Dalam tempoh hampir 2 minggu ketiadaan tuan pengetua, hampir setiap hari saya didatangi oleh beberapa orang ibubapa penjaga kerana masalah ponteng anak-anak mereka ke sekolah. Mereka datang berjumpa pentabir sekolah kerana menerima panggilan surat daripada PK HEM atau Guru Tingkatan supaya berbincang masalah ponteng berkenaan.
Ada beberapa jenis ibubapa yang datang ini. Ada yang datang memberitahu yang anaknya tidak hadir ke sekolah hanya duduk di rumah sahaja. “Anak saya tak ke mana-mana”, katanya. Kalau ikutkan hati, malas nak melayan hujah ibubapa begini. Kalau dah tahu anak tu tak mahu ke sekolah, suruhlah dia pergi… Hantarlah dia ke sekolah jika tiada kenderaan. Bukankah tugas anak mereka ke sekolah? Paksalah mereka jika masih tak mahu. Bukankah budak tu anak mike?
Jenis yang kedua, ibubapa memberi tahu mereka memang tak tahu anak tak sekolah. Waktu pagi anaknya keluar rumah berpakaian sekolah, tetapi tak sampai ke sekolah, menyimpang ke dangau-dangau durian atau ke lata-lata sungai menyorok dan sebagainya. Jenis ini seronoklah sikit berbincang dengan ibubapa. Mereka akan menyebelahi guru. Tidak menyebelahai anak-anak. Ada satu kes hari semalam, bapanya mengatakan jika anaknya ponteng lagi, dia sendiri akan datang ke sekolah dan merotan anaknya di depan khalayak ramai… Saya hanya hek..hek sahaja. Pucat dan kecut muka anaknya tu…
Jenis yang lagi satu, ibubapa yang datang tu, “marah”kan anaknya di depan kita. Tak tahu lah marah ke apa?, tetapi dia pula menunjukkan “kepandaiannya” memberi ‘lecture’ di depan saya. Dia akan bercakap apa yang dia dah buat kepada anaknya… tetapi anaknya masih degil dan tak dengar kata. Macam-macam lagi lah…bla, bla… sehingakan saya dengan sabar mendengar hujjahnya. Mengganggu betul, Banyak kerja lain yang saya terbengkalai dek mendengar syarahannya. Di dalam hati saya berkata, ” Kalau lah lectue anak, lecturelah di rumah!!!
Jenis yang keempat, jenis anak-anak yang ’bermasalah keluarga’ Anak yang ibubapanya bercerai berai. Mula-mulanya ibu yang datang, lepas tu si bapa pulak yang datang. Masa si ibu, datang, dia asyik menyalahkan si ”apak”nya.. kata macam-macam... saya hanya terkebil-kebil mendengar. Lepas tu si ”apak” pulak datang dengan ”mem” barunya, Dia kata anaknya jadi begini kerana maknya terlalu memanjakan sangat anaknya itu dan berbagai-bagai lagi.....
Letih saya mendengarnya.... Memanglah saya tak boleh jadi guru kaunselor atau HEM yang sanggup mendengar, mendegar dan mendengar...
Walau apa pun, setakat ini saya cubalah menjalankan tugas ini sebaik-baiknya....

Gambar hiasan - ponteng sekolah
bila ada ibubapa kepada pelajar yang bermasalah datang ke sekolah..itu sudah cukup menunjukkan mereka ambil berat anak masing2...bairpun hanya sengeh depan guru2..krn malu prangai anak2
ReplyDelete