Yang menjadi masalah apabila latihan sukan pada jam 3.00 petang. Panasnya perit sungguh. Kesian saya melihat para pelajar dan guru-guru berpanas melaksanakan aktiviti tersebut. Petang semalam saya turut turun ke padang, mak oi.. nak buka mata pun macam tak boleh, peritnya panas. Jadi saya pakai cermin mata hitam baru boleh buka sikit...
Bila dah panas begini, dah mula pula saranan dari sesetengah pihak agar aktiviti sukan di sekolah-sekolah dilaksanakan pada pertengahan tahun iaitu di bulan Jun atau Julai kerana masa itu cuaca tidak panas.
Eh, eh... kalau bulan Jun baru nak diadakan sukan, tentulah nanti akan menggangu pelajar yang akan menghadapi peperiksaan awam bulan September... Agak kome ni sabo lah sikit, .... macam suatu masa dulu, bila pada hujung tahun selalu hujan dan kerap berlaku banjir, maka tarikh peperiksaan awam dicepatkan... sesi pesekolahan pun terpaksa dipercepatkan. Ia bermula bukan lagi pada bulan Januari, tetapi bulan Disember..
Yang penting, kita bersabarlah menerima sedikit ujian dari Allah SWT ini... jangan sampai terkeluar kata-kata marahkan Tuhan kerana cuaca panas... Di "sana" nanti lagi panas........
Lihatlah para peserta dan pegawai sukan berkumpul di tempat di mana ada payung....
No comments:
Post a Comment