Satu hal yang menggembirakan saya apabila membaca berita hari ini ialah langkah kerajaan menarik balik dasar pemeriksaan mandatori ke atas kenderaan 15 tahun ke atas. Memang dari awal lagi saya dan kawan-kawan tidak bersetuju kenderaan persendirian diperiksa POSPAKOM sebelum dibenar memperbarui road-tax. Kalau bas atau kenderaan awam, saya setuju semua kenderaan itu mesti diselia dan dan diperiksa sebelum dibenarkan menghidup roaad-tax. Ini kerana mereka mencari makan dan mendapat wang daripada kenderaan tersebut, jadi sewajarnya servis kepada orang ramai menggunakan kenderaan yang baik dan selamat. Taklah nanti kenderaan rosak di pertengahan jalan dan penumpang turun menunggu kenderaan lain....
Semasa bersembang-sembang tentang dasar ini beberapa hari lepas, kami merasakan tak perlu kenderaan persendirian 15 tahun ini diperiksa. Ini kerana sememangnya kenderaan ini sering diperiksa oleh tuannya. Berlainan dengan kenderaan seperti bas. Pemandunya tahu memandu sahaja. Bukan dia check minyak hitamnya, bukan kerja dia, itu kerja tuan bas itu le... Lagipun kalaulah pemilik kenderaan itu seorang pekerja awam seperti cikgu-cikgu, polis atau sebagainya sudah tentulah mereka terpaksa mengambil cuti semata-mata untuk membawa keretanya diperiksa oleh Puspakom.
Sebenarnya di negara kita, kereta 15 tahun ke atas ini masih elok dipakai terutamanya kalau pemakainya ialah ’cikgu’. Kalau tak percaya, tanya salesman kereta terpakai. Kalau kita nak beli kereta, mereka akan kata , ”kereta ini elok woo, 1 nama, cikgu pakai...” Ini menunjukkan cikgu-cikgu pandai menjaga kereta. .. Ada cikgu cikgu ni sayang dan menjaga keretannya ’lebih daripada’ dia sayang dan menjaga anak muridnya...!!
Kalaulah dasar kerajaan itu bertujuan untuk melariskan kereta nasional supaya apabila kereta 15 tahun sahaja ia patut dilupuskan, saya rasa tidak sesuailah.... Alasannya seperti di atas tadi lah.
Mungkin sebagai alternatifnya, sebagai galakan supaya pengguna bertukar ke kereta baru, kerajaan boleh menetapkan peraturan supaya kenderaan 15 tahun ke atas tidak boleh masuk ke bandaraya seperti KL, JB dan sebagainya. Dengan itu semua kenderaan di bandaraya adalah kenderaan baru dan yang lama bolehlah dihantar ke kampung-kampung dan bandar-bandar kecil. Semua orang kampung pun dapat memiliki kereta...kereta orang bandar yang dah tak boleh masuk bandar lagi...
Orang-orang kampung yang berada pula boleh membeli 2 buah kereta. Satu kereta lama untuk jalan-jalan di kampung-kampung, dan satu lagi kereta baru, untuk jalan-jalan pergi ke bandar..... Amacam, betultak?
Haa... kereta yang yang ini tak payah hantar pospakom!
KUALA LUMPUR: Kerajaan telah bersetuju supaya pengenalan Dasar Tempoh Jangka Hayat Kenderaan ditarik balik setelah mengambil kira pandangan rakyat dan selaras dengan konsep rakyat didahulukan.
Sejak langkah itu diumumkan, kerajaan telah menerima banyak aduan dari orang ramai yang rata-rata tidak bersetuju dengan langkah pemeriksaan mandatori tahunan ini, demikian menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).
MITI, pada 28 Oktober, telah mengumumkan Dasar Automotif Nasional (NAP) termasuk Dasar Tempoh Jangka Hayat Kenderaan yang memperkenalkan pemeriksaan mandatori tahunan sebagai keperluan pembaharuan cukai jalan untuk kenderaan berusia 15 tahun dan ke atas. BERNAMA
kadang2 saya terpaksa setuju dgn statement di perenggan ke-3, ayat terakhir tu.. bukan apa, untuk pelajar yg suka langgar disiplin je.. yg lain tu, saaaaayang sangat.
ReplyDelete