Selepas menyusun kedudukan para pelajar, pengawas sekolah menjemput tuan pengetua dan AJK PIBG masuk ke dewan. Guru-guru lain telah siap sedia berdiri di atas pentas dengan megahnya. Dan majlis sambutan hari guru pun dijalankan…..
Gambar yang saya ambil seperti di bawah ini menceritakan segala-galanya…..
Para pelajar berdiri menyanyikan lagu negaraku, lagu negeri Perak dan lagu Komuniti Berilmu
Para pelajar duduk dengan kemas mendengar perutusan hari guru dan juga ucapan-ucapan....
Barisan pendidik yang diraikan pada hari tersebut
Guru-guru dan para pelajar menyaksikan persembahan pentas sempena hari guru...
Para pengawas sekolah siap sedia menyampaikan cenderamata kepada guru-guru yang mereka sayangi....
Kek Sambutan Hari Guru yang ditempah khas....
Kemeriahan acara sukaneka yang diadakan di padang sekolah...
Jamuan diadakan di bilik-bilik darjah... Ada juga “VIP” dijemput merasmikan majlis jamuan di kelas-kelas itu....
Jamuan meraikan guru diadakan juga di dewan sekolah...
Isteri arwah cikgu Norazam dan anak-anaknya turut hadir sama menikmati jamuan hari guru...
Upacara memotong kek di kelas 1 KAA....
.
Alamak bestnya dewan baru, bila saya nak merasa ya
ReplyDeleteAssalamulaikum,
ReplyDeleteApa kabo warga SMKSTA semua? Tahniah le dewan dah siap. Teman ni tumpang gembira le tp teringat kawan teman dah takde sedih jugak. Allah swt lebih menyayanginya.
Assalamualaikum,
ReplyDeleteUntuk Semua Warga SMKSTA
Telah tiba saat waktu kau tinggalkan kami
Kerana takdir yang Maha Esa telah menetapkan
Sedih rasanya hati ini bila mngenangkan
Kau sahabatku kau teman sejati
Tulus ikhlasmu luhur budimu bagai tiada pengganti
Senyum tawamu juga katamu menghiburkan kami
Memori indah kita bersama terus bersemadi
Kau sahabatku kau teman sejati
Sudah ditakdirkan kau pergi dulu
Di saat kau masih diperlukan
Tuhan lebih menyayangi dirimu
Ku pasrah diatas kehendak yang Esa
Ya Allah,tempatkannya di tempat yang mulia
Tempat yang kau janjikan nikmat untuk hamba Mu
Sahabatku akan ku teruskan perjuangan ini
Walau ku tahu kau tiada di sisi
Perjuangan kita masih jauh beribu batu
Selagi roh masih di jasad hidup diteruskan
Sedih rasa hati ini mengenangkan dikau
Bagai semalam kau bersama kami
Moga amanlah dan bahagia dikau di sana
Setangkai doa juga Fatehah terus kukirimkan
Moga di sana kau bersama para solehin
Ku sahabatku kau teman sejati
SAHABAT YANG SELALU BERSAMA
alamak, xmerase le teman nk dapat dewan baru.huhuhu.......dah 5 tahun tgglkan manong.rindu menggamit jiwa.semoga SEMESTA terus cemerlang dalam menghadirkan generasi yang terbilang, cemerlang dan gemilang.
ReplyDelete