Tuesday, February 9, 2010

Tak serik-serik...

Malam ini dalam berita TV menyebut bilangan kematian dalam Op Sikap Tahun Baru Cina hari kedua seramai 13 orang. Semalam hari pertama Op Sikap bilangan kematian seramai 9 orang. Majoriti yang meninggal itu adalah penunggang dan pembonceng motosikal.

Malam ini di jalanraya di depan rumah saya berdrom-drom bunyi mat rempit sedang berlumba ke hulu, kemudian ke hilir, macam dekat Litar Sepang pulak lagaknya...

Kita pun naik muak dengan anak muda sekarang ini. Tak sayangkan nyawa langsung. Bukankah berita-berita TV tentang Op Sikap dan bilangan kemalangan itu sepatutnya menjadi iktibar. Ini semakin ada berita tersebut, semakin banyak operasi mat rempit. Kalau kemalangan berlaku dan penunggangnya terus ke 'liang lahat' mungkin mudah urusannya. Tetapi sekiranya patah tulang atau lumpuh, siapakah yang susah? Yalah...mereka dan keluarga mereka ... Kemalangan ini kemalangan yang dicari...lainlah jika sudah ditakdirkan...


Cubalah ikut macam sahabat kita ni, menunggang dengan penuh berkhemat...
Apa perlu laju-laju!

Yang ni pun menunggang macam biasa aje... kan lebih selamat!



1 comment:

  1. steady aje ok la..jgna steady eja..hahaha..cni bnyak beruk..keliling umah jer

    ReplyDelete