Oleh kerana tuan pengetua masih di dalam cuti sakit, saya telah mengiringi YB semasa majlis perasmian, majlis penyampaian hadiah, majlis jamuan ringan dan sehinggalah beliau meninggalkan temasya olahraga tersebut. Yang menariknya, YB dan para tetamu undangan telah sudi memakai baju T serupa dengan yang dipakai oleh guru-guru.
Saya turut diberi penghormatan melancarkan penutupan rasmi kejohanan olahraga yang bewarna warni itu.
Di sini disertakan beberapa keping gambar yang sempat saya ambil di kejohanan olahraga tersebut:
Sebelah kiri pertandingan menghias rumah sukan dan sebelah kanan papan kedudukan markah.. Rumah Temenggung (kuning) johan keseluruhan. Dikhabarkan rumah ini menjadi johan kali terakhir pada tahun 1986 dulu...
Pertandingan akhir tarikh tali menggamatkan padang kejohanan...
Tak merasa aye meraikan sokan sekaligus melenyapkan 24 tahun penantian Temenggong.
ReplyDeleteatenye..udoh mcm ayer jugek cikgu saifuddin membahasekan dirinye ayer..kehkeh
ReplyDelete