Saturday, February 13, 2010

Musim Sukan Sekolah

Sekarang ini sekolah-sekolah sedang sibuk mengadakan Kejohanan Olahraga Tahunan atau lebih sering disebut Sukan Sekolah sahaja. Sekolah saya sendiri akan mengadakan sukannya pada 25 Februari nanti. Untuk itu hampir setiap petang, pelajar-pelajar dan guru-guru berada di padang menjalani pelbagai latihan seperti sukantara, acara saringan dan latihan perbarisan.

Itulah indahnya zaman menjadi seorang pelajar. Kesemua ini akan menjadi kenangan apabila telah tamat persekolahan nanti. Pada masa itu, kenangan berlatih di padang yang panas terik, ditengking guru semasa latihan kawat dan sebagainya akan membuatkan diri tersenyum mengenangkan zaman persekolahan dulu. Kalau difikir-fikirkan semua pengalaman dan pengajaran dari aktiviti sukan di sekolah ini sangat mahal harganya. Ia tidak boleh dibeli dengan wang jutaan ringgit.


Kelihatan pelajar menjalani latihan perbarisan sukan pada petang Rabu.


Lihatlah betapa pengalaman begini sukar untuk didapati melainkan di sekolah sahaja.



Temasya Sukan di SK Manong pada petang Khamis - saya hadir sebagai mewakili tuan pengetua.

No comments:

Post a Comment