Tuesday, February 16, 2010

Kan lebih baik berjemaah..!

Kalau kita singgah di R&R lebuhraya PLUS, kita dapati surau-surau yang disediakan akan dipenuhi oleh orang ramai apabila masuk waktu solat. Alhamdulillah....itulah istimewanya negara kita Malaysia, kemudahan 'first class' yang disediakan ini adalah amat baik untuk rakyatnya khusus bagi orang-orang Islam. Surau-surau ini dapat digunakan oleh pengguna lebuhraya untuk bersolat waktu ketika perjalanan.

Tetapi jika kita rajin memerhatikan para pengguna lebuhraya yang bersolat di surau-surau ini, mereka bersolat secara bersendirian sahaja. Mereka tak berjemaah sedangkan orang yang bersolat di situ agak ramai. Masing-masing mengambil sejadah dan bersolat secara bersendirian. Kadang-kadang itu mereka berdiri agak rapat satu sama lain kerana orang ramai dan bersempit-sempit. Mungkin ada yang mengatakan, mereka dah mendirikan solat itu pun dah bagus, jika kita bandingkan dengan pengguna lain yang tak bersolat.

Ada beberapa perkara yang boleh kita simpulkan kenapa mereka tidak solat berjemaah. Kalau nak solat secara jamak qasar pun lebih baik mendirikannya secara berjamaah. Memang hampir semua yang singgah solat itu memandu lebih dua marhalah ( 93 km) yang membolehkan mereka bersolat secara jamak atau qasar atau kedua-duanya.

Pada fikiran saya antara sebab yang utama ialah kerana kurangnya pengetahuan tentang kelebihan solat berjamaah. Sedangkan kita diajar fadhilat solat berjemaah amat besar sekali berbanding dengan solat bersendirian.

Sabda Nabi s.a.w yang bermaksud:
Solat berjemaah melebihi solat bersendirian dengan 27 darjat (atau 27 kali ganda). (Hadith riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Alangkah ruginya jika kita hanya solat bersendirian. Kalau kita berjemaah tentulah ganjaran pahalanya lebih banyak sebagaimana dinyatakan di dalam hadith tadi. Mungkin selepas solat itu bolehlah bertegur sapa dan bersalam-salaman sesama sebangsa seagama.

Nampaknya para guru, ustaz, alim ulamak dan pemimpin agama di negara kita kenalah kerja kuat menerangkan kelebihan solat berjemaah ini. Pihak PLUS pula mungkin boleh letak poster kelebihan solat berjamaah di surau-surau R&R itu... Kepada para pengguna surau tersebut, eloklah tunggu sekejap dan tanya-tanyalah pengguna lain jika mereka mahu berjemaah sama... kan baik... tak gitu?


.

1 comment:

  1. Salam,
    Good advice,Cikgu Zuhairi. Muslims do not see the benefits of Jamaah prayers that's why they prefer "mind your own business".Some religious leaders are already splitting the ummah so that's why this thing prevails ...

    ReplyDelete