Tuesday, April 13, 2010

Kenapa hati mereka begitu keras...

Masalah disiplin adalah satu masalah yang sangat sukar untuk diatasi. Di sekolah ini, walaupun pelbagai aktiviti dirancang dan dijalankan oleh pihak guru untuk meningkatkan prestasi akademik dan sahsiah, namun sikap sesetengah pelajar yang “keras hati” dan tak mahu menerima tunjuk ajar guru-guru serta melanggar disiplin menjadikan pencapaian sekolah tetap di takuk lama.

Mengapa hati-hati budak-budak ini begitu keras? Ada banyak faktor yang menjadikan mereka begitu. Tetapi apabila kita mengatakan ianya faktor dari rumahtangga, kita akan dipersalahkan oleh ibubapa penjaga. Satu contoh yang ketara, keengganan sesetengah pelajar menjalankan amali solat di sekolah. Mereka sanggup ponteng kelas dan sebagainya asalkan tidak mengikut program amali solat yang seminggu sekali sahaja itu.

Bagaimanakah nak menerima pengajaran guru-guru, kalau hati begitu dan asyik dan melawan guru? Bagaimana ilmu pengetahuan nak masuk kalau hati begitu keras dan kasar... Penatlah pihak guru untuk melembutkan hati-hati budak-budak ini. Sedangkan mereka inilah gambaran generasi bangsa kita pada masa depan. Mereka inilah yang akan menjadi rakyat dan pemimpin masyarakat apabila mereka dewasa nanti.

Saya membaca dalam beberapa artikel, cara untuk melembutkan hati-hati ini ialah dengan memperbanyakkan berzikir kepada Allah. Zikrullah atau berzikir mengingati Allah SWT adalah salah satu kaedah ke arah pembersihan dan ketenangan jiwa daripada segala macam kekalutan dan sifat mazmumah. Zikrullah yang dimaksudkan ialah mengagungkan Allah SWT, menyebut kalimah Allah SWT, mengucap tasbih, tahmid dan takbir serta melakukan pujian kepada-Nya. Termasuk dalam istilah zikrullah ialah mengerjakan solat, menghadiri majlis ilmu dan membaca al-Quran. Ini bererti seseorang hamba Allah SWT perlu dan mesti melakukan perkara itu bagi memenuhi ciri zikrullah sebenar.

Tahniah kepada tuan pengetua, Tn Hj Mohd Kamil yang merancang dan memulakan agar setiap pelajar muslim diminta berzikir dan beristighfar di setiap pagi semasa perhimpunan. Semoga hati-hati para pelajar dan hati kita semua menjadi lembut dan kita semua mendapat pertolongan dari Allah SWT, InsyaAllah.....

3 comments:

  1. Salam,
    Give, give and give! Never ask!

    ReplyDelete
  2. mungkin amalan berzikir di perhimpunan itu boleh dipanjangkan ke kelas, iaitu setiap guru muslim yang masuk akan meulakan pengajaran dengan meminta pelajar membaca zikir harian, insyaallah lama kelamaan hati mereka akan lembut.

    ReplyDelete
  3. Dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang. Bila dah tenang, mudah le nak belajar dan menerima ilmu. Subhanallah...

    ReplyDelete