Wednesday, August 18, 2010

Jam Makkah

Pada bulan Julai yang lepas saya ada menulis mengenai bangunan tertinggi di Makkah. Saya telah sertakan gambar yang saya ambil semasa saya dan rombongan berziarah ke tanah suci bulan Jun lepas.

Jika nak lihat semula klik di alamat ini.
http://zuhairimanong.blogspot.com/2010/07/bangunan-tertinggi.html

Hari ini sewaktu saya melayari satu web site, saya menjumpai berita mengenai bangunan tersebut. Rupanya bangunan itu akan menjadi bangunan KEDUA tertinggi di dunia sahaja.
Bangunan itu adalah merupakan sebuah hotel mewah dan mempunyai sebuah menara jam yang tertinggi dan terbesar di dunia.

Menara jam raksasa tersebut yang diberi nama Mecca Royal Clock Tower telah direka oleh syarikat dari Jerman merupakan jam raksasa yang 6 kali lebih besar dari jam Big Ben di London. Menara jam tersebut mempunyai ketinggian 577 meter yang mempunyai 4 pandangan sisi.

Bangunan hotel yang terletak jam tertinggi di dunia ini sedang dalam pembinaan mempunyai ketinggian 622 meter dan puncak menara tersebut dibuat dari logam berbentuk bulan sabit setinggi 155 meter.

Jika kedua bahagian itu digabungkan, maka hotel yang dibangun di kota Mekah itu hanya 11 meter lebih rendah dari Burj Khalifa di Dubai, bangunan paling tinggi di dunia yang puncaknya yang mempunyai ketinggian 828 meter.

Dalam gambar yang saya ambil semasa bulan Jun dulu, permukaan jam tersebut masih belum lengkap dipasang sepenuhnya. Tetapi sekarang telah pun siap dan telah pun berdetik untuk ujian pada 11 Ogos 2010 bersamaan 1 Ramadhan yang lepas.
Jam besar Jam Diraja Mekah itu dapat dilihat dari jarak 17 kilometer pada malam hari dan 11-12 kilometer di siang hari.

Berikut adalah gambar jam tertinggi di dunia dan hotel tersebut dari pelbagai pandangan sudut dari Kota Suci Mekah yang saya copy dari web tersebut.

Bangunan yang besar dan tinggi. Nampak tak menara masjidil haram?



Lihatlah bentuk dan kesenian menara yang tinggi ini

Permukaan jam yang paling besar di dunia
Para pekerja sedang memasang bahagian dalam jam besar

Lihatlah jarum jam sedang dinaikkan untuk dipasang di permukaan jam
...

No comments:

Post a Comment