Saya pernah mencatatkan di blog ini tentang operasi Mat Rempit berlumba di jalan raya di depan rumah saya ini. Malam tadi sekali lagi mereka beroperasi menjadikan jalan raya sebagai litar menunjukkan kehebatan memperagakan berbagai aksi merbahaya.
Kira-kira jam 9.30 malam tadi, ketika saya balik dari masjid kerana ada majlis pengajian ilmu, saya berselisih dengan mereka. 3 buah motosikal ditunggangi 3 pemuda meluncur laju dan membahayakan pengguna lain. Saya rasa motosikal yang digunakan mereka jenis RXZ dan bukan kap-cai kerana ia ber-c.c. besar dan bunyinya lebih kuat.
Ketika saya hendak menutup pintu pagar pada jam 9.35 malam, sekali lagi budak muda ini melalui jalan raya di depan saya. Malahan mereka berhenti betul-betul di hadapan saya. Bunyi druman yang kuat yang sengaja diada-adakan amat menyakitkan hati saya. Rupanya mereka mengambil tempat permulaan, atau "START" di depan rumah saya dan kemudian terus meluncur laju dengan aksi yang merbahayakan. Saya nampak seorang daripada mereka menunjukkan aksi menerap di atas motosikalnya.
Terpacul perkataan di mulut saya, "jatuhlah hendaknya! Nanti kamu tahulah tinggi rendahnya dunia ini.." Saya masuk ke rumah dan menutup pintu serta lampu pagar. Di dalam rumah ini jika semua tingkap dan pintu tertutup, apa yang berlaku di luar tidak akan kedengaran lagi...
Subuh tadi saya ke surau dan adik saya menceritakan satu kemalangan melibatkan mat rempit dengan sebuah kereta di kampung saya kira-kira jam 9.45 malam. Budak muda yang terlibat dengan kemalangan itu telah dibawa ke hospital dan keadaannya parah. Manakala pemandu kereta tiada apa-apa.. cuma kereta rosak teruk.. Katanya, motosikal itu tidak berlampu!
Betapa mahal untuk mengerti makna 'keselamatan diri.... sampai patah liuk barulah mereka faham erti yang disebut-sebut sebagai menunggang dengan berkhemah!, Biar lambat asal selamat! Pandu cermat di jalan raya! dan Jangan Merempit!
Apa khabar budak itu sekarang saya tak pasti... Dengar khabar telah di bawa ke hospital Ipoh. Harap-harap ia tidaklah menyusahkan ibubapanya...
.
No comments:
Post a Comment