Tuesday, November 17, 2009

Jamuan Akhir Tahun



Pada hari ini diadakan Majlis Jamuan Akhir Tahun Kelab Staf sekolah saya. Majlis yang penuh meriah dan warna warni itu dihadiri hampir kesemua ahli-ahli Kalab Staf.

Sebelum menikmati jamuan makan, beberapa 'orang besar' kelab staf menyampaikan ucapan. Kemudian diikuti dengan majlis penyampaian hadiah kepada pemenang pertandingan antara staf yang diadakan. Antaranya pertandingan badminton, pingpong dan sofbol.




Selepas menikmati juadah special sempena jamuan itu, keputusan peraduan "teka bilangan kacang hijau" diumumkan. Tak sangka betul kacang hijau di dalam botol sebesar itu bilangannya melebihi 4000 biji. Saya ingat paling tinggi 1000 biji sahaja. Bagitulah banyaknya rezeki yang Allah beri kepada kita, makan bubur kacang sepiring aje entah berapa ratus biji kacangnya...
Apa pun tahniah lah kepada cikgu yang berjaya meneka hampir tepat tu... Satu lagi, tahniah juga kepada AJK kelab staf yang berjaya menganjurkan majlis secantik itu!!




1 comment:

  1. cadangan : apa kata montaj yang dibuat jawatankuasa jamuan akhir tahun diselitkan di dalam blog cikgu.. tentu lagi meriah dan meriah.. montaj ini akan di upload dalam youtube tak lama lagi..

    ReplyDelete