Tuesday, February 23, 2010

Bolehkah siap?





Jika sesiapa datang ke sekolah kita, mereka akan melihat kerja-kerja menyiapkan bangunan dewan besar sedang rancak dijalankan. Kepada mereka, tak lama lagi akan siaplah dewan itu. Tetapi bagi kita warga sekolah ini, entahlah, kadang-kadang malas nak membincangkan soal dewan ini kerana ia projek terbengkalai yang telah lama sangat 'sakit'nya.


Projek pembinaan dewan besar yang bernilai RM1.7 juta itu telah bermula pada Ogos 2007 sepatutnya siap pada Ogos 2008 yang lalu. Namun ia telah terbengkalai setelah siap kira-kira 70 persen sahaja. Sekarang pihak JKR terpaksa me"retender' semula projek itu dan kontraktor yang baru diberi masa selama 5 bulan mulai November 2009 sehingga Mac 2010 untuk menyiapkan bangunan yang dinanti-nantikan oleh warga sekolah ini dan juga masyarakat di Manong keseluruhannya.


Memandangkan masa yang tinggal hanya kira-kira 5 minggu sahaja lagi sebelum tarikh siapnya 30 Mac 2010, persoalan bolehkah ianya disiapkan dalam tempoh itu mula timbul di kepala.....

.

1 comment:

  1. Insyallah siap tapi bile entoh le. Boleh kume balun lawan badminton dengan SMBM tetapi kamu kat demem jangan ajak group A, ajak group B sahaja. Kale tak mau nongggeng.

    ReplyDelete