Monday, November 30, 2009

Lebuhraya sesak

Hari Ahad semalam saya ke Kuala Lumpur kerana menghantar anak-anak saya balik ke asrama dan kolej masing-masing setelah bercuti hari raya aidil adha. Memang kami bertolak awal pagi kerana, pertama saya sudah menjangkakan kesesakan di lebuhraya, dan kedua saya nak cepat kerana nak balik semula ke rumah pada hari yang sama.

Di sebelah petang hingga malam, iaitu di dalam perjalanan balik ke rumah, saya menyaksikan kesesakan yang amat sangat di lebuhraya PLUS, terutama dari Slim River ke Gopeng. Deretan kereta bersesak-sesak menuju ke selatan, tetapi jalan ke utara, lancar seperti biasa. Saya nampak di R&R Ulu Bernam dan Tapah, kereta dah tak boleh nak masuk...

Saya terfikir, kenapalah orang-orang KL ini tak mahu balik awal-awal pagi seperti saya pagi tadi, jalan masih lancar dan tiada masalah. Kenapa mereka menunggu untuk balik di sebelah petang? Mungkin tak puas lagi berhari raya aidiladha atau mungkin tengah berkorban lagi ?

Saya keluar melalui tol Gopeng untuk ke Batu Gajah, Parit dan terus balik ke Manong. Sepanjang jalan yang saya lalui juga sesak mungkin kerana pemandu-pemandu ke KL dan ke selatan ini menggunakan jalan alternatif tetapi masih sesak juga..

Itulah negara kita. Fenomina balik ke kampung menjadi suatu kemestian apabila ada hariraya walaupun tiada cuti panjang. Moralnya, 1. Kebanyakan penduduk negara kita mempunyai kenderaan sendiri sebab itu mereka tak mahu menaiki kenderaan awam seperti bas dan keretapi. 2. Sikap tak merancang waktu perjalanan seperti ini boleh menyebabkan kesesakan dan menyusahkan diri sendiri. Tak tahulah pukul berapa baru mereka sampai KL?



Gambar kesesakan ini saya ambil dalam satu laman web, tetapi bukan kesesakan
pada hari semalam....

.

7 comments:

  1. Saya sampai Shah Alam pukul 10.00 malam. Bertolak pukul 3.00 dari Ipoh selepas majlis korban di Chandan Putri. Itupun saya keluar ikut Bidor dan melalui Teluk Intan, Sabak Bernam.....
    Letih Gile...

    ReplyDelete
  2. Salam, Don't choose a wrong time to travel!

    ReplyDelete
  3. wah.. dasyat, cikgu zuhairi ada blog

    ReplyDelete
  4. CiK Min, KL.

    Ape boleh buat..
    Saya blk ke KL 29hb (Ahad)pon sesak jg..

    ReplyDelete
  5. atenye...nengok memang le meriah bnyak kereta...tapi sesak dme le yang nanggung nyer....cikgu...tahun depan sayer ngajo BM...amcm ok tak???hehhe

    ReplyDelete
  6. Lame sengap je, demam ke (soalan popular Dr. Shamsudin

    ReplyDelete
  7. last minute decision will lead to long lasting trouble....
    it`s good tuan haji have made the correct decision....

    ReplyDelete