Hari ini di sekolah saya diadakan Program Sihat dan Cergas anjuran Unit Bimbingan dan Kaunseling. Program ini disasarkan kepada 50 orang pelajar yang didapati pernah melakukan kesalahan merokok. Program sehari suntuk di dewan blok F ini mendapat kerjasama dari Jabatan Kesihatan Daerah dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).
Antara objektif program ini ialah para peserta akan
(i) meningkatkan pengetahuan mengenai bahaya rokok .
(ii) membina kemahiran diri dalam pencegahan rokok.
(iii)mengenalpasti potensi diri masing-masing dalam menghadapi masa depan yang mencabar
(iv) membina jatidiri berasaskan kesepaduan komponen jasmani, emosi, rohani dan intelek.
Sewaktu majlis penutup, saya mewakili tuan pengetua menyampaikan sedikit ucapan. Selain mengucapkan terima kasih kepada pegawai-pegawai agensi berkaitan yang membantu menjayakan program ini, saya juga menasihatkan para peserta agar mengambil pangajaran dari ceramah dan gambar-gambar slaid yang disampaikan semasa program ini diadakan.
”Cubalah berfikir secara positif apabila melihat gambar-gambar pada kotak rokok apabila kamu hendak merokok. Bayangkan organ dalam badan kamu seperti paru-paru dan jantung yang rosak dan tak berfungsi apabila kamu merokok...”, Semoga terbukalah hati anak-anak bangsa ini meninggalkan tabiaat merokok!
Tuesday, November 17, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment