Tuesday, May 11, 2010

Pertandingan deklamasi sajak...

Hari ini diadakan pertandingan mendeklamasi sajak sempena Hari Guru 2010. Pertandingan anjuran Panitia Bahasa Melayu itu mendapat sambutan menggalakkan di kalangan para pelajar. Ramai pelajar mengambil bahagian dan mencuba bakat masing-masing.

Namun, ada pelajar yang dapat mendeklamasikan sajaknya dengan amat baik dan ada pelajar yang masih tak hafal senikata puisinya. Maka pelajar itu curi-curilah melihat kertas nota yang dibawa... Akibatnya, para juri profesional akan curi-curi pulak markah yang nak diberikan kepadanya....
.

2 comments:

  1. Teman nak bersajakk sikit je:
    Kalau tak mampu menjadi bintang dilangit.
    jadilah rumput di bumi yang menyegarkan pandangan.

    ReplyDelete
  2. Kalau dapat jadilah GARAM. Ia melambatkan ikan menjadi busuk...
    jangan menjadi LALAT. Ia mencepatkan ikan menjadi busuk...!
    Paling baik jadilah GURU... mendidik generasi baru... tetapi jangan buat busuk!...Selamat Hari Guru!

    ReplyDelete