Saturday, February 13, 2010

"Program Mentor-mentee"


Hari Jumaat semalam bermulalah perjumpaan mentor-mentee untuk tahun 2010. Tahun-tahun sebelum ini program begini tak pernah menjadi satu aktiviti "perdana" yang melibatkan semua guru dan pelajar. Kalau ada pun, ianya hanya anjuran Guru Bimbingan dan Kaunseling melibatkan kelompok kecil atau pun kumpulan murid-murid tegar disiplin sahaja.


Dengan keputusan yang dibuat di peringkat pentadbiran sekolah pada awal tahun dulu, alhamduliLlah program yang disusun dengan begitu kemas telahpun dapat dilaksanakan untuk kali pertamanya pada pagi semalam dengan jayanya. Walaupun masa yang diperuntukkan cuma 30 minit setiap kali perjumpaan, namun semua guru dan pelajar bersetuju ianya satu program yang sangat berfaedah kepada pembentukan akhlak pelajar. Perjumpaan kedua dijadualkan pertengahan bulan Mac nanti.


Di dalam program ini, semua guru yang dilantik menjadi mentor diberi kira-kira 10 hingga 15 pelajar sebagai menteenya. Setiap perjumpaan yang diadakan akan dibekalkan dengan modul untuk dibincang dan dilaksanakan. Unit Bimbingan Kaunseling dan panitia Pendidikan Islam diberi tanggungjawab menyediakan modul-modul ini secara bergilir-gilir. Program ini juga melibatkan semua pelajar samada pelajar Islam atau pelajar bukan Islam tanpa pengecualian.


Adalah diharapkan, usaha bimbingan ala-mentor-mentee ini akan berterusan dan memberi impak yang amat berkesan dalam mengekang permasalahan disiplin pelajar. Hanya pelajar yang bersahsiah tinggi mampu mengikuti pengajaran dan pembelajaran yang berkesan serta menyahut cabaran visi dan misi sekolah...



11 comments:

  1. Awok kot mento melalui sms je kot ato yang melawat laman blog awok.

    ReplyDelete
  2. SALAM...cIKGU BOLEH KITA BERKONGSI ILMU. SAYA NAK BANTUan CIKGU UTK SAYA DAPATKAN MODUL MENTOR MENTE DR CIKGU JALANKAN. LAYARI SAYA DI http://abdulrasidi.blogspot.com

    ReplyDelete
  3. salam...cikgu...bole tak minta contoh buku modul program mentor mentee....email saya anirach_amoi@yahoo.com

    ReplyDelete
  4. salam cikgu... sy ingin memohon contoh program dan modul mentor mentee email saya...putriku_aishah@yahoo.com
    terima kasih

    ReplyDelete
  5. salam...cikgu...bole tak minta contoh buku modul program mentor mentee....email saya anna_mantap@yahoo.com

    ReplyDelete
  6. salam cikgu... sy juga ingin memohon contoh program dan modul mentor mentee email saya...mimhaa@yahoo.com

    ReplyDelete
  7. slm cg..sy memohon jasa baik cg utk emailkan sy contoh modul utk kegunaan prgrm mentor mentee sklh sy. hasrolizam@hotmail.com

    ReplyDelete
  8. salam cikgu, mohon jasa baik cikgu utk berkongsi modul mentor mentee bg rujukan sy utk pihak institusi saya.. email pada daliela@psa.edu.my... jasa baik cikgu amat dihargai. syukran

    ReplyDelete
  9. assalam cikgu...saya student dari UTeM..kami berminat nk melakukan program spt ni..sekiranya tidak keberatan, blh x tlg sent kertas kerja dan modul yg digunakan ke emel saya alif_marco@yahoo.com.my

    trima kasih

    ReplyDelete
  10. salam cikgu..mohon jasa baik cikgu utk emailkan saya modul mentor mentee utk program mentor mentee sekolah.. imelda_wawa87@yahoo.com

    trima kasih banyak2..

    ReplyDelete
  11. ASSALAMUALAIKUM...SAYA GURU KAUNSELING SEPENUH MASA DI SEKOLAH MENENGAH DI SELANGOR. MOHON JASA BAIK CIKGU UNTUK SAYA BERKONGSI MODUL PROGRAM MENTOR MANTEE DARI SEKOLAH CIKGU SEBAGAI PENAMBAHBAIKKAN AKTIVITI YANG SEDIA ADA..

    JIKA CIKGU SUDI BERKONGSI, DIHARAP DAPATLAH KIRANYA CIKGU EMAIL KEPADA SAYA.
    leezahafiz@gmail.com

    TERIMA KASIH.

    ReplyDelete