Thursday, May 6, 2010

Mengapa begini pulak?

Pagi ini beberapa orang rakan bertanya kepada saya samada saya menonton berita TV malam tadi. Begitu juga sewaktu di kantin sekolah, saya mendengar perbualan antara kawan-kawan tentang berita di TV dan akhbar-akhbar hari ini. Saya hanya mendengar kehairanan kerana saya tak menonton berita TV itu... Persoalannya mengapa setelah 5 hari baru timbul cerita begitu begini....
Bila ada kesempatan tadi, saya mencari berita yang dimaksudkan di internet. Saya jumpa berita itu di dalam berita harian online. Saya copykan di sini mungkin untuk kawan-kawan yang tak dengar beritanya.

Lelaki 40 tahun korban baru H1N1
Oleh Haika
2010/05/06

Jumlah kematian akibat jangkitan Influenza A sehingga kini seramai 82 orang

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan semalam mengesahkan seorang lelaki berusia 40 tahun dari Ipoh, Perak menjadi korban terbaru jangkitan Influenza A (H1N1), menjadikan kes kematian terkumpul akibat wabak itu sehingga kini seramai 82 orang.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican, berkata lelaki yang tidak mempunyai sebarang faktor risiko itu mengalami gejala demam dan batuk selama enam hari, sebelum dimasukkan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh, pada 27 April lalu.

“Beliau dirawat di unit rawatan rapi juga mengalami masalah pernafasan akibat pneumonia yang teruk dan meninggal dunia 1 Mei lalu. “Hasil perbincangan dengan pakar mengesahkan penyebab kematian mangsa ialah jangkitan H1N1. Ia menjadikan jumlah terkumpul kematian akibat H1N1 sehingga hari ini (semalam) ialah 82 orang,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Sementara itu, Ismail berkata sehingga jam 8 pagi semalam, kementerian menerima lapan laporan kluster penyakit serupa Influenza (ILI) dari lima negeri iaitu Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Melaka, Johor dan Selangor. Katanya, di Kuala Lumpur ia membabitkan Sekolah Kebangsaan (SK) Bintang Utara Taman Shamelin Perkasa dan SK Taman Midah Cheras manakala di Negeri Sembilan pula Kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) Ulu Pari, Rembau serta satu keluarga di Taman Gemas Indah, Gemas.

Beliau berkata, di Melaka pula membabitkan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina Key Seng Bukit Baru dan di Johor dilaporkan di Sekolah Menengah Kebangsaan Sains Johor dan Klinik Kesihatan Batu Pahat, manakala satu kes di Selangor membabitkan Intergrated Islamic School Kota Damansara. “Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes ILI yang masih dirawat di wad seluruh negara ialah 538 kes dan daripada jumlah itu 46 kes disahkan H1N1 manakala enam dirawat di unit rawatan rapi,” katanya. Justeru, Ismail berkata kementerian mengingatkan masyarakat supaya sentiasa berwaspada dan mengamalkan langkah pencegahan kerana penularan jangkitan H1N1 masih aktif dalam komuniti.

Komen Saya: WaLlahu aklam!! (Hanya Allah Yang Maha Mengetahui!!) Namun jika betul, mengapa setelah hampir seminggu baru diketahui puncanya, tidak semasa arwah di hospital dulu. Allah Maha Berkuasa. Mungkin itu telah jadi penyebab pemergian Azam, penyebab pemergian kita belum tahu lagi... Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Azam, Amin!!!

3 comments:

  1. Masa saya melawat arwah di hospital, saya ada bertanya pada jururawat yg menjaga arwah di pintu luar..saya tanya direct "..adakah ini H1N1? " jawapannya memang saya tak puashati, "Kami tak boleh bagitau,ini rahsia pesakit.." Kalau kita tau,sudah tentu kita akan mengambil langkah berjaga-jaga..Tak faham..

    ReplyDelete
  2. salam..pagi2 tadi dah tbaca..suami yg prasan.tkejut juga saya.memang pelik,dah smggu baru tahu..atau deme mmg taknak bgtau..wallahualam.sajak arwah utk anak2nya mmg meruntun jiwa..saya amat mengenangi arwah smp ke saat ini-cg durrah

    ReplyDelete
  3. tulah kan...saya bercerita pada emak sya semasa smlm berita ini keluar di surat kabar mungkin family mereka merahsiakannya..tp tindakan merahsiakan itu tak wajar sbbnya kalu kita tau pasti kita amik langkah berjaga2...allahualam...

    ReplyDelete