancarkan....



Hari ini dilancarkan Sambutan Bulan Jabatan Kemanusiaan 2009. Pelbagai aktiviti dirancang untuk dilaksanakan oleh semua panitia di bawah Jabatan Kemanusiaan sepanjang 3 minggu iaitu sehingga 21 Ogos ini. Aktivti-aktiviti tersebut seperti pertandingan mereka banting (PSV), sepak takraw antara kelas (PJPK), pertandingan permainan tradisional (PSK), Minggu Amalan Murni (Pend. Moral), pameran dan kuiz (Geografi), teka silangkata (Sejarah) dan Edaran Risalah Kelebihan Bulan Syaaban (Pend. Islam)
Menurut GK Kemanusiaan En. Abd Rajak, pelajar-pelajar digalakkan mengambil bahagian di dalam pertandingan-pertandingan yang diadakan supaya dapat menambahkan ilmu pengetahuan
di samping merebut hadiah lumayan yang disediakan. Kelihatan PK Pentadbiran melancarkan gimik perasmian Bulan Jabatan Kemanusiaan ini.....

Pemantauan JPN ke sekolah kita...


Hari ini sekolah kita dipantau oleh seorang pegawai dari Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Perak iaitu En. Ramli b. Hitam. Beliau memeriksa fail-fail Jabatan Kemanusiaan dan fail-fail panitia di bawah jabatan ini. Beliau juga mengadakan perjumpaan dengan kesemua lapan ketua panitia dan memberitahu dapatan beliau dalam pemeriksaan fail-fail tadi. Beliau banyak memberi nasihat dan tunjukajar bagaimana menguruskan panitia masing-masing.
Selain itu En. Ramli juga mencerap pengajaran dan pembelajaran seorang guru Geografi iaitu Pn. S.M. Balila bt Mohd. Yatim. Hasil perbualan beliau dengan saya, beliau berpuashati dengan hasil pemantauan ke sekolah ini dan berharap ianya diteruskan...
Kelihatan En Ramli sedang memberi taklimat kepada semua ketua panitia Jabatan Kemanusiaan.

Monday, August 3, 2009

Selamat Bertugas Di tempat baru En Din....


Sebelah petang tadi diadakan majlis perpisahan dengan En Shaharuddin b Sukatiau yang akan bertukar ke SMK Tuanku Bainun Ipoh. ... Walaupun akan bertukar, diharap hubungan silaturrahim akan berkekalan.
Kalau ada jarum yang patah
Jangan di simpan di dalam peti
Kalau ada silap dan salah,
Jangan disimpan di dalam hati....