Thursday, September 10, 2009
09.09.09....
Hari ini 9 September 2009. Tarikh ini ditulis sebagai 09.09.09. Satu angka yang menarik dan kerana itu ramailah orang mengatakan ia tarikh yang bertuah. Di dalam berita TV ditunjukkan beratus-ratus orang Cina di Ipoh, Penang dan Johor Bharu yang melangsungkan perkahwinan mereka pada hari ini. Difahamkan orang-orang Cina percaya perkahwinan pada tarikh ini akan membawa “bahagia sampai bila-bila”.
Apakah betul hari ini membawa bahagia atau tuah? Bolehkah kita sebagai umat Islam mempercayainya.
Saya teringat pada tarikh yang serupa begini, iaitu tanggal 3 Mac 2003 atau 03.03.03 seorang artis terkenal melangsungkan perkahwinan. Dikatakan majlis perkahwinan itu sebagai “Wedding of the Year” tetapi tidak membawa apa-apa makna kerana rumahtangga yang dibina itu telah hancur berkecai tak sampai dua tahun selepas tarikh tersebut apabila pasangan itu bercerai.
.
Begitu juga seorang bekas anak murid saya sendiri yang belajar di sekolah ini awal tahun 2000 dulu, pernah menjemput saya ke kenduri pertunangannya pada tarikh 07.07.07 dan dikatakan majlis perkahwinannya akan dilangsungkan pada 08.08.08. Tetapi tak lama selepas tarikh pertunangannya, saya mendapat kad jemputan perkahwinan beliau dan perkahwinan itu tidak jadi pada 08.08.08. Saya bertanya kenapa majlis itu dipercepatkan. Dengan cara bergurau bapa kepada murid saya ini memberitahu saya. “deme dah tak tahan dah…!”
Maksud Hadis RasuluLlah SAW, “Tiada jangkitan, tiada sialan, tiada sial pada burung hantu, tiada sial pada bulan Safar dan larilah dari kusta seperti lari kerana takutkan singa.(H. Bukhari)”.
Hadis ini membawa maksud kita tidak boleh mempercayai terdapat sesuatu masa atau sebagainya yang mambawa tuah atau membawa sial kepada sesaorang. Semuanya itu adalah ditentukan oleh Allah SWT mengikut ketentuan Qada’ dan QadarNya.
Nota: Gambar ‘pengantin’ di atas tidak pula pengantin yang berkahwin pada hari ini....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
saya setuju.. tarikh hanya sekadar nombor untuk menunjukkan pengiraan hari.. selalunya budaya orang bukan islam yang percaya semua perkara karut, tahyul dan tuah ni.. Nabi Muhammad s.a.w. sendiri pun tak pernah menjadikan perkara2 tersebut sbg rujukan dalam membuat keputusan. wallahua'lam..
ReplyDelete