Sekolah ini selalu bernasib baik. Tahun ini pihak Risda Kuala Kangsar memilih 40 pelajar sekolah ini untuk mengikuti tuisyen Desa. Tuisyen ini dijalankan mulai bulan Februari hingga November iaitu selama 10 bulan. Pihak sekolah dan Risda telah bersetuju kelas tuisyen ini dilaksanakan pada sebelah malam hari bagi mengelakkan pertindihan dengan aktiviti sekolah yang lain.
Majlis pelancaran tuisyen ini telah dijalankan pada hari Jumaat 29 Januari lepas. Dan kelas tuisyennya bermula pada malam ini. Saya ke sekolah malam ini bagi menyusun kelas dan menasihati para pelajar bagi menjaga tingkah laku dan keselamatan semasa hadir dan balik dari tuisyen.
Diharapkan para pelajar yang dipilih di kalangan anak-anak pekebuh kecil ini tidak degil dan sentiasa mendengar nasihat yang saya berikan....
Harap gitu le deme jangan ngelewor lepahs tusyen doh le
ReplyDelete