Saturday, November 7, 2009

Majlis jamuan pelajar asrama desa.



.


Petang tadi saya menghadiri majlis Hari Anugerah dan Jamuan Akhir Tahun Pelajar-pelajar Asrama sekolah saya. Majlis bertempat di Sungai Perak River-Side itu bermula jam 2.30 petang dan turut dihadiri oleh ramai guru termasuk tuan pengetua dan isterinya.

Nampaknya budak-budak asrama desa itu bersungguh-sungguh menjayakan majlis mereka. Memang nampak majlis itu agak tersusun dan terancang dari awal sehinggalah majlis itu tamat. Ini termasuklah persembahan nyanyian gabungan lagu-lagu oleh pelajar-pelajar asrama itu yang menarik sekali.

Budak-budak asrama ini memang bernasib baik. Mereka tinggal di asrama tanpa membayar walau sesen bayaran pun. Sudahlah begitu, pelbagai kemudahan disediakan untuk mereka termasuklah bilik musolla yang baru dibina pada tahun ini. Asrama pula di dalam pagar sekolah sahaja. Oleh itu jarak ke sekolah sangat dekat dan mereka juga mengadakan ’prep’ di kelas-kelas berhampiran asrama sahaja.

Mengenai makanan pula, mereka ini sentiasa menikmati masakan yang sedap dan lazat mengikut menu yang ditetapkan. Suatu yang berbeza mereka ini tidak makan ’nasi kawah’ seperti pelajar asrama lain. Ini kerana bilangan mereka sedikit iaitu seramai 40 orang sahaja, jadi kontraktor makanan tidaklah masak makanan mereka dalam kawah sebaliknya di dalam periok sahaja macam masakan emak mereka di rumah....

1 comment:

  1. Makan nasi poyok le deme, tak payoh mamam nasi kawoh, bertuoh beno deme. Dedulu ngenangkan makan di asrama lauknye tak berkualiti. Tapi telan juge le, nak mamam ape, bukan orang senang.

    ReplyDelete