Pada petang Selasa, ramai guru dari sekolah ini telah menziarahi beliau termasuk tn. pengetua sendiri. Esoknya pagi Rabu, pada jam 7.30 pagi di waktu perhimpunan pagi, semua guru dan pelajar Islam sekolah ini telah berkumpul di dataran G dan membaca Surah Yassin memohon agar Allah SWT menyembuhkan penyakit beliau. Pada pagi tadi (hari Khamis) kami juga berkumpul sekali lagi membaca surah Yassin seperti semalam. Insya-Allah esok juga kami akan membaca surah berkenaan dan berdoa lagi.
Petang tadi saya telah menziarahi Norazam di wad 3C hospital Ipoh. Memang beliau masih "ditidurkan" namun difahamkan oleh isteri beliau, keadaannya sekarang lebih stabil.
Di hospital, saya lihat terlalu ramai kawan-kawan dan saudara mara yang datang menziarahi. Kami terpaksa bergilir-gilir masuk berdua-dua kerana wad tersebut tidak boleh diziarahi dengan ramai orang secara serentak. Norazam diletakkan di bilik khas secara berasingan daripada orang lain.
Gambar ini saya ambil sewaktu saya menziarahi beliau tadi.
Marilah kita sama-sama mendoakan agar Mohd Norazam cepat sembuh dan dapat menjalankan tugas mendidik anak bangsa seperti sediakala. Amin!
Semoga Sir Azam cepat dembuh.. Amin..
ReplyDeleteAnak murid semasa di SMK RLKT Lasah bahkan dah jadi rakan mengajar di SMK STAr. Semoga beliau cepat sembuh.
ReplyDeletemoga dia cepat sembuh...amin..cikgu azam is the great teacher n very good frend huhu
ReplyDeletesemoga cikgu cepat sembuh.eja baru dapat tau nie
ReplyDeletesir..sir kne kuat sir..moge sir cpt sembuh!! amin amin amin ya rabbal alamin....
ReplyDeletemoga cikgu azam akan selamat..amin..
ReplyDeletesemoga cikgu azam cepat sembuh..same2 kite doakan..
ReplyDeletekuat kn smangat moga cepat sembuh...
ReplyDeletesemoga cikgu selamat
ReplyDeletesemoga cikgu sehat walafiat...amin
ReplyDeletesemoga cikgu cepat sembuh...
ReplyDeletesame2 kta berdoa....amin!
assalammualaikum......semoga cikgu azam cepat sembuh seperti sedia kala...amin......
ReplyDeletesemoga cikgu azam cepat sembuh..
ReplyDeleteamin..