Sempena dengan Maulidur Rasul kali ini, saya mengajak diri saya dan kita semua mengambil satu pengajaran yang patut diamalkan iaitu mengucapkan selawat ke atas Junjungan Nabi S.A.W.
Sebenarnya semasa kita menunaikan solat wajib lima waktu setiap hari, paling minimum kita akan berselawat ke atas Nabi S.A.W sebanyak 5 kali iaitu pada tashahud akhir atau pun 9 kali pada tashahud awal dan akhir.
Saya nak membicarakan selawat ke atas Nabi di luar solat. Selawat di luar solat ini hukumnya adalah sangat digalakkan. Mereka yang tidak berselawat adalah tidak berdosa asalkan mereka tidak ingkar dengan perintah Nabi, tetapi mereka ini merupakan manusia-manusia malas yang sangat bakhil.
Dari Hussein ra. bin Ali ra. bin Abi Thalib bahawa Nabi S.A.W bersabda : maksudnya
“Orang yang bakhil adalah mereka yang di sebutkan namaku disisinya akan tetapi tidak berselawat diatasKu” [Hadith Riwayat al-Tirmudzi].
“Orang yang bakhil adalah mereka yang di sebutkan namaku disisinya akan tetapi tidak berselawat diatasKu” [Hadith Riwayat al-Tirmudzi].
Nabi S.A.W. mensifatkan orang-orang seperti ini merupakan orang yang bakhil, sombong dan sudah tentunya rugi. Ganjaran pahala berselawat keatas Nabi sangat besar.
Dari Abu Hurairah ra. bahawa Nabi S.A.W bersabda, maksudnya:
“Barangsiapa yang berselawat keatasKu 1 kali, Allah akan berselawat keatasnya 10 kali” [hadith riwayat Muslim].
Dari Abu Hurairah ra. bahawa Nabi S.A.W bersabda, maksudnya:
“Barangsiapa yang berselawat keatasKu 1 kali, Allah akan berselawat keatasnya 10 kali” [hadith riwayat Muslim].
Malaikat pun diperintahkan berselawat keatas Nabi. Orang-orang yang mengaku beriman kepada Allah S.W.T. juga diperintahkan berselawat keatas Nabi S.A.W. sebagaimana firman Allah S.W.T:-
“Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad s.a.w); wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya. ” [surah al-Ahzab : 56]

Umat Islam dianjurkan berselawat keatas Nabi di dalam pelbagai tempat. Antaranya yang disyariatkan ialah didalam tashahud dalam solat, di dalam Khutbah, ucapan dan Do’a, istighfar, selepas Azan, ketika masuk -masjid, dan ketika keluar darinya.
Amalan berselawat keatas Nabi merupakan salah satu keadah bagi mendapatkan syafaat baginda pada hari Qiamat kelak! Dari Ibn Mas’ud ra., telah bersabda Nabi :-
“Manusia yang terutama disisiku pada hari Kiamat adalah yang paling banyak berselawat keatasKu” [Hadith Riwayat Ibn Hibban, al-Tirmudzi].

Kesimpulannya – Mulai dari sekarang marilah kita membanyakkan berselawat ke atas Junjungan Nabi S.A.W. supaya kita tidak menjadi orang yang bakhil dan orang-orang rugi di dunia dan di akhirat. Mungkin satu pengajaran yang kita dapat sempena Maulidur Rasul kali ini lebih bermakna jika kita amalkan daripada mendapat banyak kisah teladan yang lain yang masuk telinga kanan keluar telinga kiri. .........