Wednesday, September 2, 2009

Masuk Fasa 2….


Hari ini 11 Ramadhan. Bermakna kita telah selesai berpuasa selama 10 hari atau satu per tiga daripada bulan Ramadhan.
Rasulullah SAW pernah bersabda, bermaksud: ”Ramadhan, awalnya rahmat, pertengahannya keampunan dan akhirnya dijauhkan daripada api neraka”.
Berdasarkan hadis itu, kita sekarang dah masuk pula ke dalam fasa pertengahan iaitu fasa bulan ramadhan sebagai bulan keampunan.
Memang bagitu banyak keistimewaan bulan ini ditawarkan oleh Allah SWT kepada kita. Jadi marilah kita sama-sama memohon keampunan ke hadrat Allah SWT terhadap segala dosa-dosa kita samada kita sedari atau tidak sedari.
Teruskan memperbanyakkan ibadah termasuklah solat terawih. Ingatlah doa di antara selang 4 rokaat solat terawih yang bermaksud, ” Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun, dan Engkau suka mengampuni, maka ampunilah dosa-dosaku, dosa-dosa kedua ibubapaku, dan dosa-dosa orang Islam lelaki dan orang Islam perempuan, orang mukmin lelaki dan orang mukmin perempuan, dengan rahmatMu wahai Tuhan yang memberi rahmat”. Amin.

3 comments:

  1. Salam,
    We are moving to mid and end of Ramadan where a lot of barakah is.

    ReplyDelete
  2. fasa 2 ni jamaah terawikh kurang hampir 1 saf, lagu2 raya mula berkumandang, kedai2 mula ramai orang shopping, kat TV & radio asyik sembang psl raya..

    ReplyDelete
  3. Salam,
    That's why they do not know the real meaning of Ramadan.

    ReplyDelete