Thursday, February 11, 2010

Ba bai Ngongen Ngonyen







Hari ini hari terakhir cikgu Sharipuddin b Jaafar berkhidmat di sekolah saya. Beliau mendapat surat pertukaran beberapa hari lepas ke sebuah sekolah menengah di Kuala Kangsar. Pertukaran beliau dikatakan untuk kepentingan perkhidmatan kerana beliau nak ditugaskan melatihkan pelajar projek takraw daerah Kuala Kangsar. Pagi tadi cikgu Sharipuddin berucap di hadapan pelajar dan guru di sini buat kali terakhir.

Saya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas jasa dan sumbangan beliau semasa berada di sekolah saya selama 3 tahun 1 bulan. Beliau mula bertugas di sini pada 1 Januari 2007.

Semoga persahabatan berjalan seperti biasa. Biarlah berjauhan tempat bertugas, namun hubungan silatulrahim diteruskan sampai bila-bila. Ngonyen-ngoyen boleh jadi penghubung....
.

2 comments:

  1. Cinta ku tersemi di SMKSTAr
    Ku bawa juga kemana rasa itu
    Kerana warganya ada ceria
    Dalam mengharung gundah gulana

    Alam ini bukan luas
    Untuk bertemu kesekian kali
    Jika tidak di alam fizik kita temu jua di alam maya.

    ReplyDelete
  2. Terima kasih Cikgu Zuhairi
    Pada saya walaupun cikgu seorang Penolong kanan Pentadbiran tetapi yang lebig terasa di hati saya ialah seorang rakan. Terima kasih untuk itu.

    ReplyDelete