Sunday, May 2, 2010

Dari Allah kita datang, Kepada Allah kita kembali.




Hari ini, seluruh warga SMKSTA besedih dengan kembalinya ke RahmatuLlah cikgu Mohd. Norazam pada kira-kira jam 11.00 malam tadi. Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di wad 3C Hospital Tuanku Bainun Ipoh setelah dimasukkan ke hospital tersebut sejak malam Selasa yang lepas. Hanya 5 hari sahaja beliau di hospital tersebut apabila mengalami demam yang agak kuat. Sesungguhnya saya tidak menyangka langsung Azam akan meninggalkan kita buat selama-lamanya dalam umur baru 40 tahun, namun itulah ketentuan Allah SWT. Dalam sejarah perkhidmatannya, beliau hanya bertugas di sebuah sekolah sahaja iaitu SMK Sultan Tajul Ariffin iaitu mulai 3 Julai 2000. .

Norazam meninggalkan bukan sahaja ramai kenalan di kalangan guru-guru, namun ratusan murid-muridnya turut bersedih di atas pemergian beliau. Norazam meninggalkan seorang isteri dan lima orang anak yang berumur antara 2 setengah tahun hingga 13 tahun. Beliau merupakan seorang guru yang sangat rajin dan komited dengan tugas yang diberikan kepadanya. Lantaran itu beliau dilantik sebagai Guru Cemerlang Matematik mulai Jun 2008.

Hari ini ratusan warga pendidik dari daerah Kuala Kangsar beramai-ramai menziarahi beliau di rumah arwah bapanya di Felda Lasah. Ratusan orang ramai juga turut menyembahyangkan jenazah beliau di masjid kampung berkenaan. Semoga Allah SWT mencucuri Rahmat ke atas roh Mohd Norazam dan meletakkannya bersama-sama orang-orang yang beriman, Amin!








Al-Fatihah!............................................................................................................................

7 comments:

  1. Assalamualaikum!. Saya baru saja dapat tahu berita ni tgh hari ni kerana baru aje balik dr medan. Sempat berbual dgn arwah malam sebelum dia ke Cameron Highlands utk Kem Pengawas. Arwah antara sahabat yg selalu bertanya khabar. Banyak membantu saya dlm program2 disiplin dan asrama. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama-sama orang yang beriman. Amin!

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum..kerana arwah saya buka blog...masa tu semua org gila blog..lepas tu,saya tinggalkan dunia blog..saya rasa lepas ni saya akan teruskan dengan blog ini sebab arwah yang banyak bantu utk bina blog sendiri..Al-Fatihah..

    ReplyDelete
  3. Anak murid merangkap rakan kerja. hanya doa semoga beliau ditempatkan di kalangan orang yang soleh

    ReplyDelete
  4. walaupun baru lebih kurang setahun mengenali namun dapat mengerti erti keikhlasan persahabatan daripadanya ...alfatihah

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. Al-Fatihah untuk arwah..masa saya sekolah dulu cikgu azam balum ngajar kat sini, tapi kenal dia melalui adik-adik dan dunia blogger. Nice guy, blog saya jadi cantik b'coz tutorial yang dia beri. Semoga arwah ditempatkan di kalangan hamba Allah yang soleh...amin

    ReplyDelete
  7. salam.pemergian arwah amat sukar utk dihadapi tapi saya redha..apatah lagi berada jauh di melaka tanpa sempat melawat beliau.sesungguhnya Allah amat mngasihi arwah..kami sekepala..bsama geng2 lain,hazlina,cgsakina,cg che mah n cg mimi..segala gurauan 'kasar' kami masih terngiang2 di kepala.sahabat yg byk mberi nasihat & tnjuk ajar..tiada pengganti..smoga arwah ditempatkn bsama org2 yg soleh..amin.-cg durrah

    ReplyDelete