Saturday, May 15, 2010

Program Pertama Di Dewan Baru...

Hari Jumaat 14 Mei 2010 telah bermula program "KEM ANAK SOLEH" pelajar-pelajar tingkatan 1 dan 2 anjuran Panitia Pendidikan Islam, Unit Bimbingan dan Kaunseling dan PIBG sekolah. Yang menariknya, program ini dijalankan di dewan baru sekolah ini. Pihak JKR telah membenarkan penggunaan dewan ini bagi "menguji" peralatan dan "kemudahan" lain walaupun masih terdapat "peralatan" yang belum siap. Dengan ini bermakna dewan baru sekolah kami telah boleh digunakan setelah sekian lama menunggu, dan program pertama yang dijalankan di dewan ini adalah program yang bercorak keagamaan.

Di dalam program Kem Anak Soleh, seramai 257 orang peserta telah menghadirinya sejak petang Jumaat lagi. Mereka bermalam di sekolah dengan pelajar lelaki menginap di dewan F dan pelajar perempuan menginap di surau sekolah. Guru-guru pula telah dibahagi-bahagikan untuk menjalankan tugas mengawasi keselamatan, kebajikan, dan menguruskan jamuan para peserta.

Para ustaz dan ustazah dari panitia Pendidikan Islam pula merupakan urusetia bagi program yang menarik ini. Manakala tenaga pengajar dan fasilitatornya seramai 7 orang adalah pegawai-pegawai dari BAKA (Bahagian Agama dan Kaunseling) PDRM kontigen Ipoh dan Kuala Kangsar yang diketuai oleh ustaz Azmi.

Selepas majlis bersurai, tengahari Sabtu tadi, saya menumpangkan 2 orang pelajar untuk balik ke rumah mereka. Di dalam kereta saya menemubual kedua-dua orang pelajar lelaki tingkatan 1 itu. Secara keseluruhan mereka sangat seronok mengikut program ini. Mereka mendapat banyak pengisian ilmu agama sepanjang kem 2 hari itu. Kata mereka, kursus itu banyak menyedarkan peranan mereka sebagai pelajar untuk taat kepada Allah, ibubapa dan guru-guru.

Gambar di bawah menunjukkan program Kem Anak Soleh tersebut....











1 comment:

  1. Alhamdulillah.Akhirnya siap juga dewan SMKSTA. Apa namanya?. Bolehlah diadakan upacara perasmian pd 10.10.2010. Sepatutnya siap pd 8.8.2008 dulu. Apapun dptlah warga Manong gunakan dewan ni. Tahniah drp mantan PK HEM.

    ReplyDelete